March 2020 - Faizzah Amir

Tuesday, 31 March 2020

Review Novel ~ Encik Gula 'Under Age'?

Tuesday, March 31, 2020 2
Review Novel ~ Encik Gula 'Under Age'?









                   Tajuk : Encik Gula 'Under Age'?
                   Penulis : Qistina Alya
                   Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.

"Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang..." - QASEH

"Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam Ultraman selamatkan penduduk bumi..." - RIZQY

QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.

"Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?" - RIZQY

Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.

" Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni... macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali..." - RIZQY

Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?


๐ŸŽญ Sesuai dengan tajuknya, awal perkenalan Qaseh dengan Rizqy ni memang sweet nau nau.. Tak sabar je rasa nak tunggu plot seterusnya bila baca novel ni. Ada juga part sedih bila Qaseh kehilangan orang yang paling rapat dengannya. Confirm meleleh air mata korang baca. Ada part hasad dengki dan penganiayaan. Tapi aku salute dengan Rizqy walaupun apa berlaku dia sentiasa bagi sokongan kat isterinya, Qaseh. Novel ni dah berapa tahun juga tapi tak bosan juga kalau kerap dibaca. Ada unsur-unsur kerohanian juga diterapkan dalam novel ini.

Monday, 30 March 2020

Kunyah Kunyah Petang ~ Lempeng Jagung

Monday, March 30, 2020 3
Kunyah Kunyah Petang ~ Lempeng Jagung




Selalu orang buat lempeng untuk sarapan pagi. Ni aku petang-petang yang redup teringin nak makan lempeng pula. Tak kisahla kan, janji cacing dalam perut dapat habuan. Haha nak mamam je keroje nya since berkurung kat rumah ni.

Plan nak buat lempeng old skool je mulanya. Apakah itu lempeng old skool? Lempeng biasa la macam opah-opah kita buat tu. Tepung gandum kacau dengan air letak garam sikit. Tapi tengah dok mengacau tu ternampak pulak tin jagung krimer dalam almari. Ada dua tin mak aku suka buat pudding. Takpela kita mintak satu kat mak buat lempeng jagung untuk kunyah kunyah petang hari ni.

Senang je cara aku ni. Jagung tu aku tak la masuk dalam adunan lempeng tu. Cuma bubuh sesudu je masa kat kuali tu then lipat dua. Sampai ayah aku heran tau tanya ni lempeng ke apam balik. Hehehe mana-mana pun boleh laa..


Ok lempeng siap dah boleh mengunyah. Maaf la kalau rupa persembahan nya tak berapa menarik. Yang penting dah selamat pun masuk dalam perut. Alhamdulillah...syukur apa adanya.. Semoga kita semua terus dilimpahkan rezeki dari Nya..

Ok nak pergi mandikan anak jap. Nanti cerita lagi ye. Assalamualaikum.... Stay Safe & Stay At Home ❤️

Sunday, 29 March 2020

Quotes #7

Sunday, March 29, 2020 0
Quotes #7



It Isn't Where You Came From. It's Where You're Going That Counts.



P/s ~ Keep looking forward and don't look back,,,,,

Saturday, 28 March 2020

Earth Hour 2020 Di Rumah Je.....

Saturday, March 28, 2020 4
Earth Hour 2020 Di Rumah Je.....





Tahun 2020 ni Earth Hour kat rumah jela ye. Sempena mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sampai 14 April 2020 ni. Jangan gedik-gedik nak keluar rumah malam-malam ni ye kalau tak ada kepentingan.

Ehh.. Bukan tahun sebelum-sebelumnya pun aku Earth Hour kat rumah ke. Hahaha

Earth Hour 2020 diadakan seluruh dunia pada hari ni, 28 March 2020 bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 . Macam biasa satu jam je. Tutup semua lampu kat rumah korang tu.

APA ITU EARTH HOUR? 

Earth Hour adalah kempen yang digerakkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi mencetuskan kesedaran tentang perlunya kita melakukan sesuatu — dan melakukannya sekarang — untuk menyelamatkan bumi ini daripada binasa dengan lebih cepat.

Ia adalah satu tindakan politik yang bermula pada 2007 di Sydney. Pada tahun itu, 2.2 juta penduduk kota itu ikut serta mematikan elektrik selama satu jam pada malam 31 Mac. Pada tahun berikutnya, kempen itu digerakkan di serata dunia melibatkan lebih 400 bandar di 35 buah negara di kesemua tujuh benua. Ia kemudian berkembang dari tahun ke tahun.

Usaha ini dipercayai memberi impak kepada kesedaran orang ramai seterusnya menggalakkan penduduk dunia abad ini sensitif kepada masalah pemanasan global dan punca yang mewujudkan permasalahan tersebut.

P/s ~ Tanggungjawab menjaga kesejahteraan bumi dan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. So, jagalah planet kita dan sayangi alam sekitar. 

Sumber info : Astro Awani , Sarawak Voice


Friday, 27 March 2020

Hobi Kumpul Sample Produk

Friday, March 27, 2020 4
Hobi Kumpul Sample Produk





Ye ye ye. Aku memang suka kumpul sample2 product. Tak kira la dapat sample masa beli barang ke atau orang hulur-hulur kat mall memang aku rembat je. Hehehe...

Orang bagi kita ambil jela. Rasa macam aku ni sombong pulak depa hulur tak ambil. Ingat senang ke nak jadi promoter? Berdiri lama tunggu orang lalu lalang korang pulak lari nampak diaorang. Yes. Aku faham mungkin kadang cara dan pendapat kita lain-lain. Terpulanglah nak ambil, tak nak tolak elok-elok naa...

Macam suami aku memang berleter jugak kalau aku suka capai benda-benda ni. Buat semak je katanya. Hehe aku cakap apa susah masuk beg tangan. Beg tangan aku semua pun dah macam khazanah. Kadang terlupa apa dalam tu. Kalau ada barang hilang memang kat beg tangan la jumpanya..

Ni sample yang aku kumpul tahun 2020 ni. Tak sangka banyak jugak la. Macam-macam brand ada. Ada juga yang aku dapat dengan sephora. Beli barang online kat sephora memang dia bagi pilih 3 sample. Ni lah cara kita nak test produk tu sesuai ke tak kan. Mana tahu ngam boleh terus beli. Banyak produk kecantikan yang aku guna pun sebab tertarik lepas guna sample.

Tapi jangan teruja sangat tau. Benda korang belum pernah cuba especially skincare jangan terus tonyoh kat kulit muka. Better tonyoh kat tangan or belakang telinga. Kadang tak semua produk ngam dengan kulit. Bila test tu kulit jadi kemerahan, gatal ke apa tak payah la guna terus kan. Rasanya semua tahu benda ni. Tapi aku ingatkan lagi. Pentingnya ingat mengingati hehe...

Ok lah. Duduk rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni boleh la aku cuba satu-satu sample ni semua. At least ada juga la aktiviti nak dibuat. Yang penting duduk rumah. Stay at home. Hehehe ni pun aku akan ingatkan banyak kali. Untuk kebaikan bersama gituuu..

Ok kita jumpa lagi entri seterusnya. Jaga diri dan sentiasa amalkan kebersihan, kerap cuci tangan. Semoga kita semua di dalam lindunganNya. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...



Thursday, 26 March 2020

Cara Yang Betul Melupuskan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask)

Thursday, March 26, 2020 6
Cara Yang Betul Melupuskan Penutup Mulut Dan Hidung (Mask)










1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung.

2. Lipat penutup mulut dan hidung ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.

3. Buang penutup mulut dan hidung terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.

4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung terpakai.




P/s ~ Stay safe ye korang. Semoga kita semua dihindari dari wabak covid-19 dan diberikan kesihatan yang baik. In sya Allah. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn....



Sumber : Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Wednesday, 25 March 2020

Wordless Wednesday ~ Harry Potter Marathon

Wednesday, March 25, 2020 2
Wordless Wednesday ~ Harry Potter Marathon


Ulang banyak kali dari Harry Potter first sampai last. Tak pernah jemu dan takkan jemu kot. Haha

Tuesday, 24 March 2020

Doa Memohon Perlindungan Allah Dari Wabak Covid-19

Tuesday, March 24, 2020 4
Doa Memohon Perlindungan Allah Dari Wabak Covid-19



*A'uuzubillaahiminasyaitoonirrojiim*
*Bismillaahirrohmaanirrohiim*
*Allaahummaasolli'alaa Sayyidinaa Muhammad*
*Wa'alaa Ali Sayyidinaa Muhammad*

*Segala pujian bagi Mu Ya Allah Pemberi Rahmat. Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah yang kami ma'arifat. Engkaulah yang mentadbir dengan Kudrat dan Iradat.* *Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat.*

*Allahummaa Ya Allah! Melihat segala musibah dan penyakit yang merebak, ketakutan menyelubungi kami bila ia menjadi wabak.* *Tolonglah kami dalam menghadapi suasana yang terdesak ini, hilangkan segala keresahan yang memuncak.*

*Allahummaa Ya Allah! Kalau ada wabak dalam negeri dan negara kami, Engkau hancurkanlah!*
*Kalau ia dalam masyarakat kami, Engkau musnahkanlah!*
*Kalau ia dalam keluarga kami, Engkau hindarkanlah!*
*Kalau ia dalam diri kami, Engkau lontarkanlah Ya Allah!*

*Dengan nama Mu Tuhan yang bersifat Ar Rahman, hilangkanlah segala ketakutan dan* *kemudaratan samaada di bumi, langit, daratan dan lautan. Engkau* *Pendengar doa segala permintaan hamba Mu dengan Rahmat Mu bertautan.*

*Ya Allah! Engkau jadikan kaum hawa di samping lelaki, Engkau jadikan kanan di samping kiri, Engkau jadikan air di samping api, Engkau jadikan keriuhan di samping sunyi.*
*Maka kurniakanlah bagi kami penawar yang mengubati. Dengan itu Hasanah di dunia kami perolehi, kesejahteraan Hasanah Ukhrawi kami dapati.*

*Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak COVID-19 ini daripada kami semuanya Ya Allah! Kurniakanlah* *kesembuhan kepada saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami yang kini di uji dengan wabak ini Ya Allah!*

*Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah,* *kurniakanlah kekuatan dan ganjarilah KHUSUSNYA kepada* *para petugas barisan hadapan kami Ya Allah. Para doktor, jururawat-jururawat, barisan* *anggota keselamatan, muslimin & muslimat seluruh masyarakat semuanya Ya Allah.*

*Perkenankan doa kami Ya Allah*
*Perkenankan doa kami Ya Rahman*
*Perkenankan doa kami Ya Rahim*
*Perkenankan doa kami ini Ya Allah


  • *Allahummaa Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robbal'Alamiin*



Monday, 23 March 2020

REVIEW NOVEL ~ BAHAGIA YANG TERTANGGUH

Monday, March 23, 2020 1
REVIEW NOVEL ~ BAHAGIA YANG TERTANGGUH





             Tajuk : Bahagia Yang Tertangguh
              Penulis : Rissa Ahdiya
              Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori 'anak emak'. Tetapi kalau kategori 'adik kakak' bagaimana pula?

Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

"Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang."

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

" Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah."

" Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you." - AZRIN SOFEA

Talak akhirnya menjadi 'hadiah' bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.

ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.

"Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita." - ZAKWAN

Bagaimanapun, muncul seseorang yang sedia menyerahkan hatinya hanya untuk Hana seorang.

"Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?" - ARMIN

Kini, Hana ada 3 pilihan. ARMIN yang cuba memberi sinar harapan, Zakwan yang kesal akan dosa lampau, atau kehidupan solo yang sudah tentu memberi jaminan hatinya tidak akan dilukai lagi. Memberi hati kepada seseorang untuk dicintai adalah satu risiko. Sama ada dilukai, atau kekal dicintai sepanjang hayat. Tegarkah Hana membuat keputusan?



๐ŸŽญ Awal-awal baca novel ni memang syahdu. Kesian kat Nurin Hana tu. Redha je. Geram pun ada. Bila part Zakwan dengan sibling dia tu, rasa nak cepuk tau. Haha. Tapi yang best novel ni setiap part tak meleret. Sedih lepas tu happy, lagi-lagi bila Armin muncul. Sooo sweet auchhh... Korang akan ternanti-nanti next part. Pengajaran pun banyak. Dok baca ulang-ulang pun tak rugi ๐Ÿ‘

Sunday, 22 March 2020

Resepi Daging Masak Kicap Berempah

Sunday, March 22, 2020 2
Resepi Daging Masak Kicap Berempah





Hari ahad. Hari kelima perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Kami sekeluarga terus menambah berat badan tanpa jemu. Huhuhu.... Tapi jangan lupa buat senaman ringan tau walaupun dalam rumah. Jangan makan tidur sahaja..Semoga wabak covid-19 di seluruh dunia beransur reda dan hilang.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

Jom cuba resepi ni. Simple2 pun sedap juga kan waktu-waktu macam ni.

Resepi Daging Masak Kicap Berempah 

Bahan-bahan :
Setengah kilo daging
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * (* dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar biji **
1/2 sudu teh jintan halus **
1/2 sudu teh jintan kasar **
1 sudu teh lada hitam ** (** disangar atas kuali tanpa minyak sebentar dan dikisar kering)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
1 batang cili merah - hiris serong b
1 biji bawang besar - hiris bulat b
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Daging di hiris nipis, direbus hingga empuk
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bahan kisar halus dan kisar kering bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar kacau sampai garing. Masukkan sos tiram, sos cili. Kacau sebentar. Masukkan daging kacau rata.
4. Masukkan air rebusan daging tadi dan kicap pekat kacau lagi. kecilkan api sedikit dan tutup kuali dengan tutup periuk. Sesekali kacau daging dan biar daging empuk. Masukkan lada hiris, dan kacau sebentar.
5. Akhir sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat dan biar sehingga kuah jadi pekat sedikit. Perasakan, dan tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa. kacau rata dan matikan api.


CREDIT : FB Resepi Orang Kampung


Saturday, 21 March 2020

Misi Mencari Idea Nak Masak Apa

Saturday, March 21, 2020 2
Misi Mencari Idea Nak Masak Apa


              Oven zaman purbakala... 

21.03.2020. Perintah Kawalan Pergerakan. Dah masuk hari keempat. Aku dah start blur sikit-sikit tak tahu nak buat apa. Tapi aku tetap memilih untuk Stay At Home. Duduk Di Rumah. Kes Covid-19 di negara kita makin meningkat. So please bagi kerjasama. Esok pun ATM (Angkatan Tentera Malaysia) akan turun untuk bekerjasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia). Untuk apa? Untuk mengawal korang yang tak reti dok diam tu. Orang suruh duduk rumah pun susah. Kalau keluar untuk keperluan yang betul-betul penting tak apa jugak. Ni melepak lagi haishh sabar lah dulu...

Kan aku dah melalut lagi dari tajuk asal. Yela dah banyak pihak terjejas sebab kedegilan ni. Petugas kesihatan, polis, ni tentera pulak. Kesian suami aku and the geng kat kem tu. Nak kena handle hal yang satu ni. Tak apa lah. Demi negara tercinta. Kurelakan jua hahaha... Semoga semua pihak yang terlibat sentiasa dalam lindungan Allah ketika menjalankan tugas. In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

Ok perenggan ketiga baru nak cerita pasal tajuk. Tengok oven tu yang jarang 'panas' sejak dua menjak ni tiba-tiba rasa nak buat something la. Biskut ke kek ke... Tengok kat facebook ramai yang buat biskut ala2 hari raya gitu. Aku pun dok angkut oven ni bawa turun dapur. Haha selama ni terperap je nun kat bilik stor atas rumah tu.

Mak aku pun heran dah tanya lama dah tak buat biskut. Selalu guna oven tu buat pizza je. Kadang malas guna air fryer. Haha bila kerajinan dah datang, jangan ditangguhkan ye. Tu yang laju pegi mengangkut oven bawa turun. Kes dah bosan asyik ulangan menu tiap hari. Ni nak mencari menu kudapan untuk menonton televisyen pula.

Ok aku nak pergi test oven ni dulu ye nanti next2 baru cerita nak buat apa dengan oven ni. Entah-entah mood lain pulak mengacau next year lak baru beroperasi oven ni. Hehehe... Korang yang tengah buat aktiviti masing-masing kat rumah tu macam biasa aku nak pesan lagi stay safe, kerap basuh tangan, pakai mask dan sanitizer bila perlu keluar untuk beli barang keperluan. Nak extra safe lagi pakai glove jadi rasa confident bila nak sentuh barang-barang kat rak tu.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan wabak covid-19 ni akan beransur hilang.. In sya Allah... Aaminn aaminn ya rabbal ala miinn...

Friday, 20 March 2020

Tolonglah, STAY AT HOME. DUDUK RUMAH.

Friday, March 20, 2020 6
Tolonglah, STAY AT HOME. DUDUK RUMAH.





Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pembaca blog Faizzah Amir . Dalam keadaan wabak COVID-19 yang sedang menular dan meningkat di negara kita Malaysia ni, semua golongan kena bekerjasama menanganinya.

Tanggungjawab menangani penularan wabak ini bukan terletak di bahu kerajaan atau petugas kesihatan semata-mata je tau. Tapi kita semua kena memainkan peranan. Apa peranan kita? Mudah sahaja. STAY AT HOME. DUDUK RUMAH.

Yes. Walaupun berjuta kali sana sini yang mengingatkan, aku still nak bagitahu kat korang juga. Biar korang tak terlupa. Aku pun tak terlupa.

Kerajaan dah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan, so kita sebagai rakyat ikut sahajalah. Benda bukan susah pun guys. DUDUK RUMAH. Tu je kerajaan mintak kat kita. Dua minggu sahaja. Ni lah salah satu sumbangan kita nak bagi pada negara. Yang besar-besar mungkin tak mampu. Jadi kita ikut arahan kerajaan supaya DUDUK RUMAH. STAY AT HOME. Dua minggu je.
Bersyukurlah kita masih ada bumbung untuk berteduh.

In sya Allah kalau kita bekerjasama aku yakin kes COVID-19 di negara kita mungkin akan menurun dan bertambah baik dari sebelum ini. Lagi cepat kita bekerjasama, lagi cepat kita boleh hidup seperti biasa. Pergi bekerja mencari rezeki, berniaga, beriadah bersama keluarga macam sebelum ni. Tak lama lagi pun nak masuk bulan ramadhan kan, korang mesti dah terbayang nak pergi bazar ramadhan, beli bermacam jenis kuih, solat tarawih kat masjid, begitu juga aku. So aku harap sangat-sangat kita menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan. Ikut saranan kerajaan. Kalau tak ada keperluan. Just STAY AT HOME. DUDUK RUMAH je.

Sekurang-kurangnya pun korang fikirlah kepada petugas kesihatan. Doktor-doktor, jururawat-jurawat dan juga cleaner hospital. Pihak polis juga banyak menyumbang usaha mereka. Penat lelah, usaha mereka 24 jam sehari dalam menangani wabak COVID-19. Demi memastikan kita yang kat rumah ni senang lenang. Diorang dah menyumbang sehabis daya dan tenaga di hospital, diorang minta kita cuma STAY AT HOME. DUDUK RUMAH. Tu je. Mereka pun ada keluarga. Sanggup korbankan masa bersama keluarga demi berbakti untuk negara. Jadi fikir-fikirkanlah ye. Bersyukur lah Tuhan beri peluang kita untuk bersama keluarga di rumah. Hargailah setiap saat yang ada.

Lagipun lagi banyak sebenarnya aktiviti boleh buat kat rumah berbanding di luar. Selain memasak bersama keluarga, boleh menonton televisyen, layan drama-drama korea, marathon laa sampai puas. Layan movie kat Netflix ke, layan channel Astro, mesti sebelum ni tak menyempat nak layan semua kan. Layan game sampai berlevel-level, hah banyak lagi la. Macam aku, ini lah peluang nak update blog. Banyak masa cari idea untuk entri-entri seterusnya. Banyak masa juga nak bagi ceramah free kat korang hari ini. Hehehe... Tak apa lah, untuk kebaikan untuk aku dan korang juga kan. Kalau yang beragama Islam, ini lah peluang kita nak beribadat dengan lebih tenang dan teratur kan bila berada di rumah sendiri. Baca Al-Quran. Berdoa banyak-banyak.

So aku nak ulang lagi, kalau tak ada keperluan penting di luar rumah, Tolonglah, STAY AT HOME. DUDUK RUMAH. Kecuali yang bekerja di sektor penting la. Macam suami aku si abam tentera. Lain la kan. Itu pun aku risau juga. Hari-hari dok ingatkan dia balik rumah jangan terus terpa anak, pergi mandi dulu. Yang kita kat rumah ni pun, kena juga kerap basuh tangan, pakai sanitizer tau. Kalau kena keluar beli barang dapur pun sama, pakai mask, sanitizer dan jarakkan diri korang 1 meter dari orang lain.

Semoga kita semua terlindung dari wabak COVID-19 ni, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian.. In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn..

Apa pun terima kasih sudi baca ceramah aku ye. Hehehe. Jumpa lagi next ceramah ehhh next entri... ❤️




Thursday, 19 March 2020

Segmen Pencarian Bloglist aimanabdullah.com 2.0

Thursday, March 19, 2020 2
Segmen Pencarian Bloglist aimanabdullah.com 2.0



Hi korang..kalau tak tahu nak buat apa boring kat rumah 2 minggu ni, meh la join segmen ni. Senang je syaratnya. Nak tahu syaratnya klik je banner tu.

Wednesday, 18 March 2020

Penyanyi dan Pelakon Maya Matahari Meninggal Dunia

Wednesday, March 18, 2020 4
Penyanyi dan Pelakon Maya Matahari Meninggal Dunia



             Credit Picture To ~ ERA


Innalillahiwainnailaihirojiun.

Assalamualaikum. Penyanyi dan pelakon Maya telah disahkan meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee yang popular dengan lagu Matahari dan Diari Biru sekitar tahun 1990-an dan pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelima.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarhamah Myanaliza binti Ruslee dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.



‎.ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah
‎ . ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
‎ ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†




Sumber info : Harian Metro

Wordless Wednesday ~ Cuba Teka Masak Apa?

Wednesday, March 18, 2020 7
Wordless Wednesday ~ Cuba Teka Masak Apa?



Mood hari ni nak masak yang paling simple paling mudah. Cer teka aku masak apooo?

Tuesday, 17 March 2020

Kunyah Kunyah Petang ~ Roti Puri Tak Kembung

Tuesday, March 17, 2020 6
Kunyah Kunyah Petang ~ Roti Puri Tak Kembung

Petang ni teringin pula nak makan roti puri. Walaupun penat, tetapi ku gagahi jua demi keinginan cacing di dalam perut.. Hehehe

Dengan bermodalkan tepung dengan garam, marjerin ngan minyak je, kerajinan sangat la sedikit so tak ada mood nak buat kuah kari ke apa. Tapi dari dulu kalau mak buat pun memang aku makan gitu je. Entah ler.. rasa lebih sedap makan kosong je...

Tapi hari ni macam tak berapa nak menjadi lak kejadian paras rupa nya.. Tak mengelembung.. Mungkin dah lama tak buat kot atau tak cukup bahan. Nampak sangat aku umur je tua tapi masih tak juga la pro sangat bab masak memasak ni. Buat roti puri pun terkial kial. Kalau suruh tebar roti canai, entahlah jadi apa kan...


Tapi tak apa syukur rezeki petang ni. Yang penting rasa sedap tau. Heeee....



P/s ~ Ermm esok 18 March hingga 31 March 2020 dah bermula lah 'Perintah Kawalan Pergerakan' yang di Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ini salah satu usaha kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Sebagai rakyat kita bekerjasama la, jangan keluar rumah jika tiada keperluan, yang bekerja pun jaga diri, jaga kebersihan, kerap basuh tangan tak kira la sama ada kat dalam atau di luar rumah. Biarlah fiza pesan banyak kali kat korang, walaupun cuma selit-selit dalam entri yang tak berharga berkaitan. Untuk kebaikan bersama juga kan.

Apa pun, fiza berdoa semoga wabak COVID-19 akan menemui penawarnya dan dapat dibendung. Bagi orang Islam, banyakkan berdoa lepas solat, semoga kita semua di dalam lindungan Allah sentiasa, dan juga buat para petugas KKM dipermudahkan urusan dalam menjalankan tugas.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

Monday, 16 March 2020

LIRIK LAGU HAFIZ SUIP ~ SINAR CINTA (OST SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI)

Monday, March 16, 2020 3
LIRIK LAGU HAFIZ SUIP ~ SINAR CINTA (OST SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI)

Credit picture to ~ IG novamusicmy

Sumber video ~ YouTube 





     Komposer : John Jeevasingham,                                          Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis Lirik : John Jeevasingham,                                          Ikhwan Fatanna, Ayden                                   Ali, D. Hasniza, Arisz Ab.                                 Rahman
                     Tahun : 2020 





Mengapa ini semuanya terjadi
Maafkan ku kekasih hati

Ku pasti
Kau adalah sinar cinta
Ku janji kau kan bahagia
Bak indahnya garis pelangi syurga

Kau bukti
Sebuah kenangan cinta
Yang akan ku peluk erat
Ke akhir hayat
Kau abadi dalam jiwa

Cerita kita hanya
Kerana hilangnya cahaya

Mengapa ini semuanya terjadi
Maafkan ku kekasih hati

Ku pasti
Kau adalah sinar cinta
Ku janji kau kan bahagia
Bak indahnya garis pelangi syurga

Kau bukti
Sebuah kenangan cinta
Yang akan ku peluk erat
Ke akhir hayat
Kau abadi dalam jiwa

Ku sedari cinta ini
Kekal terabadi
Kini mata terbuka
Takkan lagi kau luka

Kau lengkapi hati ini
Tiada pengganti
Biarkan aku buktikan kepadamu

Ku pasti 
Kau adalah sinar cinta 
Ku janji kau kan bahagia 
Bak indahnya garis pelangi syurga 

Kau bukti 
Sebuah kenangan cinta 
Yang akan ku peluk erat 
Ke akhir hayat 
Kau abadi dalam jiwa 

Kau abadi dalam jiwa.... 



๐ŸŽตMacam biasa la. Tak pernah tak best kalau lagu tu Hafiz yang nyanyi. Since AF dah minat. Bagi lagu apa pun jadi. Lagu 'Sinar Cinta' ni pun first time aku dengar masa tengok drama pukul 7 Petang kat Tv3 tu 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali. Pertama kali dengar dah suka. Hehe terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Sunday, 15 March 2020

Resepi Daging Bistik

Sunday, March 15, 2020 4
Resepi Daging Bistik

Cuti sekolah ni kalau korang tak ada idea nak masak apa jom cuba resepi daging bistik ni. Aku pun baru first time cuba, alhamdulillah suami dan family suka.

Yela dah boring kot selalu aku masak daging kicap, black pepper, masak kurma tu jela berulang-ulang. Google terjumpa lauk ni syok pulak bila first time buat jadi. Sebab resepi dia pun mudah untuk korang ikut. So apa tunggu lagi, jom masak daging bistik!





Bahan-Bahan:

1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):

300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):

1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara-cara Menyediakan:

Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.

Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.

Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.

Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.

Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.

Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. 

Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.

Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. 

Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.

Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.

Siap untuk dihidang.




Sumber resepi : Butterkicap by Yusof Helmy


Saturday, 14 March 2020

CARA MENGURANGKAN RISIKO TERKENA JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

Saturday, March 14, 2020 4
CARA MENGURANGKAN RISIKO TERKENA JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)





        Credit picture to : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

3. Pakai penutup mulut dan hidung (mask) apabila terpaksa berhubung/berurusan dengan orang lain.

4. Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang  masa.





Sumber info : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia




๐Ÿ“Da bermula cuti persekolahan ni lagi la kita kena sentiasa ambil kira langkah berjaga-jaga kan dari wabak penyakit dan sebagainya. Kalau tak ada keperluan penting, better duduk rumah je. Kat rumah pun still boleh spend time dan buat macam-macam aktiviti dengan family kan. Kecuali kalau ada keperluan yang kita kena keluar rumah juga, so ambil lah langkah-langkah pencegahan awal. Pakai mask, sanitizer sentiasa bersama, banyakkan minum air. Ok take care korang ❤️

Friday, 13 March 2020

Repeat Makan Makan Di The Pinggan Cafe Johor Bahru

Friday, March 13, 2020 3
Repeat Makan Makan Di The Pinggan Cafe Johor Bahru


Entah kali ke berapa dah kami pegi mamam kat sini wehh.. Dari bercinta, kahwin, sampai dah ada anak tak jemu-jemu lagi makan kat sini. Rasanya memang takkan jemu kot hehehe.

Suami aku ni bukan jenis yang suka makan luar sangat.. Bini pandai masak laa katakan... Hahaha macam tak ngam je bunyinya.. Pandai laa jugak setakat masak untuk suami, anak dan mak ayah. Kalau suruh aku masak untuk kenduri kendara ke apa, memang aku lari menyorok bawah meja. Huhuhu...

Suka makan kat The Pinggan Cafe ni semua orang tahu bukan menu-menu dia je sedap tak terkata, tapi suasana dalam ni buat korang rasa tak nak balik. Dah la kebersihan memang tiptop. Nak dok melantak je kan. Haaa gitu pun ada tau..

Hari ni kitorang pilih menu biasa-biasa je. Just untuk kenyangkan perut yang lapar baru setelkan urusan penting. Tak la berapa penting juga tapi buat perut berkeroncong macam-macam nada dah keluar..

Aku pilih Nasi Goreng Cina je. Suami tu entah la boleh lupa pulak nasi goreng apa dia order. Tanya kat dia boleh dia jawab apa tau "makan jela benda dah depan mata tak payah fikir apa nama" kahkah... Tu korang kena datang sini pilih sendiri menu apa yang korang nak then makan sampai puas dan tanpa ragu-ragu...Eh yang penting Nachos Cheese tu benda wajib ada kalau kitaorang makan kat The Pinggan Cafe ni...

Penat sangat hari ni. Mau taknya aku buat kerja sekerat hari terus suami ambik ajak follow dia buat urusan. Ermm tak menyempat. Tapi ambik gambar makanan harus la menyempat... kan kan kan...

Haha si kecik dalam stroller tu dah kenyang suap bubur Mcd dalam kereta tadi. Plan nak suruh dia gerak sendiri tak nak buh dalam stroller kali ni, tapi tak berjaya since dia da pandai 'mengemas' ni. Kang The Pinggan Cafe yang dah kemas dan teratur ni kena 'deko' pulak kang dengan anak aku. Hahaha... Last2 ayah dia patah balik jugak ler kat kereta amik stroller.

Nasi Goreng 'tak ingat nama' 

Nasi Goreng Cina


Nachos Cheese 'wajib order' tiap kali makan kat sini

        Carrot Susu je untuk hari ni. Ais Kosong tu benda wajib encik hubby

Ok korang kalau ada yang tak tahu lagi The Pinggan Cafe ni kat mana ni hah alamatnya ~~

9, Jalan Tampoi, Kampung Bahru Majidee, 81200 Johor Bahru, Johor
https://maps.app.goo.gl/q3fMNHsPgfRnL3QSA

Sambil menyambil meh usha Facebook dan Website The Pinggan Cafe, kalau korang pernah datang mesti muka masuk kat FB The Pinggan Cafe.

Facebook : The Pinggan Cafe Johor Bahru
Website : The Pinggan Cafe




Thursday, 12 March 2020

Pencarian Blog List Pertama Elly Matin

Thursday, March 12, 2020 7
Pencarian Blog List Pertama Elly Matin
Assalamualaikum.. Jom korang sesama join segmen ni. Klik je banner kat bawah ni.




Lipstick yang paling aku suka? Ermm


Ada lipstick tapi boleh kira berapa kali je pakai. Ni tengah suka pakai lip tint pulak.. Hehe kira boleh la ea... 

Ehhh.. Ni entri aku ke 200 laa.. Saja bagitau.. Hehe



Wednesday, 11 March 2020

Wordless Wednesday ~ Yang Benar? Yang Salah?

Wednesday, March 11, 2020 2
Wordless Wednesday ~ Yang Benar? Yang Salah?






Jangan sekali-kali membenarkan yang salah demi kepentingan diri, demi kepuasan hati sendiri...

Tuesday, 10 March 2020

Review Novel ~ Lelaki Kiriman Tuhan

Tuesday, March 10, 2020 1
Review Novel ~ Lelaki Kiriman Tuhan


                   Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
                     Penulis : Umie Nadzimah
                      Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira

"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka."- Raid

"Sebab awak tu miring!" - Naira

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumah tangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...


                           ❄️❄️❄️❄️❄️


๐ŸŽญ Novel ni pernah diadaptasikan ke drama tv channel Astro Oasis dari October 2018 - January 2019. Pelakon utamanya Mira Filzah & Remy Ishak. Memang ngam la kan. Novel ni pun salah satu yang aku suka khatam berulang kali. Santai je dari awal aku dah gelak-gelak tengok gelagat si Naira dan Raid. Banyak juga suspen dalam novel ni, ada plot twist nanti hehehe.. Aku tak sure novel ni ada jual kat kedai buku lagi ke tak, kalau ada korang harus beli! Best sangat tak boring baca ulang-ulang pun.

Monday, 9 March 2020

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Monday, March 09, 2020 5
Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Hi korang, jom kita join memeriahkan segmen ni. Klik je banner kat bawah ni dan follow arahan yang diberi tau...



Good Luck! ;)

Sunday, 8 March 2020

Bila Suami Ku Unboxing Parcel Sephora Ku.....

Sunday, March 08, 2020 4
Bila Suami Ku Unboxing Parcel Sephora Ku.....



Hi, happy weekend korang... Buat apa tu? Jom layan celoteh aku lagi...

Ermm bila laki bini giler shopping online, pantang nampak lori, van ke motor hantar parcel mesti excited nak pergi tengok siapa punya. Tak kira lah poslaju ke, skynet ke, aramex ke, citylink ke ke ke... Huhu banyak pulak kalau nak list kat sini. Bertukar ke tujuan asal dah jadi entri servis penghantaran parcel lak... Yang tak boleh blah kan kadang van sekolah hon ingatkan van hantar parcel. Hahaha... Yela kat Johor ni kan hari ahad sesetengah bekerja, ada juga servis parcel yang hantar hari ini.

Berbalik pada parcel Sephora aku tu, selalu memang sampai awal dalam pukul 10-11 pagi macam tu. Tapi tak terfikir nak check dah sampai ke belum. Tahu-tahu tengok suami tengah belek something. Still tak terfikir lagi. Tapi usha jugak tengok kotak tu macam kenal je.



Last2 suami sendiri tanya "apa sayang beli ni"? "Makeup lagi ke?" "Pelik-pelik je tengok makeup sayang ni" Hehe kantoi sudah.

Sejenis perangai suami aku, walaupun dia ok je apa yang aku beli, tapi dia suka belek-belek barang tu dan aku kena explain a to z fungsi benda alah yang aku beli tu. Macam kebetulan hari ni aku beli eye mask or eye patch Ciate  London, so dia akan tanya la kegunaan benda tu.



Bila aku cerita benda ni bukan makeup tapi untuk hilangkan eyebag kat bawah mata, lelaki pun boleh pakai tau(cehh saja ambik hati laki la tu) korang nak tau apa dia jawab? "Bagi abang try satu nanti"... Yaaa begitulah... Lagipun laki aku ni selalu kerja yang memerlukan dia berjaga malam kan, so benda ni boleh jugak aku try kat dia nanti. Tengok eyebag sepikul tu boleh hilang ke tak. Eye mask or eye patch Ciate London ni best tau, bentuk dia macam tembikai. Nanti aku buat entri khas untuk produk ni. Nanti nanti...sabar...

Pssttt.... Halamak... Baru teringat eye patch Tarte beli last year pun tak habis guna lagi. Gigih aku nak hilangkan eyebag dah jadi salah satu wishlist 2020 dah ni. Moga tercapai lah ye azam nan satu ni.....

Eh jap ada lagi.. Hari ni 8 March kan. So Happy Women's Day untuk korang2 yang bergelar wanita termasuklah aku... 'Wanita Unggul Di Persada Dunia' tiba-tiba terlintas ayat ni je mampu aku coret.. Haha boleh laa...

Ok korang aku nak pi layan anak lak.. Nanti kita story mory lagi ye...

Saturday, 7 March 2020

LIRIK LAGU KHAI BAHAR ~ HATI NYAWA

Saturday, March 07, 2020 1
LIRIK LAGU KHAI BAHAR ~ HATI NYAWA




             Credit picture to ~ IG Khai Bahar



                   Sumber video ~ YouTube





Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan &                                Adib Hussin 
Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan,                                Mage, Ja'a & Karim Karam
                       Tahun : 2020 
                  



Adakah ini caranya kau memperlakukan?
Setelah aku, beri pada mu
Hati dan juga nyawa

Hilang semua, bukan kerana
Ku tak mencuba
Untuk selamatkan semua

Perasaan ini, telah dilukai

Tak mungkin lagi
Ku percayakan mu
Selama ini ku tak menyangka
Begitu mudah kau berubah

Adakah ini caranya kau memperlakukan?
Setiap apa yang telah untuk kau ku lakukan
Dan adakah ini cara kau, membalas semua?
Setelah aku, beri pada mu
Hati dan juga nyawa

Adakah ini caranya?
Ku telah beri hati dan nyawa

Oh, bagi ku sudah
Cukup semua
Yang kau berikan
Tidak lagi ku mahukan

Perasaan ini, telah dilukai

Adakah ini caranya kau memperlakukan?
Setiap apa yang telah untuk kau ku lakukan
Dan adakah ini cara kau, membalas semua?
Setelah aku, beri pada mu
Hati dan juga nyawa

Adakah ini caranya?
Ku telah beri hati dan nyawa
Hati dan nyawa
Hilang semua

Adakah, adakah, adakah, adakah?

Perasaan ini, telah dilukai
Adakah ini caranya kau memperlakukan?
Setiap apa yang telah untuk kau ku lakukan
Dan adakah ini cara kau, membalas semua?
Setelah aku, beri pada mu
Hati dan juga nyawa

Adakah ini caranya?
Ku telah beri hati dan nyawa



๐ŸŽต Lagu terbaru dari Khai Bahar. Best juga lagu rancak. Macam ngam pulak lagu ni Khai Bahar. Orang dah memang berbakat kan...

Friday, 6 March 2020

Kunyah Kunyah Petang ~ Domino’s Pizza

Friday, March 06, 2020 5
Kunyah Kunyah Petang ~ Dominoโ€™s Pizza

Hari ni rasa nak cari kunyah-kunyah petang yang heavy2 sikit laa.. Lapar semacam tadi time lunch ada urusan kerja sikit tak menyempat nak jamah apa pun...

Ternampak lak kertas iklan Domino’s Pizza tu ermm order pizza jela. Pakai apps je la order. Mood awal bulan lagi ni nak senang je kau fiza ea... Hahaha yela sekali sekala dapat belanja family sekali kan kan....


    Beef Pepperoni ~ Beee Beee Beeeeppp


Aloha Chicken ~ Alohaaa haaa haaa

Garlic Bread ni dah dijamah baru menyempat nak ambik gambar. Ni kegemaran mutlak encik suami. Memang laju ler luaknya hehehe

So terhidanglah pizza Beef Pepperoni, Aloha Chicken, dan Garlic Bread. Ermm ni macam kenyang sampai ke malam gamaknya. Untung-untung gantung kuali petang ni tak payah masak dah untuk malam.

Ok lah cukup la tu cerita-cerita untuk hari ni.. Perut dah berbunyi dari tadi. Makan dulu lerr...

Thursday, 5 March 2020

Flashback ~ Kenangan Terindah ~ Solemnization ~ Fauzee & Faizah

Thursday, March 05, 2020 2
Flashback ~ Kenangan Terindah ~ Solemnization ~ Fauzee & Faizah




Assalammualaikum korang. Setuju tak kalau aku cakap moment yang palong indah dalam perkahwinan adalah masa ijab qabul atau akad nikah?

Mestilah kan. Aku tak pandai nak buat ayat power meleleh ni hehe, tapi bolehla dikatakan kenangan masa solemnization akan menjadi kenangan yang terindah sampai korang tua. Yela masa tula hari penyatuan dua hati. Kan kan...

Macam aku kalau throwback balik masa akad nikah apa yang aku ingat masa tarikh 20.10.2017 tu aku bergelar isteri kepada suamiku Encik Muhammad Fauzee yang kacak..haha kalau tak bini sendiri puji siapa lagi kan...

Aku punya nervous hari akad nikah tu kan macam aku pulak yang nak salam tok kadi tau... Sebab kami selamat dinikahkan bukan dengan sekali lafaz tau.. Haha masing-masing laki bini nervous.. Apa pun alhamdulillah semuanya dpermudahkan. Majlis kecil-kecilan sebelum resepsi pun dipermudahkan walaupun banyak yang tak dirancang pada asalnya.

Untuk korang yang bakal bernikah nanti, jangan nervous sangat macam kami tau. Sampai nak pandang muka masing-masing pun cuak tau masa sebelum akad nikah tu hehehe... Nervous sikit-sikit tu tak apa laa...dah nama pun korang akan melalui fasa baru dalam kehidupan kan... Banyakkan berdoa...berselawat...in sya Allah semuanya bakal dipermudahkan.... Aaminn2 ya rabbal alamiinn....

Pssttt.. Kalau korang perasan kat collage gambar aku tu, ada terselit satu gambar kitorang kena ikat ngan kain putih. Sebab apa? Tu salah satu adat atau family aku lebih suka anggap game suka-suka bila lepas dah sah jadi suami isteri. Family mak aku berdarah Bugis, jadi tu part kitorang punya adat la. Tapi lebih kepada suka-suka.. Ikat then lawan lompat siapa berjaya berdiri dulu dia pemenang. Macam aku memang kalah ler ngan encik suami. Ada video family record nanti kat entri lain aku bercerita lebih lanjut pasal adat or game ni ea... Aku upload sekali videonya.. Ok aku stop dulu kat sini.. Jumpa korang lagi next entri....

Wednesday, 4 March 2020

Wordless Wednesday ~ First Time

Wednesday, March 04, 2020 3
Wordless Wednesday ~ First Time




First time buat entri Wordless Wednesday. Ok itu je aku nak bagitau. Haha ;)

Tuesday, 3 March 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Tuesday, March 03, 2020 8
SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Hai korang jom luangkan sedikit masa korang tu meh laa join giveaway dari ombakbergigi ni. Klik je banner kat bawah ni untuk follow je cara-cara nak join.






Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?

Perkara yang menceriakan fiza ialah start Januari 2020 ni baru rasa semangat nak tulis blog. Feel tu lebih sikit tahun 2020 kan. Semua benda fiza nak tulis kat blog ni. Semua contest dan segmen blog fiza nak join. Selalu excited nak blogwalking walaupun tak semua blog dapat fiza terjah. Lepas tu bila geng blogger selalu bagi komen-komen membina, bertukar-tukar pendapat, tu yang lagi buat permulaan Januari 2020 ni lagi menceriakan kan kan... Hehehe


Monday, 2 March 2020

LIRIK LAGU NAIM DANIEL FEAT MAN KEEDAL ~ SEMBAH

Monday, March 02, 2020 2
LIRIK LAGU NAIM DANIEL FEAT MAN KEEDAL ~ SEMBAH





                   
Credit picture to ~ IG Naim Daniel





Sumber video ~ YouTube 





Komposer : Naim Daniel & Iqie Hugh
Penulis Lirik : Naim Daniel & Iqie Hugh
Tahun : 2020 


Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang takku mahu
Cukup nyawaku merayu

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga


๐ŸŽตOk salah satu lagu yang first time dengar aku dah suka. Ni kalau dalam kereta, confirm volume up! Korang tengok lirik video lagu ni, siap ada dalam tulisan jawi. Good! Usaha memartabatkan tulisan jawi. Siap dapat pengiktirafan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) lagi. 



Sunday, 1 March 2020

It's Already March 2020 Korang!!!

Sunday, March 01, 2020 4
It's Already March 2020 Korang!!!




Alhamdulillah. Syukur. Dipanjangkan umur berjumpa pula di bulan March pada tahun ni. Dah masuk bulan ke 3 dalam tahun 2020 ni korang!!! Apa aktiviti korang hari ini? Weekend kan. Ahad. Awal bulan pulak tu. Hehehe.

Bulan ni kalau tak silap tengok kat calendar ada cuti sekolah kan. Cuti penggal pertama persekolahan. Yang dah ada plan nak pergi holiday bersama family tu, selamat berholiday tau. Enjoy2 juga, kesihatan dan kebersihan kerap jaga tau. Musim virus ke tak memang benda tu penting kena jaga. Jangan lupa pakai mask, kerap basuh tangan dan pastikan sanitizer sentiasa ada bersama korang.

Ok yang sambut ulangtahun di bulan March ni tak kira la ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan lain-lain, aku ucapkan selamat ulangtahun buat korang. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T.

Tak lupa juga macam biasa la sebab tahun 2020 ni ramai yang bakal mendirikan rumahtangga bersama yang tersayang kan.. Tu tiap-tiap bulan aku nak buh ucapan kat korang haha. Cakap siap-siap selamat pengantin baru buat korang.
Welcome to the club hehehe... Semoga yang baik-baik je untuk korang dan semoga majlis korang berjalan dengan lancar in sya Allah..Aaminn2 ya rabbal alamiinn...

Buat kita semua, semoga bulan March ni membawa sejuta rezeki dan kebahagiaan buat kita semua.. Aaminn...

Buat pembaca, terus bagi teguran membina dan sokongan kat aku yang masih lagi bertatih kat blog ni. Aku really need korang very very much tau... Haha betul ni.. Minta maaf juga awal-awal kalau ada entri sebelum dan selepas ini ada yang buat korang terasa ke, yela kadang aku tak perasan kot ingat dah sembang santai habis, tapi tersilap yang tak disengajakan ke. Manalah tahu kan. Kita manusia biasa...

Sambil menaip blog ni aku tunggu suami balik kerja ni masak-masak pastu keluar kejap.. Ke mana? Ermm hari ni aku nak survey, try, beli kot kot... Apa tu ea? Hehe nanti kita cerita kat entri-entri berikutnya ok..... ❤️