Biskut Krim Kraker Goreng Telur - Faizzah Amir

Monday, 4 May 2020

Biskut Krim Kraker Goreng Telur









Dah lepas berbuka semalam lepas solat apa semua lapar lagi lorhhh... Haihhh sejenis perut yang tak mendengar kata gitu la kan.

Fikir-fikir nak makan apa ea. Berbuka tadi masak ngam-ngam je. Ada pun nasi untuk sahur esok tapi tak mau ler makan nasi sekarang.

Sambil memikir tu baca group whatsapp kawan-kawan satu asrama masa study kat Kajang dulu. Tiba-tiba teringat pulak antara makanan kegemaran yang selalu aku buat kat pantry hostel bila mood malas nak pergi cafe atau poket tengah sendu hehehe...

Biskut Krim Kracker Goreng Telur! Haha boleh terfikir masa scroll baca mesej-mesej kat group whatsapp tu padahal depa tak ada bukak cerita pasal makanan pun.

Kebetulan stok biskut krim kracker banyak kat rumah since pkp ni. Sebab tu biskut favourite ayah dengan suami aku. So buatlah kan.

Bukan susah pun. Pukul sebiji telur macam nak buat telur dadar tu, letak lada hitam sikit, biskut krim kraker tu celup kat telur dan goreng kat kuali. Ala2 roti telur pun ada bak kata laki aku. Tapi ni versi biskut. Kalau yang belum pernah rasa, boleh la cuba. Tengok kat video aku tu hah, lagi mudah dan pantas. 5 minit je dah dapat makan.

Ok korang selamat menjalani ibadah puasa. Teruskan StayAtHome. Kita masih berjuang!


8 comments:

  1. Tak pernah lagi makan biskut goreng telur ni haha.
    Boleh try ni.

    ReplyDelete
  2. uish ada juga menu biskut goreng hehe

    ReplyDelete
  3. Ni kalau makan mesti rangup kann...macam best je, nanti nak try laaa

    ReplyDelete
  4. whoaaa... interesting... very creative, kepala saya ni memang tak akan terfikir biskut krim kraker tu boleh digoreng salut telur gitu... betul jugak tu... nanti boleh cuba ni... thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar + tengok biskut goreng telur

    ReplyDelete
  6. serius first time tengok biskut orang celup telur. so crunchy!

    ReplyDelete
  7. ini bukan kaleng2 ni.. tak pernah terfikir dek mama ni

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.