Resepi Mee Kari Sedap

Gambar mee kuning tu sumber dari Google je. Nak edit tadi baru perasaan haritu tak snap gambar mee kuning. Hahaha

Tiba-tiba teringat pulak kat mee kari yang aku masak atas permintaan encik suami ramadhan lalu. Encik suami cakap nak yang mee kari betul-betul piaw. So gigih la google dan jumpa resepi lengkap ni. Ada juga aku tercicir bahan sikit, tapi alhamdulillah suami puas hati nampak dia beria makan masa berbuka pun dah syukur.

So korang kalau nak cuba buat mee kari yang sedap, boleh la cuba juga resepi ni

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
500 gram ayam, potong kecil
1 kg kerang, rebus dan ambil isi
300 gram udang, buang kulit
2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
10-15 biji bebola ikan (fish ball)
3 keping kek ikan (fish cake)
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
(boleh digantikan dengan santan kotak)

Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.

Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus, potong dua
2 tangkai sawi, potong dan rebus
bawang goreng
limau kasturi, potong dua
taugeh
daun bawang
cili merah
tauhu kering goreng
*saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara-cara
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Tips:
1. Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
2. Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.

Kredit Resepi : Resepi Che Nom

5 comments:

  1. dalam perancangan ni nak buat.. tapi sebab tak ramai sngt ahli2 di rumah jadi malas sebab kalo buat selalu big portion. kena laa tunggu ramai sikit..

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat Mee Kari...nanti nak buat gak lerrr...

    ReplyDelete
  3. Kami buat mee kari masa raya kedua hari tu. Resepi kat FB tengok mana bahan yang available je kami buat mee kari. guna je apa yg ada

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.