July 2020 - Faizzah Amir

Friday, 31 July 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha 2020 | Salam 10 Zulhijjah 1441H

Friday, July 31, 2020 2
Selamat Hari Raya Aidiladha 2020 | Salam 10 Zulhijjah 1441H




Salam Aidiladha 2020. Salam 10 Zulhijjah 1441H. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca.

Semoga kita semua dalam keadaan yang baik-baik, sihat-sihat, dan ceria menyambut aidiladha pada tahun ni walaupun negara kita Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). At least aidildha ni kita berpeluang merentas negeri balik ke kampung kan.



Alhamdulillah bagi aku pula syukur kalau raya aidilfitri hari tu suami bertugas di perantauan, kali ni dapat la together gether photoshoot family kecil kami hehehe. Dapat masak juadah hari raya untuk family pun dah syukur sangat dah.

Ok di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran bahasa, ayat-ayat di dalam blog yang mungkin ada mengguris hati dan perasaan, minta maaf tau. In sya Allah akan diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Harap korang tak pernah jemu menyokong blog aku ni tau. Ok selamat hari raya aidiladha korang, raya-raya juga, SOP jangan lupa. Jaga penjarakan sosial, kerap cuci tangan, dan jangan lupa memakai pelitup muka bila nak keluar ok.

Semoga berjumpa lagi di aidiladha tahun hadapan ye...

Wednesday, 29 July 2020

Wordless Wednesday ~ Pisang 40 Hari

Wednesday, July 29, 2020 3
Wordless Wednesday ~ Pisang 40 Hari

Hasil dari kebun sekangkang kera kami. Tak tahu la kenapa pisang ni dinamakan "Pisang 40 Hari"? Entah ler..

Monday, 27 July 2020

Novel Review ~ Encik BOS Cik PA

Monday, July 27, 2020 1
Novel Review ~ Encik BOS Cik PA











           Tajuk : Encik BOS Cik PA
           Penulis : Cahaya Ainn
           Terbitan : Fajar Pakeer



Sinopsis Dari Novel ~~

" Siapa cakap awak akan pegang position tu lagi? Kan saya dah cakap tadi, awak tak layak untuk position itu." Habis tu?"

Ash merenung wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perubahan pada wajah gadis itu apabila diberitahu jawatan yang akan disandang oleh gadis itu.
" Pembantu peribadi saya."

Disebabkan insiden yang berlaku di kampung Jun yakin bahawa lelaki bernama Ash itu mahu membalas dendam kepadanya. Jadi pembantu peribadi lelaki itu? Huh! Dia lebih rela jadi tukang cuci daripada menjadi PA lelaki itu. Namun, atas desakan hidup, akhirnya dia terpaksa akur dengan jawatan yang ditawarkan itu. Maka bermulalah episod mimpi ngeri seorang Jun.

" Ada ke patut aku pulak yang kena buat air untuk dia. Ingat aku ni tukang gaji dia ke? Tak pun bini dia? Huh."
" Dah tu memang kerja you. You kan pembantu peribadi dia."
" Ya ke? Habis tu kalau dia suruh I gosok baju kerja dia, I kena buat jugak ke?"
" Yang tu kalau you jadi bini dia."

Jadi bini mamat tu? Eee, tak ingin langsung. Namun, walaupun mulut kata tak mahu, tapi kalau hati sudah suka, tiada siapa pun mampu menghalang. Di saat Ash dan Jun mula mahu mengecapi rasa bahagia, muncul pula pelbagai konflik yang cuba mengganggu kehidupan mereka.

Bagaimana penerimaan Jun apabila mengetahui Suraya, teman baiknya turut jatuh hati kepada Ash? Mampukah Prof Adlan menggantikan tempat Ash di hati Jun? Dan Elena, tegarkah bekas kekasih Ash itu hanya melihat Jun dan Ash menyulam bahagia di hadapan matanya?


                ๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡


๐ŸŽญ Part sweet banyak, sedih pun ada, geram pun ada. Tapi tak ada lah serabut sangat. Aku jenis suka plot simple2 macam ni. Tak sampai berapa hari boleh khatam. Hehehe...

Friday, 24 July 2020

Doa Ibu Mengandung Untuk Anak Dalam Kandungan

Friday, July 24, 2020 2
Doa Ibu Mengandung Untuk Anak Dalam Kandungan



Credit picture to ~ FB 9bulan10hari




ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ
Bismillahirrahmanirrahim.. 

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam rahimku dan sihatkanlah dia.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S. A. W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.....


Kredit : FB 9bulan10hari

Thursday, 23 July 2020

Novel Review ~ BYLINE Cinta Wardah

Thursday, July 23, 2020 0
Novel Review ~ BYLINE Cinta Wardah









           Tajuk : BYLINE Cinta Wardah
           Penulis : Umi Kalsom
           Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

" Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." - EMAK

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat!

Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar.

" Mawar tu cantik, secantik awak..." - MAWARDI

Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu.

Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores tanpa sedar.

" Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out! " - JOHAN

Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?



             ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ



๐ŸŽญ Kalau tengah stress elok la baca novel ni. Hahaha.. Memang gelak je aku dari awal sampai habis baca novel ni. Ada part geram sedih tu pun sikit je macam tak perasan pun. Korang juga boleh fefeeling dunia kewartawanan dari novel ni. Apa pun tak ada nak ulas banyak, memang aku terhibur sangat gelagat Wawa, Emak dia dengan Johan tu. 

Wednesday, 22 July 2020

ECO Shop is now exclusively on Shopee

Wednesday, July 22, 2020 6
ECO Shop is now exclusively on Shopee


ECO Shop is now exclusively on Shopee
Enjoy products for only RM2.10

KUALA LUMPUR, 22 JULY 2020 - The much-loved ECO Shop is now exclusively on Shopee. Fondly known as the “RM2.10 shop in my neighbourhood”, the homegrown brand has opened a store on the e-commerce platform where over 700 products are priced at RM2.10! 

Malaysians can shop for their favourite items and household necessities from toiletries, gardening tools, jewellery, home decor, kids and baby care, kitchen and dining, pet supplies, stationery sets, travel accessories and more. What’s more, we hear that ECO Shop will continue to add more products on a weekly basis. 

Home Improvement 





Kitchen and Dining 






Sports and Games 




ECO Shop was established in June 2003 and today has over 138 outlets all around Malaysia. Expanding its presence to the online world allows its customers to shop safely from home without having to head out unnecessarily. The move to go online has also garnered encouraging results, just by looking at the listings, which goes to show that ECO Shop has grown into a lovable brand among Malaysians. 

Dato Sri’ Lee Kar Whatt, Founder of ECO Shop said “ECO Shop is committed to providing customers with affordable and quality products. By expanding our business to Shopee, we can now ensure that more Malaysians are able to enjoy what we have to offer even if there is no ECO Shop outlet near their home. By launching our shop on Shopee, we will also provide ECO Shop’s loyal customers with greater convenience.” 

Lee added, “In conjunction with our store launch, we will be having a Spend & Win Contest on 24 July 2020 where all customers stand to be one of 20 winners to win up to RM1000 worth of ECO Shop vouchers. There will also be in-store promotions that customers can enjoy for greater savings.” 

To find out more on what ECO Shopee Malaysia has to offer on Shopee, head over to their store now at https://shopee.com.my/ecoshopmy.os or search “Eco Shop Malaysia” on the Shopee App. Don’t forget to mark your calendars so you don’t miss out on a chance to win ECO Shop vouchers! 






Tuesday, 21 July 2020

COVID-19 : Pakai Topeng Muka Dengan Betul | Elakkan Topeng Muka Di Dagu

Tuesday, July 21, 2020 3
COVID-19 : Pakai Topeng Muka Dengan Betul | Elakkan Topeng Muka Di Dagu






Credit picture to ~ FB Public Health Malaysia 






๐Ÿ“Kawasan terdedah di tengkuk ada kuman

๐Ÿ“ Bahagian dalam topeng muka akan tercemar

๐Ÿ“ Kuman akan masuk menerusi hidung dan mulut



✏️ Jika anda ingin makan dan minum atau melakukan apa jua aktiviti yang memerlukan anda menanggalkan topeng muka, tanggalkan sahaja.




Kredit : FB Public Health Malaysia

Monday, 20 July 2020

Hobi Baru Kumpul Essential Oil (Minyak Pati)

Monday, July 20, 2020 5
Hobi Baru Kumpul Essential Oil (Minyak Pati)


      Yang ni dapat free je semua dalam pakej. Untung kan. Kalau beli setiap satu boleh tahan juga harganya. 


Bila dah ada diffuser, ni dah jadi hobi baru pula nak kumpul EO(Essential Oil) bukan Engine Oil tau! Hahaha...

Bukan apa lah kan, EO atau minyak pati dari Young Living ni memang best sangat. Semua ada benefit tersendiri. Ikut mood dan keadaan.

Walaupun ada harga yang bajet, ada harga yang mahal sikit, tapi aku berani jamin siapa je yang pernah pakai EO Young Living confirm akan cakap setiap EO berbaloi dengan harganya. Aku dengan suami yang agak kedekut ni pun tak pernah rasa rugi melabur untuk beli EO. Buat sementara ni guna je la dulu yang dapat free ni pun dah best, bukan senang nak dapat free EO, sebab tu aku suggest better korang join membership. Banyak untung maaa... Komisyen pun dapat bila beli apa-apa produk Young Living. Kalau ada orang berminat nak beli, lagilah bertambah-tambah untungnya.

Sebelum tu aku nak juga tekankan, sebab ada yang tanya aku soalan "EO ni boleh sembuhkan penyakit2 tutttt ke? No no no... Don't get me wrong..

EO ni untuk SUPPORT. Aromaterapi.
SAKIT tetap kena jumpa DOKTOR.
Tetap kena makan UBAT.
Tetap kena duduk HOSPITAL kalau dah teruk.

EO ni untuk IMMUNE SUPPORT contohnya, KURANGKAN RISIKO JANGKITAN atau bila terkena jangkitan mungkin lebih cepat baik.

Bukan jaminan confirm TAK SAKIT sebab semua faktor kena ambil kira contoh keturunan, persekitaran, kondisi badan, immune system badan dll.

Dan EO ni bukan tertumpu pada kesihatan je, tapi kestabilan minda dan emosi, positive vibes, kecantikan, energy dan macam-macam lagi la. Awalnya pun aku jadi peminat Essential Oil atau Minyak Pati ni sebab nak kurangkan pemikiran negatif dalam diri aku ni. Aku ni selalu tak percaya kebolehan diri, mudah rasa down, alhamdulillah EO ni banyak bantu aku sikit-sikit walaupun belum sebulan pun pakai. Untuk energy ada, halau serangga perosak, susah tidur, hilangkan mual atau loya, anak meragam, tension atau stress, control marah, nak aura positif macam-macam lagi semua hado..

Kalau nak sembang-sembang dengan aku pasal EO pun boleh, meh la whatsapp www.wasap.my/601161912909
Aku akan suggest EO yang sesuai untuk korang..

Oklah jumpa lagi next entri.. Selamat malam semua..



#copypaste #younglivingessentialoils

Sunday, 19 July 2020

Keburukan Makan Lewat Malam

Sunday, July 19, 2020 5
Keburukan Makan Lewat Malam


Credit picture to ~ FB Public Health Malaysia






๐Ÿ“Ž Gula dalam darah meningkat

๐Ÿ“Ž Berat meningkat

๐Ÿ“Ž Obesiti

๐Ÿ“Ž Sakit jantung

๐Ÿ“Ž Reflux Acid perut/Gerd

๐Ÿ“Ž Mudah lupa/konsentrasi teruk


๐Ÿ“Œ Kalau lapar juga cuba kekacang, buahan, telur rebus atau bijirin.


Kredit : FB Public Health Malaysia



P/s ~ Aku sendiri pun tengah berusaha nak control ni. Makin malam makin menjadi perut bukan keroncong lagi dah, macam-macam irama syahdu mendayu-dayu mintak diisi. Hahaha. Semoga dapat la hindari sedikit demi sedikit tabiat nan satu ni. 

Saturday, 18 July 2020

Cinta Pandang Pertama dengan Young Living Essential Oils

Saturday, July 18, 2020 4
Cinta Pandang Pertama dengan Young Living Essential Oils




Akhirnyaaa. Sekian lama mengidam benda alah ni, dapat juga memilikinya. Daripada dok usha sana sini tapi ragu-ragu nak beli bila tengok rege nya. Huhuhu...

Last2 terjebak juga dengan kak ipar. Dari nak beli sesaja terus jadi ahli. Dulu tak ada ilmu langsung pasal Young Living Essential Oils ni, bila dah guna dan banyak membaca baru faham dan jadi ketagih lak nak kumpul Essential Oils tu. Ni syukur juga la join ahli dapat percuma 5 botol. Bukan senang nak dapat. Ada yang sebotol dah ratus-ratus. Sebab benefit dia memang terlampau best.. Nanti aku akan buat entri-entri khas untuk minyak EO tu semua ea.. Semua?! Hahaha.. Memang ada angan-angan nak kumpul try semua EO..

Kalau yang pernah usha pasal Young Living, mesti tahu ada banyak pilihan Diffuser untuk Essential Oils. Macam yang aku guna ni, Dewdrop Ultrasonic Diffuser. Aku suka bentuknya simple tapi moden gitu. Melengkung comeyy gituu.. Hahaha.. Lampu dia tu tukar-tukar warna. Boleh jadi hiasan rumah dan lampu tidur. Best kan..

Ada juga Diffuser lain macam Feather The Owl, haa yang ni selalu sold out tak sampai berapa hari. Comel sangat bentuk burung hantu siap ada bunyi-bunyi dan lagu. Aku pun mengidam juga nak buat tambah koleksi kan. Yang lain tu Desert Mist, Aria, Aromalux Atomizing Diffuser. Semua ada sesuai ikut bajet dan keperluan.

Dan paling aku suka Diffuser ni ringan je, senang nak angkut ke mana-mana. Dah tu tak panas pun walaupun pasang berjam-jam. Kalau nak tahu air dah kering, dia automatik lampu kelip then padam sendiri. Senang sangat kan..

Banyak lagi aku nak cerita kelebihan Young Living Essential Oils ni. Hari ni santai-santai kita cerita pasal diffuser je dulu. Next aku akan perbanyakkan entri pasal Young Living dan produk-produknya terutama EO(minyak pati) yang aku guna.


Tapi kalau ada yang korang baca entri aku ni dan rasa berminat nak beli or nak tanya saja-saja pun pasal Young Living Essential Oils ni bolehlah whatsapp aku
www.wasap.my/601161912909/yleo

Atau kalau korang segan or malu boleh usha2 promosi Young Living aku selalu update kat ig meh follow
www.instagram.com/faizzahamir

Ok korang. Nanti kita cerita lagi ea. Selamat berhujung minggu. Semoga ceria selalu.




Friday, 17 July 2020

Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa | Sambal Ikan Bilis Padu Penambah Selera

Friday, July 17, 2020 1
Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa | Sambal Ikan Bilis Padu Penambah Selera




Hai korang-korang sekalian. Siapa kat sini kalau makan nasi mesti nak ada sambal ikan bilis goreng kering-kering tu? Tak dinafikan benda tu macam something 'penambah selera' la kan. Macam suami Fiza kalau pi outstation mesti bekalkan dia sebalang besar tu hah sambal bilis kering. Itu pun kadang tak cukup katanya hehehe...



Walaupun aku selalu buat sendiri sambal ikan bilis  kering ni, tapi teringin juga nak beli yang ready made. Nak juga rasa by air tangan orang lain kan. Tapi mestilah nak yang sedap dan berkualiti. Dan pilihan aku ialah sambal ikan bilis yang cukup rangup, cukup rasa dan cukup pedas dari SpicyMaMa!





Sesuai dengan namanya "Rangup Pedas Ikan Bilis" "Crispy Spicy Anchovy" sambal ikan bilis dari SpicyMaMa ni memang kebaboommm... Dari tak ada selera makan pun boleh jadi bertambah nasi. Tengah bermuram durja tak selera boleh la try ni. Confirm terus mai nafsu makan korang tu.



Nak cerita sikit pasal Rangup Pedas Ikan Bilis  SpicyMaMa ni, ianya digoreng garing-garing sehingga kering tanpa pengawet dan menggunakan ikan bilis yang rangup. Digoreng dengan suhu yang sesuai untuk rasa yang rangup dan sedap. Dan yang paling penting, ianya diperbuat daripada ikan bilis yang berkualiti tinggi dan diproses mengikut dengan langkah dengan berhati-hati.


Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa ni juga korang boleh krup krap bukan saja sebagai lauk penambah selera, tapi boleh juga dijadikan sambal nasi lemak, makan dengan roti pun sodappp...



So, dah terliur ke tu?

Apa lagi boleh usha IG dan FB Page SpicyMaMa kat bawah ni order terus ye. Kang mana tau habis stok kempunan pulakkk... 

INSTAGRAM : SpicyMaMa Official

FACEBOOK PAGE : SpicyMaMa Malaysia

Thursday, 16 July 2020

COVID-19 : Amalan Norma Baharu Di Pusat Pemindahan Banjir

Thursday, July 16, 2020 1
COVID-19 : Amalan Norma Baharu Di Pusat Pemindahan Banjir


Credit picture to ~ IG myhealthkkm



Credit picture to ~ IG myhealthkkm






๐ŸŒง️ Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer

๐ŸŒง️ Kekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter

๐ŸŒง️ Pakai pelitup muka jika penjarakan sosial tidak dapat dikekalkan

๐ŸŒง️ Jangan bersembang dekat antara satu sama lain

๐ŸŒง️ Jangan bersalaman atau bersentuhan

๐ŸŒง️ Jangan berkongsi peralatan persendirian






Kredit : IG myhealthkkm

Wednesday, 15 July 2020

Wordless Wednesday ~ Air Fryer

Wednesday, July 15, 2020 5
Wordless Wednesday ~ Air Fryer



Sekian lama peram air fryer. Hari ni baru ada idea nak guna untuk kunyah-kunyah petang. Buat goreng nugget je. Hahaha

Tuesday, 14 July 2020

FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama

Tuesday, July 14, 2020 3
FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama



FAMA, Shopee Lancarkan Pameran Durian Maya Pertama
Durian E-Fiesta menampilkan lebih daripada 220 tawaran durian

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2020 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang no. 1 Malaysia untuk satu lagi inisiatif baharu, Durian E-Fiesta, sebagai bukti komitmen terhadap agenda digitalisasi dan e-dagangnya.

Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, “Ketika wabak Covid-19 di Malaysia berada di puncaknya pada bulan Mac lalu, ia telah memberikan kejutan kepada seluruh negara dan pelbagai sektor termasuk sektor pertanian yang tidak terkecuali. Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan bahawa mereka dapat menjual hasil segar dan sejuk beku secara atas talian, tetapi wabak ini telah mendorong banyak pihak termasuk para petani untuk meneroka penjualan atas talian buat julung kalinya. Langkah ini juga selari dengan harapan YAB Perdana Menteri agar sektor perniagaan dalam bidang e-dagang di pertingkatkan dan menjadikannya satu trend baharu urusniaga. Oleh demikian, kami bekerjasama dengan Shopee demi memberi lebih banyak insentif kepada sektor pertanian untuk terus berada di atas talian dan yang lebih penting lagi, lebih ramai petani akan mendapat manfaat walaupun selepas PKPP. Kami akan melaksanakan kerjasama ini melalui beberapa siri kempen bertema yang menarik bermula dengan Durian E-Fiesta di Shopee bersempena musim durian yang sudah tiba."

Durian E-Fiesta di Shopee akan menjadi pameran jualan durian maya pertama di Malaysia. Program ini akan berlangsung dari 15 hingga 19 Julai dan menampilkan lebih daripada 220 tawaran, para peminat durian boleh memilih daripada pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, Kampung, dan sebagainya.

Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar menarik seperti potongan harga RM5 dengan perbelanjaan minimum RM1, potongan harga RM20 dengan perbelanjaan minimum RM100 dan banyak lagi. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta.

Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Biasanya tempoh inkubasi untuk penjual dan pengguna adalah yang paling sukar. Pertama sekali, kami perlu memastikan bahawa penjual kekal berada dalam sistem dan perkhidmatan mereka adalah pada tahap yang optima. Pada masa yang sama, kami harus melatih penerimaan pengguna dan membantu mereka dalam membiasakan diri untuk membeli hasil segar secara atas talian. Oleh itu, kami amat bersemangat kerana mempunyai rakan kerjasama seperti FAMA yang mempunyai pemahaman mendalam tentang ekosistem e-dagang dan bersedia bekerjasama dengan kami bagi mendorong digitalisasi sektor pertanian Malaysia. Selain itu, ini merupakan waktu yang terbaik untuk melaksanakan kerjasama ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan penggemar tegar buah durian."

Kedua-dua organisasi ini juga telah mengambil kira para pengguna yang mungkin kurang menggemari Raja Buah. Justeru, Durian E-Fiesta juga akan turut memasarkan buah-buahan pilihan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nenas dan banyak lagi pada kempen tersebut. Edisi pertama kempen ini adalah terhad di Lembah Klang dan bagi memastikan kesegaran buah-buahan, penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya setelah pesanan dibuat.

Peniaga buah-buahan, terutamanya peniaga durian, akan menerima sokongan dan pendedahan pemasaran maksimum sepanjang kempen ini melalui paparan banner dalam aplikasi, laman mikro-khas, push notifications dan banyak lagi.

Adalah difahamkan bahawa objektif FAMA dan Shopee bagi kerjasama jangka panjang ini adalah untuk memacu sektor pertanian dalam mencapai kemampanan dalam jangka masa panjang menerusi perniagaan secara dalam talian. 

Shopee, dalam pada itu, mendedahkan bahawa lebih daripada 2 tan (2,000kg) durian telah dijual melalui platformnya dalam masa 24 jam setelah diberi pendedahan dalam kempen 6.6 Super Sale pada bulan Jun yang lalu. Kata kunci 'durian' juga merupakan salah satu perkataan yang paling banyak dicari pengguna di platform tersebut.

Untuk memuaskan pengidaman durian anda, kunjungi https://shopee.com.my/m/durian-e-fiesta 

Sebagai tambahan kepada Durian E-Fiesta, FAMA juga akan memberikan baucar kepada pelanggan yang membeli produk dari kedai rasmi mereka di Shopee. Layari https://shopee.com.my/agrobazaar_fama untuk menikmati potongan harga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50 bagi barangan seperti daging ayam, daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi.



First Giveaway By Nufaa

Tuesday, July 14, 2020 3
First Giveaway By Nufaa


Hai, jom kita memeriahkan giveaway ni. Klik je banner kat bawah ni dan follow syarat-syarat senang je. Oh ye korang kena cepat tau, esok 15 Julai 2020 dah tarikh tutup penyertaan. Good luck!


Monday, 13 July 2020

Giveaway by ejulz & mamapipie

Monday, July 13, 2020 5
Giveaway by ejulz & mamapipie




Hi korang. Jom luangkan masa join segmen ni. Klik je banner di atas dan join syarat-syarat yang diberikan.

Sunday, 12 July 2020

LIRIK LAGU DATO' SRI SITI NURHALIZA ~ AKU BIDADARI SYURGAMU (OST 7 HARI MENCINTAIKU 2)

Sunday, July 12, 2020 0
LIRIK LAGU DATO' SRI SITI NURHALIZA ~ AKU BIDADARI SYURGAMU (OST 7 HARI MENCINTAIKU 2)



Credit picture to ~ IG MVM Production




             Komposer : Ippo Hafiz
             Penulis Lirik : Siti Rosmizah
                   Tahun : 2020




Takdir kita telah bersatu
Kerna keangkuhan
Ku pinggir kasihmu

Kini baru ku sedari
Abadinya cinta
Hingga akhir nafasku

Walau kau ku sayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maaf ku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh biarlah aku

Pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku kan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu

Walau kau ku sayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maaf ku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh biarlah aku
Pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku kan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu



            ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ


๐ŸŽถ Sebab aku suka sangat layan drama 7 hari mencintaiku yang first dulu, terngiang lagi masa tu lagu pembukaan dari Dayang Nurfaizah 'Lelaki Teragung'... 7 hari mencintaiku 2 ni kita akan layan pulak lagu dari penyanyi terhebat tanah airDato' Sri Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang calang juga pencipta lagunya Ippo Hafiz dan ditulis liriknya oleh penulis novel sendiri, Siti Rosmizah.

Thursday, 9 July 2020

Khidmat Sewa Lori Untuk Pindah Rumah dan Barang

Thursday, July 09, 2020 5
Khidmat Sewa Lori Untuk Pindah Rumah dan Barang





Pengangkutan atau servis pemindahan barang adalah salah satu elemen paling penting kan dalam memudahkan urusan bila kita perlu memindahkan barang-barang tak kira lah sama ada berpindah rumah, pejabat atau lain-lain keperluan.

Aku bagi contoh paling mudah, apa benda pertama yang korang akan fikir bila nak berpindah rumah? Confirm first sekali korang akan fikir pengangkutan untuk angkut semua barang-barang dalam rumah korang yang lama untuk berpindah ke rumah yang baru kan. Dan juga mesti korang akan survey sana sini cari servis yang terbaik supaya barang-barang yang korang nak pindahkan tu sampai ke destinasi dalam keadaan yang tiptop.

Hah korang tak payah pening-pening kepala lagi dah nak memikirkan servis apa yang bagus, aku dah survey kan servis terbaik untuk korang yang nak berpindah tu.

Mover2U adalah syarikat lori sewa di Pulau Pinang dan mereka turut beroperasi di sekitar lokasi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Klang untuk khidmat pemindahan barang-barang.

Antara pelbagai servis lori sewa yang ditawarkan ialah :

๐Ÿšš Servis sewa lori pindah rumah

๐Ÿšš Servis memindahkan barang dari bangunan pejabat ke bangunan pejabat yang baru

๐Ÿšš Servis memindahkan piano (hah korang yang ada piano tu dah tak payah risau dah dok mikir macam mana nak pindahkan piano tu, dah ada servis boleh selesaikan masalah korang)

๐Ÿšš Perkhidmatan sewa lori

๐Ÿšš Servis packing barang
Bestnya kan. Dah tak payah kalau korang rasa penat nak packing barang sendiri, boleh je ambil servis packing barang dari syarikat ni. Semua ditanggung beres!
 
Kenapa mesti memilih Mover2U untuk servis memindahkan barang-barang?

๐Ÿ“ข Harga Berpatutan
  Yes. Semestinya syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan dan sangat bebaloi. Kadar harga yang ditawarkan pun sesuai dengan bajet korang dan tiada caj tersembunyi. Bagus kan.

๐Ÿ“ข Tetapkan Tarikh Sendiri
  Hah korang tak ada masalah nak berpindah sama ada hari weekend atau ketika cuti umum, korang bebas book tarikh mana yang korang nak.

๐Ÿ“ข Pasukan Pemindah Yang Terlatih
   Korang tak perlu risau barang korang akan sampai ke destinasi dalam keadaan yang baik sebab pekerja pemindah telah menjalani pemeriksaan latar belakang, memang dah pro dan dilatih dalam urusan memindahkan barang-barang.

๐Ÿ“ข Tinjauan Tapak Percuma
  Servis macam ni aku pun suka, baru la rasa teratur urusan nak memindahkan barang-barang tu. Ni baru betul-betul pakej pemindahan terbaik. Complete semua. Tak payah risau mikir apa dah.

Ok apa lagi yang korang tunggu, yang tengah merancang nak berpindah atau sewa lori di Johor tu dah mula boleh survey servis pemindahan dari Mover2U. Book tarikh awal pun tak apa asalkan kita bersedia kan. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut tentang sebut harga apa semua korang boleh la bertanya kepada pasukan mereka.

Ok, semoga urusan berpindah korang berjalan dengan lancar ye...















Wednesday, 8 July 2020

Wordless Wednesday ~ Rempeyek Kacang

Wednesday, July 08, 2020 5
Wordless Wednesday ~ Rempeyek Kacang




Sejenis peminat rempeyek kacang tapi tak suka yang banyak kacang. Hehehe... 


Tuesday, 7 July 2020

COVID-19 | Norma Baharu | Amalkan 3W dan Elakkan 3S/3C

Tuesday, July 07, 2020 4
COVID-19 | Norma Baharu | Amalkan 3W dan Elakkan 3S/3C



Credit picture to ~ IG myhealthkkm 





AMALKAN 3W

✔️ WASH
✏️ Kerap basuh tangan dengan air dan sabun     atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)

✔️ WEAR
✏️ Memakai pelitup muka apabila bergejala atau keluar rumah

✔️ WARN
✏️ Jangan bersalaman atau bersentuhan
✏️ Lakukan disenfeksi
✏️ Amalkan etika batuk atau bersin
✏️ Duduk di rumah
✏️ Dapatkan rawatan kita bergejala


ELAKKAN  3S/3C

❌ Tempat sesak (crowded place)

❌ Tempat sempit dan tertutup (confined space)

❌ Sembang dekat-dekat (close conversation)



P/s ~ Walaupun sekarang dah PKPP (Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan) tapi kita perlu hidup di dalam norma baharu. Patuhi SOP yang ditetapkan. Alhamdulillah kes pun semakin mengecil angkanya semoga beransur hilang terus virus Covid-19 ini.

Sunday, 5 July 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com

Sunday, July 05, 2020 7
 SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com

Hai korang. Jom kita join segmen. Klik je banner kat bawah ni dan follow syarat-syaratnya









 Fiza suka jalan-jalan kat blog shida sebab warna biru tu macam tenang je tengok. Mungkin sebab biru pun salah satu warna yang fiza suka. Lagi satu style ayat shida dalam entri pun santai je, senang nak faham. 

Saturday, 4 July 2020

Novel Review ~ Pelangi Untuk Ara

Saturday, July 04, 2020 1
Novel Review ~ Pelangi Untuk Ara








              Tajuk : Pelangi Untuk Ara
              Penulis : Azura Rasiddin
              Terbitan : Karya Seni



Sinopsis Dari Novel ~~

Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

" Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - ARA

" In case kau terlupa, aku ni abang kau." - EIYAD

" In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - ARA

" Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - EIYAD

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh.

Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka.

Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

" Do you still love me?" - EIYAD

" Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - ARA

Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Di sebalik semua ini, Ara percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah antara dirinya bersama lelaki yang dicintai. Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Semuanya tak mustahil.


            ๐ŸŽจ๐ŸŽจ๐ŸŽจ๐ŸŽจ๐ŸŽจ๐ŸŽจ๐ŸŽจ


๐ŸŽญ Suka watak Eiyad dengan Ara ni. Boleh terasa chemistry walaupun tak romantik sangat awalnya. Masing-masing caring each other. Best sangat plot cerita ni. Boleh rasa watak-watak utamanya mengajar macam mana dan bagaimana pembawakan korang bila masalah datang dalam kehidupan. Dan juga pentingnya ada seorang yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat bila korang tengah struggle. 

Friday, 3 July 2020

Doa Harian #2

Friday, July 03, 2020 2
Doa Harian #2





ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُُ

ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

Yaa Allah.
Jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Yaa Allah.
Bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Yaa Allah.
Jaminlah keselamatan, kesehatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Yaa Allah.
Limpahkan dan lipat gandakanlah rezeki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Yaa Allah.
Ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Yaa Allah.
Perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian-kejadian, berita-berita dan pengalaman-pengalaman yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Yaa Allah.
Mudahkan lah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Yaa Allah.
Kabulkan dan perkenankan lah doa-doa kami, wujudkan lah harapan-harapan kami.

ุฑَุจَّู†َุง ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงْู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ

ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ُุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ

ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠ

Wednesday, 1 July 2020

ANKER Brand Sale

Wednesday, July 01, 2020 2
ANKER Brand Sale


 ANKER Brand Sale



KUALA LUMPUR, 1 July 2020 - Eyeing for your favourite ANKER products but running low on budget? Save the date: here comes the irresistible ANKER Brand Sale happening on 2 July 2020. As the leading mobile charger brand in the US, ANKER will be introducing several premium mobile accessories to Malaysians at an exclusive price on Shopee via its official store. 




Bass lovers will surely not want to miss out on the Anker A3910 Soundcore Liberty Air 2 Wireless Earbuds, equipped with Diamond-Coated Drivers that will be able to increase the sound frequency bandwidth by 15% and deliver 2 times the amount of bass. The earbuds are also loaded with 4 microphones; can effectively reduce environmental noise by 60% and retain 95% of your voice for a crystal-clear call experience. The earbuds can last up to 7 hours of playtime on a single charge and extend to 28 hours with the charging case which is suitable for long hours’ usage and when you are on-the-go.



As we continue to practice social distancing and reduce frequencies of face-to-face meetings, the connection to one another does not stop there. With the Anker A3301 PowerConf Bluetooth Speakerphone, you can enjoy uninterrupted conference meetings as the builty-in 6,700mAh battery powers your meeting with a 24-hr call time in wireless mode. With 6 microphones arranged in a 360° degrees, the Omni-Directional Voice Pickup feature allows the device to pick up voices anywhere in the room of up to 8 people. The Smart Voice Enhancement feature offers real-time echo cancellation up to 70 dB, de-reverberation, and reduces background noise by 20db to ensure your voice is picked-up without distracting noises. Simply connect to your phone or computer via Bluetooth to start your con-calls.





Get ahead of everyone else with the Anker A2041 Power Port Atom PD 4 Charging Station. Suited with Malaysian plug socket, the powerful 100W charger equipped with 2 USB-C and 2 USB-A ports can charge up to 2 laptops or USB-C tablets, and 2 smartphones or other devices at the same time with a record-breaking 100W of charging power. The USB-C Power Delivery and Anker’s exclusive PowerIQ technology for USB-A combine to provide full-speed charging for an incredible range of devices. The compact charger fits comfortably in a backpack or briefcase and it can power up the entire family while on vacation, or charge an entire mobile work station on the go.



In conjunction with the Shopee 7.7 Mid Year Sale that is happening from now to 7 July, you can enjoy greater savings, when you purchase ANKER products on Shopee. All you have to do is apply promo code 77ANK51D9 to enjoy 50% off your bill with a minimum spend of RM1 (discount capped at RM8) or apply promo code 77ANK21D9 to enjoy 14% off your bill with a minimum spend of RM1 (discount capped at RM1000) on top of the existing discounts. 







Lookout for these special deals that is happening only on 2 July:

The ANKER Flagship Store on Shopee is where shoppers can be assured that the products received are 100% authentic, while enjoying a worry-free 18-month warranty. Shoppers can chat with the friendly ANKER customer service officer on Shopee for further enquiries or warranty issues. For more information on ANKER’s deals and promotions, head over to the ANKER Flagship Store via https://shopee.com.my/ANKER.os


Wordless Wednesday ~ Ehhh Dah Julai

Wednesday, July 01, 2020 5
Wordless Wednesday ~ Ehhh Dah Julai



Ehhh dah masuk bulan Julai kejap je. Serius sungguh wajah anak aku tu ea..