Melayan Applikasi Pinterest

Sejenis suka install segala applikasi kat play store tu, aku ni kan ada je applikasi yang aku nak cuba. Tak kira la permainan ke, edit gambar ke, sosial media ke, kalau shopping online tu tak payah cakap la, selagi ada semua nak install.. Untung jugak laa henfon ni tak berat hehehe...



Baru ni install Pinterest. Dari dulu tertanya-tanya pinterest ni apa. Dah google pun still tak faham huhuhu.. Tapi disebabkan curious jugak, install la menambah stok kat fon. 



Wow. Not bad. Lain dari applikasi yang lain. Syok juga dok cuci mata tengok gambar. Search je kategori apa yang korang nak. Then save dalam kategori korang sendiri. Bila-bila pun boleh tengok. 



Banyak juga tips makeup, idea nak deko rumah pun berlambak boleh buat rujukan kat sini. Search je macam-macam keluar.. Ni setakat yang aku faham la pasal applikasi Pinterest ni. Aku pun baru nak cuba, mungkin banyak lagi benda best dalam Pinterest yang aku tak tahu. Kalau korang nak tahu macam-macam lagi pasal Pinterest ni, kena la install sendiri. Yang dah ada teruskan je layannn.... 

Ok sebelum aku cau, kejap je hari ni dah raya kelima kita ye.. Aku masih lagi dok mengunyah kerepek dengan kuih raya, tetamu tak boleh nak beraya macam dulu-dulu kan... Tak apa la... Demi kesejahteraan bersama... Tetap nak ulang banyak kali tau. Biarlah.. Kot ada di antara kita yang terlupa, ingatkan balik... Ok jumpa lagi entri seterusnya.. Salam 5 Syawal... 

1 comment:

  1. kalo tengok pinterest memang macam2 gambar ada..
    suka baca benda2 macam beauty hacks.. tapi x penah follow..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.