June 2020 - Faizzah Amir

Tuesday, 30 June 2020

Giveaway by A Secret Journey

Tuesday, June 30, 2020 2
Giveaway by A Secret Journey




Hai korang. Jom laa kita memeriahkan segmen ni. Klik je banner di bawah ni dan follow syarat yang sangat mudah.





Good luck dan selamat bersegmen!

Monday, 29 June 2020

TEMPE CHIPS CURRY WOW! Kudapan Non Stop!

Monday, June 29, 2020 5
TEMPE CHIPS CURRY WOW! Kudapan Non Stop!


Macam-macam sekarang ni kan. Selalu tengok tempe buat lauk je, sambal atau masak apa jela. Tapi aku memang paling suka sambal tempe. Buat ratah gitu pun syok oooo...


Dan entry ni aku nak cerita pasal tempe ni yang dikomersialkan jadi keropok ke kerepek nak panggil ea.. Terpulanglah apa pun yang penting Tempe Chips Curry Wow nama diberi memang ngam sangat untuk penggemar kudap kudapan macam aku.


First time nampak post fb blogger kisahsidairy pasal dia agen Tempe Chips Curry Wow ni. Tengok macam best je aku pun try la order sebalang. Dannnn.. menyesal tau order sebalang je.. Sedap sangat koranggg. Sejenis kudapan yang aku tak boleh stop ler.. Sambil menaip ni pun sambil krup krap... Hahaha...


Tengoklah gambar pun dah separuh makan baru ingat nak snap. Saborr je laa.. Aku rajin share ni pun pasal nak ajak korang yang belum cuba Tempe Chips Curry Wow ni untuk order jugak. Serius sedap. Tak adanya kalau tak best aku nak cerita kat blog aku ni. Hahaha macam tu sekali..



Ok korang kalau teringin nak cuba boleh la order dengan blogger kisahsidairy dan kalau ramai family dok serumah tu better order bebanyak sikit. Tak baik tau makan tak pelawa. Ok aku nak sambung habiskan Tempe Chips Curry Wow. Ada rezeki nak order lagi la nanti. Wokehhh.. Happy Monday Blues korang! Ehh berapa jam je lagi nak Tuesday dah.. Hehehe...


Sunday, 28 June 2020

Novel Review ~ Dengan Atau Tanpamu

Sunday, June 28, 2020 2
Novel Review ~ Dengan Atau Tanpamu









       Tajuk : Dengan Atau Tanpamu
       Penulis : Cik D
       Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

DIAN FATIHAH kata JEFFRY AZMAN, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir ADRYAN UMAR, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di tanah suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

" Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?" - RYAN

" Kita baru jumpa sekali kut!" - DIAN

" Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian." - RYAN

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya. Walaupun pertemuan singkatnya bersama ADRYAN UMAR hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri jelapang padi itu.

Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

" Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni?" - DIAN

" Macam mana tu?" - RYAN

" Kalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?" - DIAN

Bahagia yang cuba dicipta tak kekal lama. Semuanya ranap hanya kerana satu kejadian hitam yang tidak sempat dijelaskan. Dian disisih. Kasih yang baru disulam buatnya menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryan kepadanya, juga terpendam.

" Dengan atau tanpa dia... Hidup akan tetap diteruskan." - DIAN

Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram, namun hampa bila Ryan memilih untuk terus menyepikan diri.

" Sampai bila awak nak pendam perasaan awak tu, Ryan? Awak biar hati awak luka. Awak biar hati awak sakit setiap kali pandang saya. Cukup Ryan, lepaskan Dian kalau awak rasa dah tak mampu lihat Dian yang kotor ni ada depan mata awak..." - DIAN

Dian dihukum, walau silapnya bukan datang dari dirinya. Bibir meminta, namun hati tak pernah menginginkan untuk ditinggalkan hidup sendirian. Kehadiran semula Jeffry, dalam diam mahu mengubat kedukaan Dian yang kehilangan. Kalau mampu, dia mahu menjadi penuntun hati wanita yang ditinggalkan itu.

" Sebab abang sedang mencari seseorang yang sudi berlayar bersama abang." - JEFFRY

Tergugat atau tidak ego Ryan bila sudah ada yang datang dan cuba mengharap kembali cinta si isteri? Rungkaikan semuanya dalam Dengan Atau Tanpamu...


             ๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„๐Ÿ„


๐ŸŽญ Banyak novel cinta memang tekankan 'pentingnya sikap saling mempercayai dengan pasangan'. Novel ni ada suka duka, mengajar korang kekuatan dan pentingnya menjaga harga diri dan maruah kita sebagai seorang perempuan. Ada banyak juga part suweett muwitt buatkan rasa nak baca lebih dari sekali. Hehehe. 


Saturday, 27 June 2020

MITOS COVID-19

Saturday, June 27, 2020 1
MITOS COVID-19





Credit picture to ~ IG myhealthkkm 





MITOS
Minum alkohol untuk mematikan virus COVID-19?
FAKTA: TIDAK BENAR. Alkohol yang diminum tidak membunuh virus dalam badan manusia, malahan ianya berbahaya dan meningkatkan risiko penyakit serta masalah kesihatan yang lain. Alkohol sebaiknya digunakan untuk mensanitari tangan dan permukaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

MITOS
Air Rebusan Ketum sebagai ubat alternatif untuk pesakit COVID-19
FAKTA: TIADA BUKTI saintifik ataupun kajian makmal yang membuktikan air ketum mampu melawan COVID-19. Tiada laporan yang mengatakan ianya mampu menghalang virus malahan pokok ketum mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

MITOS
Sekali terjangkit COVID-19, selamanya akan ada virus dalam badan bekas pesakit. 
FAKTA: TIDAK BENAR. Pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh sembuh sepenuhnya dengan mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan. Virus boleh hilang dengan rawatan yang tepat dan betul kepada pesakit.

MITOS 
Cuaca sejuk atau panas boleh membunuh virus COVID-19 
FAKTA: Cuaca sejuk mahupun haba tidak mematikan virus COVID-19 yang berada dalam badan manusia. Suhu normal badan manusia ialah sekitar 36.5 - 37.0 darjah celcius tidak terkesan dengan cuaca atau suhu luaran/persekitaran.

MITOS 
Bungkusan/parcel boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 
FAKTA: CDC menyatakan bahawa terdapat individu yang dijangkiti COVID-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini mungkin berlaku apabila individu tersebut menyentuh permukaan yang berpotensi telah tercemar dan menyentuh muka, mata ataupun hidung.

MITOS 
COVID-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk
FAKTA: COVID-19 disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti, BUKAN melalui gigitan nyamuk.


Friday, 26 June 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com

Friday, June 26, 2020 1
Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2020 di Mialiana.com bermula pada 8.00 pagi 25/6/2020 sehingga 8.00 pagi 26/6/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #37 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2020.

** jom support Mia Liana....

Thursday, 25 June 2020

Review Novel ~ Mikayla

Thursday, June 25, 2020 0
Review Novel ~ Mikayla







                  Tajuk : Mikayla
                  Penulis : Melur Jelita
                 Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap berlari!

HARDI-E. AR RAHMAN
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH).
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

WAN ADRA MIKAYLA
Kononnya berdarah Bugis
Dicap keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau.
Jadilah asam pedas astaghfirullahalazim
bertemu masak lomak cili api alhamdulillah.

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut.
Jawapan Hardie: Saya main-main aje.

Berani kau cuit-cuit gadis
Johor Bahru?!
Cap mohor Mikayla jelas
bertanda di dada Hardie!

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum!


๐Ÿซ๐Ÿซ๐Ÿซ๐Ÿซ๐Ÿซ๐Ÿซ๐Ÿซ



๐ŸŽญ Mari kita sedekahkan Al Fatihah (dibaca) buat Allahyarhamah Melur Jelita, iaitu penulis novel di atas yang telah meninggal dunia pada 2018. Aku cuma kalau siapa yang dah baca novel ni, mesti akan rasa kelainan tersendiri dalam cara penulisannya. Unik pada aku. Aku mula-mula tertarik nak beli sebab sinopsis tu hah, Mikayla ni gadis Johor keturunan Bugis. Macam aku ler... Hehehe... Tapi berbeza sangat la life Mikayla yang dipaparkan dalam novel ni dengan life aku. Banyak yang tak terduga dan tak terjangka. Apa yang tak terduga dan tak terjangka, tu? Kalau jumpa lagi novel ni kat mana-mana kedai buku or preloved ke, better korang beli. Jangan tanya kat aku pulak. Aku tak nak jual huhuhu.. Walaupun sikit frust sebab tak ada sambungan Mikayla 2, sebab ending nampak macam tergantung, tapi pada aku plot novel ni ada 'something special' kalau korang betul-betul menjiwainya... Jengg jenggg... 

Wednesday, 24 June 2020

Wordless Wednesday ~ Teddy Bear

Wednesday, June 24, 2020 3
Wordless Wednesday ~ Teddy Bear


      Masih simpan teddy bear dari zaman kanak-kanak.

Tuesday, 23 June 2020

Kenangan Susah Senang Dengan Honda Ex5

Tuesday, June 23, 2020 5
Kenangan Susah Senang Dengan Honda Ex5


Semoga berbahagia bersama tuan baru ye Honda Ex5 


Scroll2 gambar malam ni terjumpa pulak gambar motor Honda Ex5 kepunyaan suami dari zaman bujang. Kata suami, motor ni kenderaan pertama dalam hidupnya. Kisahnya suami dulu masa baru berkhidmat dalam tentera, bawa motor pun tak pandai. Duduk dalam kem yang agak besar nak gerak ke mana-mana payah.

Jadi suami belajar bawa motor dari rakan sekerja. Lama-lama dah cekap baru terfikir nak beli motor sendiri. Gaji pun baru starting lagi so mampu la ambil Honda Ex5 secondhand masa tu.

Masa mula kenal dengan suami, dia ingat aku malu nak naik motor dia. Yela first time jumpa tak berani la aku nak naik motor dengan lelaki. Kisahnya satu hari tu transport kerja tak dapat hantar aku balik, dia offer nak ambil aku kat tempat kerja. Tunggu punya tunggu nak dekat maghrib baru sampai. Motor rosak tengah jalan katanya.

Kisah motor rosak tengah jalan ni boleh dikatakan hampir setiap kali kitaorang dating akan lalui benda ni. Tapi kan itu tak buat kami putus asa pun nak pergi dating. Hahaha.

Kalau nak cerita kat sini pahit manis dengan Honda Ex5 ni banyak. Dengan korang2 sekali tension kang. Hehehe. Tapi memang banyak nostalgia kenangan dari bercinta sampai berumahtangga dengan motor ni. Jasamu dikenang sampai bila-bila pun duhai Honda Ex5 walaupun Honda Ex5 kami ni dah bertuan baru pun. Huhuhu. Itulah wujudnya entri mengusik jiwa malam-malam ni.

     Yamaha Legenda. Dah 8 bulan berkhidmat. Punca rezeki suami. 

Ni tak boleh nak elak jugak, motor dah lama sangat dah puas suami dok rempit dari bujang kena tukar jugak la. Sebab penting motor ni untuk suami ulang alik pergi kerja yang tak menentu waktunya. Pujuk-pujuk suami dia redah jugak pa beli motor baru Yamaha Lagenda. Motor biasa-biasa je. Tak mampu nak beli yang gempak-gempak macam Ysuku. Hehehe. Jadilah kan untuk keperluan dekat-dekat. Best juga la motor ni naik rasa smooth je. Sebab baru lagi kot November last year. Nak ulas lebih-lebih pasal motor ni aku tak pro lak.. Kuikuikui..

Apa pun Honda Ex5 tetap jadi kenangan istimewa. Semoga motor baru Yamaha Lagenda ni pun akan jadi something yang bawa kenangan manis untuk kami sekeluarga. Kedua-duanya tonggak utama punca rezeki suami aku.

Oklah, stop cerita. Nanti ada masa terluang nak cerita pasal kereta pertama kami pulak. Si comeyy loteyy yang jadi rebutan. Apakah itu? Tunggu ea...

Monday, 22 June 2020

Bila Faizzah Amir Menyibuk Kat LinkedIn

Monday, June 22, 2020 5
Bila Faizzah Amir Menyibuk Kat LinkedIn



Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Korang buat apa tu? Aku tengah lepak rumah je ni sambil layan henfon. Malam dah pun. Layan apa kat henfon? Ermm usha2 media sosial laa.. Follow berita semasa dan berita rakan-rakan, saudara mara di dalam dan luar negara.. Cewahhh. Sedara kat overseas aku rasa kat Singapore tu je tak pasti pulak kalau ada yang lagi jauh hahaha... Rindu juga lama dah tak jumpa depa kat Singapore nun since tak boleh merentas sempadan ni kan. Sabarlah ye. Dah boleh merentas negeri ni pun dah syukur juga.

Ni aku nak cerita sikit boleh kan. Hehehe. Beberapa bulan yang lepas aku join sosial media LinkedIn. Walaupun LinkedIn majoriti nya untuk orang business2 yang besar2 gitu, entah kenapa aku teringin nak mencuba menyibuk kat platform LinkedIn ni untuk promosikan lagi blog aku yang sendu ni hahaha. Sebenarnya aku terpengaruh dengan satu post dari seorang rakan fb ni, Syaza Redzuu. Korang tahu sis Syaza ni Ghostwriter yang dah menyinar kat LinkedIn ni walaupun asalnya dia pun nak cuba-cuba jugak. Dia siap jual ebook 'Tulis Sampai Jadi di LinkedIn' tau. Banyak beliau kongsikan ilmu kat situ.

Macam aku ni pun, masih terkial-kial lagi nak faham pasal LinkedIn ni. Tengoklah profile tu hah, masih Intermediate target nak setting sampai All Star. Hehehe. Kalau tengok profile orang-orang kat LinkedIn ni rasa kerdil nau lah kan. Kita background pun biasher2 jurr. Kuikuikui.



Tapi bagi aku dalam hidup ini selagi boleh rebut la apa peluang pun selagi caranya tak salah. Tak apa lah santai-santai je dulu. Lagi satu yang aku suka juga kat LinkedIn ni banyak ilmu kita boleh dapat. Connect seberapa banyak dengan orang-orang yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, sedikit sebanyak ada ilmu yang kita boleh dapat dari post-post mereka. Tak percaya? Cubalah dulu join LinkedIn. Aku pun dok belajar lagi function kat LinkedIn ni. Banyak lagi tak tahu kena rajin-rajin survey... Oklah, rest kejap. Nanti cerita-cerita lagi ye...




Sunday, 21 June 2020

Happy Father's Day 2020 | Selamat Hari Bapa

Sunday, June 21, 2020 4
Happy Father's Day 2020 | Selamat Hari Bapa




Happy Father's Day. Selamat Hari Bapa buat ayah-ayah, papa-papa, daddy-daddy, dan bapak-bapak di seluruh dunia. Terima kasih diucapkan atas pengorbanan penat lelah, keringat setiap hari demi memastikan kebahagiaan anak, isteri dan keluarga...



Susah laa nak ambik gambo bapak aku tau. Kalau paksa mau jadi gaduh hahaha... 

Kepada ayah kandung ku, selamat hari bapa. Terima kasih atas didikan dan kasih ayah yang tidak berpenghujung. Walaupun tegas tapi jarang hampakan permintaan anakmu ini. Tapi dengan cucu dia lembut habis, aku nak marah cucu dia pun dia marah aku balik. Hahaha.. Semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam rahmat dan peliharaanNYA..



Kepada allahyarham abah mertua ku, walaupun tak sempat kenal dengan abah, terima kasih atas didikan sempurna dan kasih sayang abah buat anak abah(suamiku) sehingga dia jadi bapa yang terbaik buat Firas, dan semestinya suami yang terbaik untukku. Al Fatihah(dibaca) buat allahyarham abah mertua ku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn..


Dan semestinya selamat hari bapa buat suamiku dunia akhirat, kerana jadi suami yang terbaik dan paling penting tak jemu melayan kerenah anak isteri yang makin nakal. Ehhhh... Semoga suamiku dilimpahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, dan sentiasa di dalam rahmat dan lindunganNya.. Terima kasih jadi suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab dengan 'style' mu yang tersendiri. Cewahhhh...

Uishhh terbebel panjang kita ye... Ok stop dulu. Fikir ayat next year lak. Hahaha.. Happy weekend korang! ❤️

Saturday, 20 June 2020

OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru

Saturday, June 20, 2020 5
OMBAKBERGIGI Mencari Bloglist Baru


Hai korang, jom luangkan join segmen ni pulak.. Klik je banner kat bawah ni dan ikuti syarat-syarat penyertaan..



Friday, 19 June 2020

COVID-19 : Norma Baharu Di Sekolah | Saranan Kepada Warga Sekolah

Friday, June 19, 2020 5
COVID-19 : Norma Baharu Di Sekolah | Saranan Kepada Warga Sekolah




  Credit picture to ~ FB Kementerian Kesihatan Malaysia



1. Saringan kesihatan di pintu masuk (gate keeping screening)

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun / hand sanitizer

3. Pematuhan penjarakan sosial seperti di :
   - bilik PdP
   - bilik mesyuarat
   - dewan makan asrama
   - pondok menunggu

4. Amalan etika batuk dan bersin yang betul.

5. Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan.

6. Lakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh.

7. Buka tingkap dan pintu bilik PdP bagi pengudaraan yang baik.

8. Tandas sekolah sentiasa bersih dan sabun digunakan.

Thursday, 18 June 2020

Dapat Hadiah Duit Raya dan Kopi Starbucks Menang 'Segmen Hari Raya By Ummi'

Thursday, June 18, 2020 4
Dapat Hadiah Duit Raya dan Kopi Starbucks Menang 'Segmen Hari Raya By Ummi'




Kali kedua menang segmen. Kali ni menang 'segmen hari raya by ummi' yang dianjurkan blog https://nurasyiqin201.blogspot.com

Syukur alhamdulillah. Niat join segmen nak mengeratkan silaturrahim sesama blogger dan menaikkan trafik blog aku yang macam yoyo ni. Hehehe. Thanks ummi sebab bagi fiza peluang menyertai segmen ni.

Kira menang segmen ni macam satu bonus la. Dapat kopi Starbucks Latte Caramel memang mantoppp.. Rasanya tahun 2020 ni baru sekali je aku pi minum starbucks. Ni dapat yang 3 in 1 bolehlah minum sambil layan Netflix. Tak ada la aku ngantuk lagi layan separuh movie je.

Oh ye, selain dari hadiah kopi Starbucks, aku juga dapat duit raya 5ringgit dari blogger Ummi. Aku buat apa dengan duit raya ni? Aku topup kat Lazada Wallet. Kebetulan dapat pula rebate 5ringgit jugak dari Lazada. So gabungkan hasil kedua-dua hadiah ni aku beli mask adapters. Bijak tak aku? Hehehe. Kasi can ler... Bukan apa, sejenis aku kalau dapat hadiah duit ni tak kira la berapa pun aku suka 'tandakan dengan barang' supaya aku ingat tu orang bagi. Alhamdulillah. Semoga makin melimpah ruah rezeki kita semua. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

Wednesday, 17 June 2020

Wordless Wednesday ~ Vogue Challenge

Wednesday, June 17, 2020 7
Wordless Wednesday ~ Vogue Challenge



Macam biasa, terjebak dan terperasan sekaligus.. Hehehe

Tuesday, 16 June 2020

Shopee Mum's Club

Tuesday, June 16, 2020 2
Shopee Mum's Club



           Shopee Mum’s Club
Kumpulan sokongan maya untuk para ibu yang mencari tawaran terbaik bagi produk tulen bagi si manja mereka

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2020 - Dikatakan bahawa kos untuk membesarkan seorang anak boleh mencecah RM1 juta. Oleh itu, bukan lagi sebuah rahsia bahawa ia merupakan satu urusan yang mahal untuk membesarkan seorang anak, walaupun ia adalah sebuah pengalaman yang berharga. Dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini di tengah wabak Covid-19, para ibu bapa berasa risau untuk mencari jalan bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai persekitaran yang kondusif untuk membesar dengan sihat. Untuk membantu ibu bapa harungi cabaran ini, Mum's Club di Shopee memberikan sokongan kepada para ibu yang mencari produk tulen untuk anak-anak mereka tanpa berbelanja secara berlebihan.



Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa baharu.





Hak Istimewa Ahli: Kempen yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%. Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50% oleh jenama yang mengambil bahagian.

Ahli baru Mum's Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada produk seperti lampin dan susu formula.

Peraduan Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak dan Bayi.

Sesi Perkongsian: Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.




Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019, direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala, jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya semasa jualan Baby Fair dan juga kempen khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club



Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.


Monday, 15 June 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom

Monday, June 15, 2020 4
Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom


Hai korang, jom kita memeriahkan segmen bloglist ni. Senang je nak join. Klik je gambar kat bawah ni dan follow syarat-syaratnya.


Saturday, 13 June 2020

Enjoy Your Charging Moments with AUKEY

Saturday, June 13, 2020 2
 Enjoy Your Charging Moments with AUKEY


Enjoy Your Charging Moments with AUKEY


KUALA LUMPUR, 13 June 2020 – With 25 million AUKEY products sold in over 50 countries, AUKEY fans will be thrilled as the popular accessories brand excites Malaysians with the new AUKEY PB-WL02 Power Bank on Shopee.

A good power bank will come in handy for those who are always on the go or have heavy mobile usage. With so many choices available in the market, choosing a good power bank boils down to power and portability. When it comes to power, the power bank that you buy should at least be similar in size as your device battery to ensure you get a full charge at least once. If your phone has a 3,000mAh battery and you get a 10,000mAh power bank it should be able to charge your phone for about three full charges. 





The AUKEY PB-WL02 has a battery capacity of 10,000mAh and comes with a dual-leg foldable stand which provides stable, hands-free phone viewing. With the 10,000mAh capacity, you can fully charge your iPhone 11 Pro 2.6 times, iPad Air (2019) 0.9 times, or Samsung Galaxy Note10+ 1.8 times. Equipped with Power Delivery 3.0 output and Quick Charge 3.0 output, you can fast charge the iPhone 11 Pro up to 50% in just 30 minutes with the PD output. Enjoy hassle-free wireless charging as you conveniently charge your Qi-compatible devices at up to 10W without connecting a cable. To recharge the power bank, it only takes around 3.5 hours for a full charge with an 18W PD charger.

From 15 to 21 June, enjoy exclusive discounts and special offers on AUKEY products when you shop on Shopee! During the week-long sale, apply the code AUKEY14 to get 14% off your cart with a minimum spend of RM60. Get the following deals and more at exclusive prices:

Product
Link
RRP
Discounted Price
Aukey PB-WL02 18W PD QC 3.0 10000mAh Power Bank With Foldable Stand & Wireless Charging
RM179.00
RM89.00
Aukey CB-C70 5-in-1 Wireless Charging USB C Hub with 2 USB 3.0 Ports, 4K HDMI and 100W Power Delivery
RM339.00
RM259.00
Aukey EP-T21 BT 5.0 IPX4 TWS True Wireless Earbuds With Noise Cancellation Mic
RM199.00
RM149.00
Aukey PB-XN10 USB-C Power Bank (10000mAh)
RM99
RM59
Aukey CC-01 9.6A 4 Port USB Car Charger with AiPower (48W)
RM119.00
RM39.00
Aukey PA-Y11 Power Delivery 3.0 USB C Turbo Charger With Quick Charge 3.0 (48W)
RM229.00
RM79.00
Aukey Power Delivery USB-C Wall Charger PA-Y18 18W
RM129.00
RM69.00
Aukey Braided Nylon MFI Lightning Cable (1.2m) CB-BAL3
RM109.00
RM45.00

AUKEY is a top ranked global gadget distributor, and has distribution partners in over 20 countries throughout the Middle East, South East Asia, North and Eastern Europe, and Latin America. The AUKEY Official Store on Shopee Mall is where shoppers can be assured that the products received are 100% authentic, while enjoying a worry-free 24-month warranty. For more information on AUKEY’s deals and promotions, head over to the AUKEY Official Store on Shopee at https://shopee.com.my/aukey.official  

-END-

Friday, 12 June 2020

Resepi Rendang Daging Tanpa Kerisik

Friday, June 12, 2020 7
Resepi Rendang Daging Tanpa Kerisik






Tetiba mood raya datang balik. Nak makan rendang daging. Cek kat dapur tak ada kelapa pulak, nak keluar semalam baru keluar beli barang keperluan dapur. Kang keluar lagi takut ada je aku terlebih-lebih beli benda lain. Hehehe...

Try buat rendang tanpa kerisik ni boleh tahan juga fefeeling rendangnya.. Tapi kalau korang nak sedap lagi nak letak kerisik jugak, boleh je. Takde hal la.. Saja share sini. Kot ada yang kat kampung tengah balik beraya tu boleh la masakkan untuk mak ayah dan family yang dah berbulan tak jumpa sejak pkp. Hah meh sudi-sudilah usha resepi kat bawah ni ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Bahan-bahan
Daging
Empat sekawan 
Bawang & halia (dikisar)
Lada kisar
Serai
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan
Rempah rendang
Daun kunyit 
Santan
Gula perang 
Garam 

Cara-cara 
Tumis bawang & halia yang telah dikisar bersama dengan empat sekawan dan juga serai, agak-agak kekuningan sedikit masukkan lada kisar. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan dan rempah rendang tumis lagi sehingga naik baunya. Masukkan daging dan gaul rata-rata bersama rempah. Kemudian masukkan air dan santan secukupnya. Masukkan pula daun kunyit. Akhir sekali, perasakan dengan gula perang dan garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan. 


P/s ~ Tiba-tiba teringin pulak nak makan rendang daging dengan pulut kuning. Barulah padu.. Boleh usha resepi pulut kuning kat SINI


Wednesday, 10 June 2020

Wordless Wednesday ~ Merentas Negeri Ke Tu?

Wednesday, June 10, 2020 6
Wordless Wednesday ~ Merentas Negeri Ke Tu?








Korang dah merentas negeri ke tu? Aku throwback gambar je ni. Ni masa otw nak balik johor tak ingat dari mana agaknya. Tunggu suami cuti la baru nak merentas negeri, merentas sempadan, merentas desa ke.. Ok untuk korang yang dah gerak tu hati-hati dalam pemanduan dan sentiasa ingat patuhi SOP yang ditetapkan. Stay safe yawww...

Tuesday, 9 June 2020

LIRIK LAGU DAYANG NURFAIZAH ~ DI PAGI RAYA INI

Tuesday, June 09, 2020 1
LIRIK LAGU DAYANG NURFAIZAH ~ DI PAGI RAYA INI





    Credit picture ~ IG monkeybone.my


               Sumber video ~YouTube 



Music & Lyrics : Ahmad Izham Omar
Produced & Arranged : Audi Mok
                 Tahun : 2020 


Kini tibanya hari yang mulia
Hari yang penuh bahagia
Berbaju warna keriangan teman semua
Kian lama hari raya aku menantikan


Aku, jauh di negeri orang
Mencari kerja dan rezeki
Walalupun aku sendirian berteman tangisan
Keindahan hari raya selalu di hati

Di pagi raya ini ku tak ingin sendiri
Ku terkenang ku rindukan keluarga
Apa khabar semua sanak
Harap kau berada di dalam rahmatnya
Di pagi raya


Aku berjanji pada yang esa
Akan aku terus berusaha
Suatu hari aku nanti kan oh kepulangan
Hari raya ku sambut bersama semua

Di pagi raya ini ku tak ingin sendiri
Ku terkenang ku rindukan keluarga
Apa khabar semua sanak
Harap kau berada di dalam rahmatnya
Di pagi raya

Di pagi raya ini ku tak ingin sendiri
Ku terkenang ku rindukan keluarga
Apa khabar semua sanak
Harap kau berada di dalam rahmatnya
Di pagi raya

Apa khabar semua sanak
Harap kau berada di dalam rahmatnya
Di pagi raya
.

                 ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

๐ŸŽง Aku susah nak minat lagu raya moden-moden ni. Tapi tak tahu kenapa, suka sangat dengan lagu raya Dayang Nurfaizah ni. Macam sesuai je dengan fefeeling raya tahun terutamanya buat frontliner yang banyak berkorban masa dan tenaga. Memang lagu ni khas untuk frontliner pun terutamanya hasil kerjasama Primeworks Studios Sdn Bhd dan Celcom Axiata Sdn Bhd. Macam aku pun suami bertugas di hari raya, jadi memang cepat touching dengan lagu-lagu raya yang macam ni. Apa pun esok kita 10 Jun 2020 dah boleh merentas negeri, jomlah pi beraya rumah sedara mara, rakan-rakan, jiran tetangga. Rayakan sebulan. Apa pun SOP jangan lupa patuhi. Bawa sentiasa hand sanitizer tau.. 

Monday, 8 June 2020

Resepi Ayam Popcorn Lemon Madu Yang Menyelerakan

Monday, June 08, 2020 3
Resepi Ayam Popcorn Lemon Madu Yang Menyelerakan





Bahan-bahan Perapan Ayam
Ayam (Potong kecil-kecil)
Tepung Beras
Tepung Ayam Goreng Bestari (aku suka yang hot & spicy sebab nak ada rasa pedas-pedas sikit, barulah complete ada rasa manis masam pedas.) 
Lada putih
Lada hitam
Garam
(Perap ayam dengan kesemua bahan di atas)

Bahan-bahan Sos Lemon Madu
Bawang putih & halia (dikisar
Tepung jagung
Pati sunquick
Air perahan lemon
Madu

Cara-cara
Ayam yang telah diperap digoreng garing-garing. Kemudian asingkan. Lepastu panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia kisar, kemudian masukkan air (agak-agak ikut kepekatan korang suka). Selepas itu masukkan pati Sunquick, tepung jagung dan kacau-kacau sampai likat. Akhir sekali, masukkan air perahan lemon dan madu. Dah siap tuangkan sos lemon madu ke atas ayam yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan. 


P/s ~ Aku suka buat lauk makan dengan nasi. Kalau suami dia suka meratah gitu macam makan nugget. Hehehe... 

Sunday, 7 June 2020

Resepi Rendang Ayam Paling Simple Dan Cepat

Sunday, June 07, 2020 2
Resepi Rendang Ayam Paling Simple Dan Cepat









Bahan-bahan
Bawang dan halia (dikisar)
Lada kisar
Serbuk kunyit
Serai
Rempah rendang
Daun kunyit
Santan
Gula perang
Garam

Cara-cara
Tumis bawang dan halia yang telah dikisar bersama lada kisar dan serai hingga naik baunya. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan rempah rendang. Agak-agak rempah dah garing, masukkan pula daun kunyit. Kemudian masukkan air, ayam, santan, gula dan garam secukupnya. Gaul rata dan tunggu sehingga rendang kering-kering sedikit. Sedia untuk dihidangkan.


                   ๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡๐Ÿ‡

P/s ~ 15 Syawal. Mood raya masih on. Merendang ler kiterr... Tapi pakai bahan apa adanya je. Nasib baik sedap. Hehehe... 

▪️ Petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula 10 Jun - 31 Ogos 2020. Di mana juga bermula 10 Jun ni kita dah dibenarkan merentas negeri seperti biasa kecuali kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Hoyeahhh... So kita dalam mood syawal lagi kan, jom lerr balik kampung jumpa mak ayah dan boleh la masak rendang, ketupat, lemang, burasak untuk mereka.. Jadikan mood raya macam awal-awal haritu.. Alhamdulillah... Tapi tetap kena jaga tau, rajin cuci tangan, jarak sosial apa semua. Sama-sama kita belajar hidup dalam norma baharu. In sya Allah.. Moga dipermudahkan yang baik-baik... 





Saturday, 6 June 2020

Jom Cari Makan! with Shopee

Saturday, June 06, 2020 2
Jom Cari Makan! with Shopee



Jom Cari Makan! With Shopee
Where some of your favourite meals are now at 50% off!

As Malaysians continue to practice social distancing in the fight to eradicate Covid-19, Shopee is bringing mouth-watering deals from over 140 F&B merchants with more than 400 outlets across Malaysia so there is no need to queue and dine with the crowd. Not only do you get to support and help our local eateries to recover, you also get to be kind to your wallets!

Jom Cari Makan! campaign is taking place from 8 June to 14 June 2020 where Malaysians can search for Makan & Minum deals up to 50% off daily, and receive 50% off coins cashback daily.

With so many to choose from, Shopee has split the week into Bubble Tea Monday, Breakfast Tuesday, Lunch Faves Wednesday, Fast Food Thursday, and Drinks Friday before ending with a blast on Saturday and Sunday, 13 and 14 June. These two days of Mega Food and Drinks Favourites are where you can find even bigger deals from popular F&B names. To get you started, here are some crazy, attractive deals offering big savings and a wholesome burp upon redemption.

Boba Craze: Admittedly, most of us would have missed going to Subang’s famous Boba Street and be spoilt for choice; but many of the shops have closed down. Fans are left wondering when they will ever have the chance to get their hands on their favourite milk tea with pearls. Fret not, for Shopee has some boba-licious deals for you. Best part is, you do not have to queue!




▪️ Black Whale Brown Sugar Milk Tea (L) - RM6.45 [RRP: RM12.90]
▪️ Black Whale Fiery Brown Sugar ▪️ Black Whale Milk (M) - RM7.88 [RRP: RM12.90]
▪️ Tiger Sugar Brown Sugar Boba + Pearl Milk - RM8.88 [RRP: RM13.70]
▪️ Tiger Sugar Brown Sugar Boba + Pearl Milk with Cream Mousse - RM8.88 [RRP: RM13.70]

Sakae Sushi: We can never get enough of Japanese food. ‘Nuff said. Shopee hears you and has partnered with several crowd-favourites like Sakae Sushi to bring you a range of hearty meals. They’re offering deals where you can buy 2 Jyu for the price of 1 for selected items all week. Don’t miss out on something that the entire family can enjoy together.



▪️ Sakae Sushi Curry Katsu Jyu - RM13.00 [RRP: RM26.00]
▪️ Sakae Sushi Chicken Teriyaki Jyu - RM12.00 [RRP:RM24.00]
▪️ Sakae Sushi Mori Ten Jyu - RM13.00 [RRP:RM26.00]


Domino’s Pizza: Peeling off the vouchers on their pizza box while trying not to tear them is what most of us look forward to. Well, now you can just scroll the vouchers on Shopee. Plus, these promotions let you feed your family of pizza-lovers without having to incur a huge bill. Check out these attractive pizza deals at Domino’s! As they always say, the key to happiness is through a person’s tummy.



▪️ Domino’s Regular Pizza - RM9.90 [RRP: RM31.90]
▪️ Domino’s Large Pizza - RM19.90 [RRP: RM42.90]
▪️ Domino’s Extra large Pizza - RM29.90 [RRP: RM52.90]



Awa Noodle Bar: For noodles lovers, don’t feel left out as there are also bowls of hot promotions to slurp on. Selected items at Awa Noodle Bar are going for only RM6.90 per bowl!



▪️ Awa Noodle Bar ้˜ฟ็“ฆ่ฑš้ชจๆž้ข Tonkotsu Dry Noodle - RM6.90 [RRP:RM18.90]
▪️ Awa Noodle Bar ้˜ฟ็“ฆ้บป่พฃๆฑค็ฑณ็บฟ Signature Spicy Noodle Soup - RM6.90 [RRP:RM21.90]
▪️ Awa Noodle Bar ้˜ฟ็“ฆ็•ช่Œ„ๆฑค็ฑณ็บฟ Double Boiled Tomato Noodle Soup - RM6.90 [RRP:RM20.90]



Salad Atelier: Those opting for a healthier alternative can check out Salad Atelier that is offering cash vouchers for only half the actual price. This means a big bowl of healthy goodness at a lower cost.



▪️ Salad Atelier 30% OFF Total Bill - RM0.99 [RRM: RM5.00]
▪️ Salad Atelier RM50 Cash Voucher - RM35.00 [RRM: RM50.00]
▪️ Salad Atelier RM100 Cash Voucher - RM50.00 [RRM: RM100.00]

Hoshino Coffee: Started out in Japan in 2011, this establishment has since ventured out to Singapore, South Korea, China and now, Malaysia. It is best known for its coffee and desserts such as Pancake Souffle. For those who have not tried this eatery, now is the chance!

▪️ One (1) Pescatora Seafood + Pot-baked Souffle + Coffee/Tea - RM29.98 [RRP: RM62.40]
▪️ One (1) French Toast + Pot-baked Souffle + Two (2) Coffee/Tea - RM29.98 [RRP: RM67.80]

San Francisco Coffee: Most of us may recall those days of walking into San Fran and instantly get hit with the aromatic smell of coffee. Well, now’s your chance to grab some offers on your favourite drinks at the nearest San Francisco Coffee outlet.

▪️ San Francisco Coffee Large Hot Latte (16oz.) - RM6.50 [RRP: RM13.00]
▪️ San Francisco Coffee Large Ultimate Latte (20oz.) - RM9.25 [RRM: RM18.50]
▪️ San Francisco Coffee Large Ultimate Mocha (20oz.) - RM9.25 [RRM: RM18.50]

OLDTOWN White Coffee: Lauded as Malaysia's largest halal-certified kopitiam restaurant chain, OLDTOWN White Coffee is usually the place to gather with friends and family to yumcha. Why not take a trip down memory lane and pack home that much-loved kaya butter toast for the family? Nothing beats like enjoying comfort food in the comfort of your own home.

▪️ OLDTOWN Kaya Butter Toast (Single) - RM0.15 [RRM: RM3.06]
▪️ OLDTOWN Crunchy Sugar Hainan Toast+White Coffee-Gao (Cold/Hot) - RM3.30 [RRP: RM10.10]

Baskin Robbins: Attention all ice cream lovers, here’s a deal specially for you! Only on 13 June, Baskin Robbins is offering Shopee users a tub of handpacked ice cream for a super sweet deal. Hurry, get your hands on your favourite ice cream to enjoy with your loved ones over a good movie!



▪️ Baskin Robbins Handpacked Ice Cream - 1 x Pint - RM25.13 [RRP: RM33.50]
▪️ Baskin Robbins Handpacked Ice Cream - 1 x Quart - RM44.63 [RRP: RM59.50]

In fact, there are so many more deals that we could not fit everything into words! So hurry now, set your reminders from 8 June to 14 June and be the first to grab these deals* on Shopee at https://shopee.com.my/m/jom-cari-makan.

To complete the Shopee experience, there will be exciting Shopee Games for you to play and win up to 1.2 million worth of Shopee Coins that you can use to offset your purchases.

*Remember to read the terms and conditions of the vouchers, redemption locations, and validity period.



Pentingnya Pengambilan Sayur Dan Buah Yang Cukup Setiap Hari Untuk Tingkatkan Sistem Imuniti Badan

Saturday, June 06, 2020 6
Pentingnya Pengambilan Sayur Dan Buah Yang Cukup Setiap Hari Untuk Tingkatkan Sistem Imuniti Badan


     Credit picture to ~ IG myhealthkkm





๐Ÿ„ Ambil 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari

๐Ÿ„ Tinggi kandungan vitamin dan mineral bagi mencegah dan melawan penyakit

๐Ÿ„ Tinggi serat yang membantu rasa kenyang lebih lama