Bila Alahan Menjengah.... - Faizzah Amir

Sunday, 17 May 2020

Bila Alahan Menjengah....









Betul laa bak kata orang, makan tu berpada-pada.. Jadi macam kisah aku, dah tau allergic dengan seafood still kalau dapat mamam seafood tak beragak-agak.. Kan dah mendapat.. Salah sendiri ler...

Tak salah pun makan seafood, tapi entah macam mana aku ngap terlebih dos.. Selalu makan secara behave memang tak ada efek apa-apa pun.

So dah makan tak reti control tu, lepas tu gatal tergaru-garu. Ni lagi satu tabiat buruk aku, dah tahu bila gatal tu garu jadi makin teruk, tapi degil juga nak garu. Tak pakai kuku pun pakai tuala pun nikmat huhuhu nikmat ye.. Then syok sangat menggaru bangun tidur sampai luka bernanah tempat yang digaru tu. Pedihnya lahaii.. Dah tu redha la semalam pergi klinik adham dapat la habuan ubat berkoyan.. So berapa hari ni menu pencuci mulut berbuka puasa aku is ubat ubatan...

Apa pun janji sihat balik udah ler... Ikut nasihat doktor adalah yang terbaik. Berpantang pantang dahulu, bermakan makan kemudian... Ehhh bole ke gitu... Hehehe....

Korang doakan aku sihat ye. Semoga korang pun sihat-sihat saja dalam bulan ramadhan yang berkah ni. Jaga diri. Jaga kesihatan. Berapa hari je lagi nak raya kan... Selamat hari raya la la la... Eh nanti la cerita pasal raya kat next entri pulak..

6 comments:

  1. Semoga Allah mudahkn sis, gws

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh je. dah dekat nak raya, kang nanti tak selesa plak. Kami alhamdulillah takde sangat alahan makanan, cuma kami ada alahan besi. Bawah dagu memang takleh pakai kerongsang, so kami pakai jahit je benang.susah pun kena hadap la

    ReplyDelete
  3. get well soon.. alahan mmg laaa ujian betol.
    tapi faham je kadang2 kita nak makan juga kan teringin..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.