POP MART Sertai Shopee 10.10 Festival Jenama dengan Koleksi Eksklusif LABUBU dan Siri Halloween
POP MART Sertai Shopee 10.10 Festival Jenama dengan Koleksi Eksklusif LABUBU dan Siri Halloween
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Shopee Malaysia dan POP MART menambahkan keterujaan sempena Shopee 10.10 Festival Jenama dengan pelancaran khas Siri Halloween POP MART yang bertema seram serta restok mengejut bagi pelbagai koleksi popular. Peminat yang berbelanja di Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall juga boleh menebus hadiah eksklusif Spend & Win, termasuk koleksi ikonik ‘LABUBU FALL IN WILD’ dan ‘Let's Checkmate’ Vinyl Plush Dolls daripada siri ‘THE MONSTERS’, hanya pada 10 Oktober.
Bagi meraikan pelancaran ini, POP MART akan menganjurkan Surprise Hours Drop sepanjang 10 Oktober yang mengandungi restok watak kegemaran peminat serta pelancaran edisi terhad Halloween:
•12:00 AM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle
•10:00 AM: Pelancaran Siri Baharu Halloween
•2:00 PM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle
•6:00 PM: Restok LABUBU, Crybaby dan Twinkle Twinkle
Pelancaran ini akan mencapai kemuncaknya dengan Restok Siri Halloween eksklusif semasa Shopee Live pada 8:00 PM di Kedai Rasmi POP MART, dengan penampilan khas oleh pencipta kandungan Cayee Loh (@cayeeloh.mear).
Selain daripada pelancaran dan restok mengejut, peminat juga berpeluang untuk menebus ganjaran eksklusif Spend & Win, di mana:
Pembeli yang berbelanja RM300 dan ke atas berpeluang memenangi blind box rawak daripada mana-mana siri watak POP MART, termasuk Crybaby, Hirono, Baby Molly, atau Baby Tabby.
Pembeli yang berbelanja RM1,588 dan ke atas berpeluang memenangi LABUBU FALL IN WILD atau Let's Checkmate Vinyl Plush Dolls daripada siri THE MONSTERS.
Jangan lepaskan peluang ini! Layari Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall dan saksikan Shopee Live pada 10 Oktober untuk merebut koleksi Halloween edisi terhad serta peluang memenangi ganjaran eksklusif Spend & Win.
Post a Comment