Kisahnya Unboxing Sephora 3 Bulan Lepas - Faizzah Amir

Thursday, 7 May 2020

Kisahnya Unboxing Sephora 3 Bulan Lepas







Ni sebenarnya parcel sephora dari bulan february. Throwback2 jela ea. Kira macam nak buat entri masa parcel sampai tu, dah siap record, snap gambar, edit apa semua. Lepas tu since Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lupa terus. Sebab aku simpan kat almari dalam bilik paling kecil dalam rumah aku ni. Tu terperap sampai lupa.

Kira macam entri tercicir la ni. Hahaha. Tak apa lah, daripada berhabuk, elok la kita story mory kat sini. Ni pun aku dok teringat pasal parcel sephora yang ni sebab aku baru lepas order lagi barang makeup kat sephora online semalam. Terjumpa history barang yang aku order sebelum ni. Hehehe. Sephora sekarang kan tengah on "Beauty Pass Sale" sampai 7 Mei 2020. Last harini wehhh... Pi cepat-cepat order apa yang korang nak. 20% Off untuk Gold & Black Member. 15% Off untuk White Member. Untuk pembelian melalui Sephora Online je tau. Peluang ni nak topup barang makeup untuk raya kan.

Ok sambung cerita balik pasal barang Sephora yang aku beli bulan lepas. Beli dua barang je. Jom tengok dengan gambar sekali kat bawah ni hah apa yang aku beli. Dua-dua belum guna. Nanti aku dah guna aku review best ke tak. Korang kena lah stay tuned. Hehehe.




PIXI Brow Tamer Brow Gel Transculent ~ Yang ni untuk bagi kemas lagi kening aku yang boleh tahan lebat dan serabut ni. Sebelum ni pakai berus pun macam tak berapa nak kemas jugak. Pernah tengok Youtuber pakai ni elok kemas je so kita try pakai yang ni pulak tengok macam mana perginya kening aku nanti. Kuikuikui..... 



TARTE Tarteist™ PRO Glow to Go Pallette ~ Nak bagi pipi pau aku ni nampak slim sikit, dagu kasi runcing, hidung mancung, tu yang beli benda alah ni walaupun aku sendiri tak pasti aku reti guna ke idok hahaha. It's ok nanti kita cari tutorial kat YouTube.



Yang ni aku dapat kira gift dari Sephora sebab dah jadi ahli black member. Yihaaaa. Apa ada dalam box tu? Nanti kita cerita kat entri yang lain ye dan macam mana nak jadi ahli Black Member Sephora. 

3 comments:

  1. Samalah kita member HITAM hahahahaa...berbaloii, diskaun boleh tahan banyak, anak-anak kalau beli semua dia guna Sis punya...

    ReplyDelete
  2. Wah! Black member ini cam VVIP memberlah yea? Mesti boleh banyak jimat RM bila ada promosi :)

    ReplyDelete
  3. Wah, saya penasaran kira-kira apa saja itu isi box black member 🤔

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.