Resepi Telur Puyuh Masak Kari Kering Mudah dan Pantas - Faizzah Amir

Tuesday, 12 May 2020

Resepi Telur Puyuh Masak Kari Kering Mudah dan Pantas


Teringat salah satu menu sahur tadi. Aku sahur kadang bila mood tak berapa rajin tu memang cari yang mudah dan cepat untuk dimasak. Alhamdulillah. Berselera family makan lauk telur puyuh ni masa bersahur tadi. Ni aku share resepinya kat sini kalau korang sudi mencuba.....









RESEPI TELUR PUYUH MASAK KARI KERING

Bahan-bahan
Telur Puyuh
Kentang
Rempah 4 sekawan
Bawang dan halia kisar
Lada kisar
Serbuk kari
Cili merah
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara
Kentang dipotong-potong dan digoreng terlebih dahulu. Asingkan. Tumiskan rempah 4 sekawan bersama bawang dan halia yang telah dikisar. Letakkan lada kisar ikut pedas macam mana yang korang suka. Letakkan serbuk kari tumis seketika. Bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya.  Kemudian masukkan telur puyuh. Akhir sekali, masukkan kentang yang telah digoreng tadi dan juga cili merah. Gaul rata sampai kering. Sedia untuk dihidangkan. 

4 comments:

  1. sedap jugak ek kalo sahur makan menu camni..menaikkan selera orang mamai baru bangun tido..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sedap
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Kari kering ni makan dengan roti pita tu sedap kannn...kecur plak nengok...

    ReplyDelete
  4. Fuh nampak sedap ni. Nanti boleh try masak camni hehe

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.