October 2019 - Faizzah Amir

Sunday, 20 October 2019

Tip Bijak Airport Transfer

Sunday, October 20, 2019 3
Tip Bijak Airport Transfer

Tip Bijak Airport Transfer



Sumber foto ~ Traveloka



Setiap kali pergi bercuti yang agak jauh selain daripada tiket flight, airport transfer one of benda yang agak penting juga untuk kita ambil kira terutama kalau kita ni memang ada bajet-bajet yang tertentu untuk percutian kita. Sebenarnya banyak je pilihan untuk ke airport ni, kita je kena pandai planning dan pilih mengikut keselesaan kita. Banyak aspek yang boleh kita ambil kira waktu kita nak pilih airport transfer yang sesuai untuk kita. Antaranya:


  • Total Orang
Ini merupakan benda yang paling penting sebabnya dekat sini sebenarnya kita boleh tahu pilihan mana yang memberi kita lebih advantage. Bagi yang travel dalam kumpulan yang kecil atau solo, aku cadangkan untuk guna KLIA Express je untuk ke airport. Tiket untuk KLIA Express ni kita boleh beli di kaunter ataupun nak lagi mudah boleh beli secara online je. Kita boleh beli tiket KLIA Express online booking ni dengan pelbagai jenis website. Aku paling suka beli dengan Traveloka sebab harganya lebih murah (jenis aku bila nak travel ni apa benda pun selagi aku dapar peluang saving tu memang itulah pilihan aku). Selain itu, kalau bernasib baik dapat lagi potongan 10% pada masa-masa tertentu jika ada promosi yang ditawarkan. Memang serius sangat-sangat berbaloi. Kenapa aku cakap ia sesuai untuk kumpulan yang kecil je? Sebab kalau kumpulan yang besar sebenarnya ada cara lain yang lagi jimat dan lagi convenient. Kita boleh gunakan airport taxi ataupun grab car. Hal ini disebabkan ia jauh lebih jimat kalau kita dah divide kan total harga nanti berbanding beli tiket KLIA Express secara individu. Kalau pening kepala nak pilih mana, boleh cuba usha cheap airport coach yang Traveloka sediakan.


Complete semua schedule klia express kat traveloka ni dan macam-macam lagi korang boleh usha sendiri. Macam aku memang install applikasi traveloka kat handphone so memang mudah sangat boleh survey bila-bila masa je diperlukan

Pelbagai jenis pengangkutan kalau korang nak survey kat traveloka ni. Mudah sangat semua di hujung jari je 

  • Tiket flight
Selain daripada kita travel dengan berapa orang, benda yang kita kena ambil kira jugak adalah masa flight kita terutama flight tiba di airport. Sebab apa? Benda yang kita kena tahu kalau kita selesa guna KLIA Express, ia ada limit masa operasi jadi kita tak boleh lah nak guna 24 jam. KLIA Express hanya mula beroperasi pada pukul 5 pagi dan kalau tak salah aku last trip dalam lebih kurang pukul 12 pagi macam tu. So, kalau tiket flight kita ni terlalu pagi ataupun tengah malam ke, mungkin KLIA Epress ni kurang sesuailah sebab ia akan mengganggu sikit kita punya plan. Kalau korang tanya aku, aku memang jarang ambil tiket yang terlalu pagi ataupun tengah malam. Waktu beli tiket memang aku dah pastikan sesiap masa aku tu just nice melainkan kalau ada perubahan masa daripada pihak airline. Namun begitu, kalau benda ni jadi memang aku akan pilih grab atau airport taxi lah sebab tak sanggup rasanya aku nak bertapa dekat airport tu lama-lama. Sedangkan masa yang ada tu kita boleh manfaatkan untuk benda lain. Grab ni walaupun kita sampai pagi ke malam ke, akan selalu ada je. Kita ni tinggal pilih je yang sesuai dengan kita. 

  • Keselesaan
Semua orang aku yakin nak kan keselesaan ketika bercuti, so pemilihan airport transfer ni pun bergantung kepada keselesaan sendiri. Selesa ni abstrak dan subjektif, ia tak sama untuk semua orang. Aku boleh cakap selalunya keselesaan ni bergantung beg dan barang yang kita bawa. Ni just as keseluruhan lah. Sebab macam aku yang jenis backpack, aku sangat selesa dengan KLIA Express kalau aku travel dalam 2-3 orang je. Sebab tak payah fikir jalan jem ke apa. Selain tu keselesaan daripada segi masa. Guna KLIA Express ni cepat, so takdelah rushing sangat kalau kita dah susun jadual elok-elok. Namun begitu, kalau yang jenis travel memang ada check in luggage aku rasa gunakan grab dan airport transfer ni lagi baik. Sebab kita tak payah fikir nak angkut beg berat-berat semua tu, just tunggu depan rumah. Tetapi kena ingatlah, kalau guna ni memang masa kita kena estimated lebih sikit. Kena ambil kira jalan jem dan cuaca juga.

Airport transfer adalah satu kepentingan kalau kita travel. Jadi sebelum pilih tu, fikir elok-elok dulu. Rancang masa dan perjalanan dengan baik. Supaya kita dapat memilih airport transfer yang terbaik. Baru la mood travel tu akan lebih mengujakan..kan..kan

Our 2nd Anniversary

Sunday, October 20, 2019 4
Our 2nd Anniversary

20 Oktober 2019. Happy 2nd anniversary to us. πŸ’•

 Alhamdulillah atas segala apa jua bentuk kurniaan dariNya. Semoga kita terus berusaha jadi hamba Allah yang baik. Semoga kita terus berusaha juga jadi suami, isteri, ayah, ibu, anak, menantu, adik, saudara dan rakan yang baik dan sentiasa memberi manfaat kepada orang sekeliling. In sya Allah. Aaminn2 yra..




Pssttt... Baby kenapa dok mengira jari tu kat belakang? Kira komisen ke?? πŸ€¨πŸ˜‚

Saturday, 19 October 2019

Tepung Ayam Goreng Ala Mamak Style by Mida's Kitchen ~ Padu Bakhang!!!

Saturday, October 19, 2019 2
Tepung Ayam Goreng Ala Mamak Style by Mida's Kitchen ~ Padu Bakhang!!!

Hai korang..angkat tangan siapa yang suka makan ayam goreng kat sini?? Tak kira lah ayam goreng tepung ke kunyit ke. Mesti ramai kan. Yela pada aku ayam goreng ni pada aku salah satu menu yang mudah disediakan dan boleh buat menambah nasi juga betul tak hehehe..

Ok meh mai dekat sikit aku nak kenalkan kat korang salah satu produk yang bakal viral ni insyaAllah iaitu tepung ayam goreng ala mamak style by mida's kitchen.
Hah korang yang suka sangat dengan ayam goreng kat mamak tu atau pun yang belum pernah rasa tapi nak cuba-cuba boleh la beli tepung ni. Cara nak buat pun mudah sesangat uollsss. Just tambah sebiji telur, bawang putih dan halia kisar dan gaul ayam  dengan tepung ayam goreng ala mamak style by mida's kitchen ni secukup rasa.

πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

First time aku grab 3paket. Pasni nak repeat lagi buat stok. 


Korang tengok gambar kat atas ni confirm terliur kan jangan malu-malu nak mengaku ea. Aku pun sampai tak ada caption nak letak. Rasa ayam goreng tu pulak of course la padu bakhang!! Berebut iollsss satu family..semua lepas makan dengan nasi pakat nak meratah ayam lak. Kihkihkih
Tepung ayam goreng ala mamak style by mida's kitchen ni jugak tak limited pada ayam goreng je. Korang boleh cuba apply bakat memasak korang tu dengan tepung ala mamak style by mida's kitchen ni dengan sotong ke, udang, kentang dan lain-lain.

Lepas tu korang jamu lak suami, anak, ibu ayah, mertua, adik beradik, ipar duai, jiran tetangga, rakan taulan ataupun musuh ketat pun boleh. Mana tau lepas ni musuh tu boleh jadi kawan sebab terharu korang belanja ayam goreng yang super sedap terangkat ni. Cuba laa 😜😜

Ok apa tunggu lagi kalau berminat boleh cepat-cepat whatsapp atau nak order melalui aku pun boleh juga meh whatsapp www.wassap.my/601161912909

Cepat-cepat whatsapp tau sebab stok pun dah tak banyak sebab permintaan untuk tepung goreng ayam ala mamak style by mida's kitchen ni sentiasa dapat permintaan yang tinggi. Buat banyak pun laku kerassss. So jom order gerenti puas hati selera bertambah-tambah.

Ok bye aku nak sambung meratah ayam goreng tu. Jumpa lagi di entri berikutnya...

Sunday, 13 October 2019

Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder ~ Mudah, Ringkas & Sweet

Sunday, October 13, 2019 4
Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder ~ Mudah, Ringkas & Sweet





Ada tak yang ada masalah macam aku ni? Apa masalah aku? Selalu kadang rasa malas nak layan diri sendiri. Kadang ada masa pun saja tak nak luangkan untuk diri sendiri sebab nak berkepit dengan si comeyy tu. Hehe..

Ok since dah tua sikit2 ni (tua SIKIT je) aku dah mula rasa tak yakin diri kalau keluar rumah tak ada taouch up langsung. Tapi selalu je rasa macam tak cukup masa. Taklah selalu rasa gitu tapi ada certain perkara yang memang aku tak boleh buang masa mean aku kena jugak pantas bila bersiap sementalah si suami seorang yang sangat berdisplin bab masa 🀣

Ermm baru-baru ni masa dok ushar sephora online tu dengan tujuan nak cari compact powder baru. Bukan apa aku dari dulu tak ngam dengan compact powder bermacam jenama dah cuba. Bukan tak ada yang bagus langsung tapi kebanyakan yang aku dah cuba macam tak boleh at least cover sikit-sikit cela kat muka ni hah bila time tak menyempat nak apply foundation. Ada je foundation pulak jarang sangat dah sentuh sejak kebelakangan ni.
Yela macam yang aku cerita tadi kadang ada hal yang aku tak bole nak mengadap cermin lama-lama. Ok dalam dok ushar2 kat sephora online macam tertarik pulak tengok packaging powder dari Too Faced ni. Hahhh ni lagi satu perangai aku tak boleh tengok produk cosmetic with packaging kiut miut mesti gedik je nak beli.

Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder. Begitulah namanya. Adakah hasilnya sehebat namanya? Yang pasti aku terus grab tanpa fikir panjang sebab produk ni ada travel size 4g. Comeyy sangat ler sampai time dah dapat tu sayang pulak nak guna dok peram dulu dalam makeup bag. Huhuhu. Bukan apa aku ni jimat la konon orangnya nak juga habiskan powder aku yang sebelum ni.

Ok first sekali masa aku rasmikan Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder ni aku macam tertarik pulak ngan bau dia yang ala2 buah peach. Nampaknya bukan sesaja dorang buh perkataan peach tu kan.

Touch up sikit-sikit dulu. Yela still ragu-ragu first time guna. Kang tak sesuai ngan kulit jenuh pulak nak menanggungnya. Dannnn pandangan pertama aku pada produk ni walaupun touch up cuma sikit2, wow ok sangat-sangat la bagi aku. 

Selain dari mudah nak apply macam aku cakap pakai sikit-sikit pun dah nampak kemas muka tu. Yang lagi best macam ada efek pakai blusher laa.. Kalau korang perasan la kat gambar-gambar aku tu. Tak ada la merah pinkish2 sangat hasilnya macam pakai pemerah pipi betul tapi kulit macam tak pucat hanya dengan sedikit sentuhan Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder.

Dan antara kelebihan lain yang aku rasa ialah powder ni serasi dengan kulit aku. Kulit tak berminyak maintain je. Muka tak rasa berat tak macam pakai bedak.  


Baby sengih ibu dia bersiap cepat. Tak sabar nak jenjalan la tu

Oklah muka tak pucat sangat 

Dah pakai baru ingat nak ambil gambar. Suka sangat comel je nampak lagi bentuk peach tapi tulisan Too Faced tu dah hilang


Bukan kata tak payah pakai foundation apa semua lepas ni hoho tak boleh la macam tu mana nak campak koleksi makeup aku yang botingkek tingkek tu. Macam aku cakap tadi bila ada certain hal yang kita perlu segera tapi nak nampak ringkas tapi complete powder ni memang berguna. Suami pun senang hati tak payah tunggu lama. Si baby masam tu pun tak stress dah tunggu ibu dia kejap je dah beres hehehe.

Korang berminat nak grab juga Too Faced Peach Blur Translucent Smoothing Finishing Powder ni buat koleksi? Macam biasa ler terjah sephora online sementara stok masih ada.

Ok babai dulu jumpa lagi di entri seterusnya 😘😘

Tuesday, 8 October 2019

Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Johor untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Tuesday, October 08, 2019 3
 Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brandβ„’ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Johor untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak



Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Johor untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak
Menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 18,000 Hidangan Sihat

Johor, 8 Oktober 2019 – Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.  

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun. 

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah. 

Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. 

Di Johor, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convent, SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini. 

Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar. 

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik. 

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre. 

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi. 

“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 18,000 hidangan sihat untuk 100 orang penghuni.

Pusat Jagaan Care Haven telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Johor. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada kek cawan berinti tuna, nasi goreng dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Pusat Jagaan Care Haven.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.  

Semua peserta Festival Kesihatan Ayam Brand Suku-Suku Separuh 2019 di Johor.

Pemenang Festival Kesihatan Ayam Brand Suku-Suku Separuh  2019 di Johor. Pasukan pemenang (tengah), Pusat Jagaan Care Haven dengan tempat kedua dimenangi oleh SK Seri Perling 2 (kanan) dan Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria (kiri).

Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand dilihat melayari hidangan Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh para peserta.

Hidangan pemenang Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh Pusat Jagaan Care Haven.

Tentang Ayam Brand

Ayam Brand merupakan rangkaian produk di Malaysia dan Asia selama 127 tahun yang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi pengawet dan MSG tambahan. Produk Ayam Brand diproses di fasiliti yang professional yang mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa dan telah memperoleh sijil yang diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin Halal. Untuk tahun keempat berturut-turut daripada 2013 hingga 2016, Ayam Brand merupakan salah satu peneraju sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam lingkungan jenama FMCG, menurut Kajian Jejak Jenama Kantar Worldpanel.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau  https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia 



Thursday, 3 October 2019

LIRIK LAGU SARAH SUHAIRI ~ RISE AND FALL

Thursday, October 03, 2019 0
LIRIK LAGU SARAH SUHAIRI ~ RISE AND FALL





Credit picture to ~ Instagram Sarah Suhairi



Sumber video ~ YouTube 




Komposer : Faizal Tahir, Mage, Mike Chan
Tahun : 2019



Adakah
Ini Harganya
Harga Sebuah perhubungan
Yang Kau harapkan sempurna

Inilah
Inilah Hidup
Waktu Mekar jadi sanjungan
Saat Layu hilang semua

Walau Selalu kurang di matamu
Namun Ku punya harga
Yang Tak mampu kau miliki

I Rise and i fall
Dan Bukan untuk kau menilai
Cause I fall but i rise
Kerna Ku terus percaya

I Rise and i fall
Dan Takkan pernah ku gentar
Untuk Jatuh
Kerana
Kerna Ku terus percaya

Andainya
Semua Sempurna
Kau Dan aku takkan bersama
Melengkapi Hidup di dunia

Walau Selalu kurang di matamu
Namun Ku punya harga
Yang Tak mampu kau miliki

I Rise and i fall
Dan Bukan untuk kau menilai
Cause I fall but i rise
Kerna Ku terus percaya

I Rise and i fall
Dan Takkan pernah ku gentar
Untuk Jatuh
Kerana
Kerna Ku terus percaya

Somethings Just don’t even matter
I Don’t even wanna bother
What About us?
I Said, what about us?

Somethings Just don’t even matter
I Don’t even wanna bother
What About us?
I Said, what about us?

I Rise but i fall
Bukan Untuk kau menilai
Cause I fall but i rise
Kerna Ku terus percaya

I Rise and i fall
Dan Takkan pernah ku gentar
Untuk Jatuh
Semua Kerana
Kerna Ku terus percaya


🎢🎢🎢
Nak selit cerita sikit boleh tak. Boleh la ea.

Dulu kan mula-mula keluar lagu ni kat radio aku tak amik port sangat pun. Dalam hati just "ooo lagu baru sarah suhairi".

Kebetulan satu hari tu aku menunggu dalam kereta suami pergi gunting rambut malas nak ikut sekali. Lagu ni pun keluar entah kenapa aku menghayati bait-bait lagu dan baris liriknya dan tiba-tiba macam teraspirasi hahaha. Tak puas hati lagi sambung layan kat youtube nyanyi sekali.

Bukan apa lirik lagu ni pada pemahaman aku la mengajar korang jangan putus asa dalam apa jua yang korang lakukan. Contoh kalau tengok orang lain lebih berjaya kita pun insyaAllah boleh berjaya dengan cara kita selagi ianya tak salah.

Paling penting jangan peduli dengan kata-kata orang dan bila kita dah berjaya jangan pula kau balas mengata balik orang yang buat kau. Jangan menilai cara orang menggapai kejayaan masing-masing sebab lain orang lain minat kan. Belajar terima perbezaan sesama kita. Sebab kehidupan setiap orang ada jatuh bangunnya kan. Tak mustahil orang yang kita nampak lemah tu suatu hari lebih berjaya siapa tahu. Support each other kalau tak melalui perbuatan atau percakapan, melalui doa pun boleh.

Ok pehal aku terbebel panjang lebar ni. Ok apa pun aku harapkan semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan dalam apa yang kita impikan. 😘❤️