Kisahnya...buat facial treatment di Dermalene Skin Centre Johor Bahru

 

Hai pembaca semua..semoga ceria sentiasa dan sihat-sihat selalu..kebetulan masa sedang menaip ni aku pun baru sembuh demam, selsema dan batuk. Huhuhu..

Sebut pasal sihat ni kan, selain dari kesihatan tubuh badan, kesihatan kulit pun penting juga kan. Selalunya kita fikir nak jaga kecantikan je kan, tapi tak fikir pula nak jaga kesihatan kulit. 

Penjagaan yang betul untuk kulit sangat penting. Selain dari menjaga pemakanan, senaman yang teratur dan jenis kosmetik atau skincare yang kita guna pun mestilah bersesuaian dengan jenis kulit kita. 

Pernah tak korang terfikir dalam penjagaan kulit ni perlunya juga korang rujuk kepada yang lebih pakar? 

Haa bercerita lanjut mengenai ini, baru-baru ni aku sendiri selalu rasa tak selesa dengan kulit terutama wajah. Kerap berminyak, bila dicuci pula jadi terlampau kering, kadang-kadang tu telebih pakai moisturizer pun jadi kemerahan/kerengsaan. 

Kebetulan hari tu jalan dengan suami kat area Bandar Dato' Onn, Kempas, Johor Bahru ternampak cawangan Dermalene yang baru dibuka. Dermalene ni ialah Skin Centre atau Klinik Pakar Kulit yang baru je membuka cawangan pertamanya di negeri Johor. Sebelum ni mereka ada membuka cawangan di Shah Alam, Bangi, Kuala Lumpur, Ampang, Kota Bharu. 


Untuk lebih memudahkan urusan, aku buat appointment dulu melalui Whatsapp. Bila tiba tarikh yang ditetapkan terus datang isi borang kaji selidik mengenai kulit korang je. So aku diberi 2 sesi rawatan. Mari kita mulakan dengan kisah first session treatment dulu. 


Selesai isi borang kaji selidik, korang akan dibawa ke 'Consultation Room' untuk check or analysis kulit dulu baru lah boleh tahu kan treatment apa yang sesuai untuk kulit. Kat sini juga korang akan tahu tahap kelembapan kulit korang, jeragat, pores, tona kulit sekata atau tidak dan macam-macam lagi la. Yang aku suka sangat Beauty Consultant kat sini pun sangat-sangat membantu. Bukan setakat buat facial analysis, siap share lagi skincare apa yang bagus untuk kulit korang dan tips-tips yang sangat berguna dalam penjagaan kulit. 





Penerangan yang sangat detail dari beauty consultant 

Dan seterusnya dibawa ke sesi yang paling ditunggu-tunggu iaitu, ke 'Spa Room' untuk treatment la apa lagi. Selesa sangat keadaan dalam bilik spa ni dengan penghawa dingin, diffuser yang sentiasa terpasang dan katil dengan selimut yang wangi dan bersih gitu..dia punya selesa tu tak payah cakap rasa nak tidur je kat situ pun ada sampai esok hahaha...





Mula-mula wajah korang akan dicuci terlebih dahulu dan diurut-urut gitu. Hilang stress dibuatnya tau. Mata pun laju je nak mengantuk. Lepas tu sesi 'suction' untuk buang kotoran yang terlekat di kulit kita tu. Selesai suction, aku diberi rawatan 'Masquerade Pink' selama 15 minit. Lupa pula nak minta staf di situ rakamkan kejadian huhuhu. Tapi memang syok sangat pengalaman dengan 'Masquerade Pink' ni. Tapi tak mengapa, aku akan share sikit kelebihan rawatan ini.


'Masquerade Pink'

(Soothing & Vitamin C)

💓 Mengandungi vitamin A, B & E

💓 Mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata

💓 Sesuai untuk kulit jenis sensitif (macam aku ler)

💓 Mencergaskan kulit

💓 Menenangkan kulit

Ok selesai la first session facial treatment. Memang nampak perubahan lepas tu kulit dah tak kering macam dulu, rasa lembut je pulak tu. Staf pula rajin follow up melalui Whatsapp untuk tahu perubahan dan efek pada kulit selepas rawatan selain mengingatkan untuk rawatan seterusnya.

Alright korang, jom kita beralih kisah ke 2nd session facial treatment. Selepas 2-3 minggu seperti yang dijanjikan, aku pun datang ke Dermalene Skin Centre Bandar Dato' Onn, Johor Bahru mengikut tarikh yang telah dibuat temujanji sebelum ini.


Seperti biasa aku terus dipanggil ke 'Consultation Room' untuk dianalysis kulit dan semestinya beauty consultant nak tahu apa perubahan selepas 1st session hari itu kan. Dan hasilnya yeayyy..tak seperti 1st analysis sebelum ini, nampak peratusan condition kulit berubah tak ada merah-merah dah macam before this kan. So macam biasa selepas memberi penerangan mengenai condition kulit, penggunaan skincare yang bagus, aku diminta untuk tunggu sebentar sebelum memulakan 2nd session treatment.

Kalau sebelum ni result merah-merah, sekarang boleh tersenyum lega tengok banyak biru-biru hehehe




Nampak perubahan kulit makin improve selepas sesi rawatan pertama sebelum ini

Terus ke 'Spa Room' macam biasa selesa biliknya rasa macam nak bertapa berjam kat situ tau. Memang selesa taraf 5 star gitu. Ok macam biasa kulit dicuci terlebih dahulu, diurut dan dibelai syok wehh..ini baru betul me time kikiki...

      Cuci² muka sambil urutan

                         Suction 

Seterusnya sesi suction. Ni pun aku suka sangat dari 1st treatment lagi, suction kat Dermalene ni memang rasa lain dari yang lain sangat tau. Lembut je tak sakit pun. Nak tahu kena cuba sendiri. Oh ye aku ada juga tambah rawatan untuk buang 'blackhead' secara manual. Haa yang ini agak sakit sikit hehehe tapi bak kata orang 'beauty is pain' so memang berbaloi sangat la buat. Excited tengok kulit bebas blackhead tau. 

                  Urutan serum

Selepas itu, kulit diurut dengan serum dan alatan pengurut wajah apa entah namanya hahaha aku pun tak reti nak sebut. Korang tengok sendiri la video ni. Tapi kulit auto rasa moist sangat. Menurut staf, rawatan ini diberi nama 'Ultra Soothing' . Rawatan ini juga mampu membuang sel kulit mati pada kulit, menegangkan dan meremajakan kulit. 


Akhir sekali, kulit diberi rawatan 'Masquerade Green' 

Yesss kali ini aku tak lupa untuk minta staf ambilkan gambar kejadiannya. Macam alien ke shrek dah rupa aku. Tapi benefit dia memang terbaik. Meh aku share secara ringkas kelebihannya. 

Masquerade Green 

💚 Sesuai untuk semua jenis kulit.

💚 Diperkaya dengan Green Tea & Lavender. Patot la aroma dia tu perghhh tenang dan rileks sangat rasanya. Kena repeat selalu macam ni. Hehehe

💚 Mengandungi Polyphenols & Catechins, molekul dengan bahan antioksidan untuk memperlahankan proses penuaan.

💚 Mengandungi Beta Carotenes untuk melindungi dari 'diceroboh' sinar radiasi berbahaya.

Alhamdulillah selesai kedua-dua sesi facial treatment di Dermalene Johor Bahru. Macam biasa, aku akan minta bergambar dengan staf kat sini yang friendly sesangat sebagai kenangan. So kalau korang yang ada masalah kulit macam aku, atau nak cecantik lagi, better pilih Dermalene sebagai tempat untuk korang dapatkan rawatan kulit. Lagi-lagi macam bakal pengantin yang sedang tercari-cari kat mana nak buat facial terbaik, aku suggest jangan ragu-ragu pilih la Dermalene. Rugi dulu time nak kahwin aku tak kenal lagi dengan Dermalene ni. 


Selepas selesai kedua sesi rawatan ini, sekali lagi aku bersyukur sebab nampak perubahan yang sangat ketara pada kulit. Kulit rasa lembut dan tegang ye. Kalau dulu makeup tebal nak tutup segala kekurangan, sekarang tak payah risau dah. Makeup tipis je pun dah nampak flawless. Ni bukan aku je cakap, kawan-kawan pun perasan perubahan ni. 


Yang buat rasa bertambah dihargai tu pihak Dermalene tak jemu follow up perkembangan kulit selepas beberapa minggu. Lebih dari sekali tau. Jadi tak perlu risau la kan. 


Kenapa korang kena pilih Dermalene ⤵️


🌷Rawatan patuh shariah

🌷Tiada injection (cucuk, botox dll).Tidak mengubah ciptaanNya

🌷Evidence proof & result-oriented. Beribu-ribu result kulit menjadi lebih baik & sihat


So apa tunggu lagi, booking cepat temujanji rawatan korang sekarang juga! Boleh rujuk link di bawah untuk lebih info ye. 


Website : Dermalene Skin Specialist 

Instagram : Dermalene Group 

Instagram JB : Dermalene Skin Centre Johor Bahru 







No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.