Nak Buat Popia Nestum Tapi Jadi Popia Biasa? - Faizzah Amir

Saturday, 30 May 2020

Nak Buat Popia Nestum Tapi Jadi Popia Biasa?



Kisah 2 hari lepas. Buka peti ais ternampak la kulit popia 3 paket. Rasanya beli sebelum raya lagi haritu kononnya nak buat popia nestum untuk kudapan raya ni. Selalu suka makan popia nestum kat rumah orang, tahun ni tak dapat nak beraya plan la buat sendiri kan.

Nak dijadikan kisah, tangan aku pulak di hujung ramadhan hari tu terkena alahan (aku memang alahan seafood) bukan tak boleh makan tapi overdose hehehe degil kan mendapat. Kalau ada terbaca entri aku sebelum ni ada cerita pasal alahan aku ni. Kena pergi klinik, makan antibiotik sampai habis dan balut tangan untuk elakkan tergaru-garu masa tidur. Alhamdulillah pulih dah sekarang...

Tapi ea mood nak buat popia nestum macam tak ada la pulak sekarang ni. Hilang entah ke mana.. Kwang kwang kwang...




Akhirnya buat popia biasa jela ea. Paling mudah dan pantas hahaha.. Syok jugak buat bahan kunyah-kunyah petang. Dapat buat sarapan esoknya lagi. Ni la seronok bila kuih muih buat sendiri kan. Puas hati dapat repeat makan banyak kali hehehe...



Ok korang salam 7 syawal dah hari ini. Apa menu hari ini ye? Kalau yang sedang berpuasa sunat tu boleh la usha2 resepi dulu untuk masak berbuka. Oklah, aku pun tengah nak buat persiapan untuk masak hari ini. Nanti kita cerita-cerita lagi ye...

5 comments:

  1. Rajin ya buat..Memang sedap popia ni

    ReplyDelete
  2. eheee popiaaa biasa lagi syiokk buat minum petang..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Popia biasa pun sedap

    ReplyDelete
  4. Haha, jadi popia biasa pun ngammm!
    Memang sedappp kudap kudap gini~ Tapi aku prefer popia telur daripada sayur..kah!
    Sedap aje semuanyaaaaaa~

    ReplyDelete
  5. Hihi, popia biasa pun okey jugak, asalkan tak membazir...

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.