Cerita Raya PKPB Lagi.... - Faizzah Amir

Monday, 25 May 2020

Cerita Raya PKPB Lagi....




Tahun ni raya aku takde la juga meriah sangat. Biasa-biasa je. Dalam rumah pun cumq ada aku, anak, mak & ayah. Anak tunggal kan hehehe... Suami aku pun masih bertugas dinperantauan.. Kalau tahun-tahun lepas alhamdulillah meriah la sebab mak dengan ayah anak sulung belah keluarga masing-masing, jadi setiap kali raya ramai berkumpul sini. Tapi tahun ni raya norma baru. Raya PKPB. Tak boleh berhimpun lebih dari 20 orang, jadi kami berkorban la masing-masing raya kat rumah sendiri. Kalau kunjung mengunjung pun melalui video call jela. Begitu jugalah dengan family belah suami aku. Satu hari semalam video call jela weollss...


Menu raya semalam pun cuma nasi impit, pulut kuning dan rendang ayam dan daging. Tak banyak pun tapi saja nak bagitahu semua disediakan by me ye hahaha... Dalam keadaan tangan yang baru sihat ni... Pelan nak masak nasi minyak juga, tapi mak cakap buat hari lain pulak memikirkan raya tahun ni tetamu tak boleh datang kan.. Nanti membazir pulak katanya...




Kuih-kuih raya dan kerepek macam biasa la. Yang tu tak boleh tak hadoo.. Sebab aku yang suka sangat heeee... Tak habis review lagi pasal kuih raya yang aku beli tau. Nanti cerita khas kat entri lain.. Bagi kredit pada yang buat la kan...

Tengok dua2 gambar ni muka anak aku serius bebenor... 

Baju dengan tudung pun walaupun baru tapi lama dah beli nya.. Trend baju pun keluaran lepas. Baju beli kat Fazbulous. Shawl tu dari Duckscarves tqpi stok lama punya. Kalau cari kat katalog depa memang dah tak ada sebab dah lama hehehe.. Dari awal tahun tak silap lepas tu dok perap dalam almari. Suka beli lebih-lebih ada lagi yang tak pakai tapi kita simpan pulak untuk next raya hehehe.... Baju anak dengan suami pulak beli kain kat Jakel dari tahun lepas lagi. Then upah jahit je kat tailor Koleksi Sentuhan Aznani.



Tang makeup je frust sikit, order kat sephora last minit tak menyempat la nak sampai awal. Lagipun shipping dari Singapore... Musim-musim covid-19 dan pkp ni kena bersabar sikit. It's ok kita makeup jela apa adanya. Janji tak pucat walaupun aku rasa masih nampak pucat muka aku biasalah tangan orang tak reti makeup... Hahahaha...

Oklah nak sambung merendang lagi hari ni. Walaupun tak ada tetamu tak sangka laku keras jugak kan makanan kat meja tu hehehe... Alhamdulillah. Kenyang perut hati senang. Makan-makan juga tapi kesihatan jaga tau.. Ingatan terutamanya untuk diri sendiri ni.. Hehehe....

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Aidil Fitri disambut serba sederhana. Yg best thn ni di Kelate jln x jem langsung! I like it very much...

    ReplyDelete
  2. Whoaaaa! Salam Aidilfitri! Cantik gak walaupun belum calit Sephora... Hehee

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri...maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  4. Raya di dalam mood PKPB hehe

    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/05/selamat-hari-raya-aidlifitri-1441-hijrah.html

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.

    Jemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe

    ReplyDelete
  6. Harap-harap tahun depan boleh beraya macam biasa. Bukan apa, rindu family.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    ReplyDelete
  8. saya nak komen 1.. hahaha cantiknyaaa lattice purple !!

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.