February 2020 - Faizzah Amir

Saturday, 29 February 2020

29 February 2020 ~ Tahun Lompat Hanya 4 Tahun Sekali

Saturday, February 29, 2020 0
29 February 2020 ~ Tahun Lompat Hanya 4 Tahun Sekali




Syukur Alhamdulillah. Berjumpa lagi kita dengan tarikh 29 February ni kan. Special tau tarikh ni. Sebab apa aku kata tarikh ni special? Sebab tak setiap tahun la ada tarikh ni. 4 tahun sekali je kan. Aku tak nak ulas yang ada sesetengah kepercayaan buruk pasal tarikh ni, terpulanglah pendapat dan kepercayaan masing-masing. Kalau bagi aku, benda yang jarang-jarang ada ni special. Dengar cerita banyak yang buat promosi istimewa sempena tarikh ini.

Ada juga orang cakap kesian yang lahir tarikh ni sebab tak boleh celebrate tiap tahun. Yeke? Tak juga kot. Boleh je raikan setiap tahun tapi setiap kali muncul tarikh ni, mesti korang yang lahir tarikh 29 February ni rasa special kan.

Menurut artikel yang aku baca kat  mynewshub , tahun yang ada 29 February ni dipanggil tahun lompat. Alkisahnya, Tahun Lompat mula diperkenalkan pada zaman Rom di bawah pimpinan Julius Caesar apabila berlaku kekeliruan tarikh tepat bumi mengelilingi matahari. Ini kerana bumi memerlukan 365 รƒ‚ร‚¼ hari untuk melengkapkan pusingan tersebut.

Ok apa pun bagi yang lahir pada tarikh 29 February ni, aku ucapkan Happy Birthday, yang sambut ulangtahun perkahwinan... Ermm ada ke anniversary hari ni? But why not? Happy Anniversary untuk korang.

So apa pula aktiviti korang 29 February ni? Weekend pulak tu. Aku patutnya hari ni nak join celebrate birthday anak kawan aku kat Johor Bahru, tapi suami kena kerja la pulak. So cancelled. Duduk jela di rumah sambil mikir untuk masak tengah hari kejap lagi.



Pssttt.. Sebelum mengakhiri bebelan hari ini, aku nak ucapkan tahniah kepada kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) atas kejayaan menjuarai CIMB Piala Sumbangsih malam tadi. Kejuaraan pertama untuk tahun 2020 ni. Kejuaraan pertama di Stadium Sultan Ibrahim. Semoga terus juara dan juara. Luaskan kuasamu!! Eh terpanjang lak cerita pasal JDT. Terbangga lebih laa kelab bolasepak negeri tempat aku dibesarkan walaupun menumpang lahir je kat KL nun. Yeke? Tak tanya pun? Ermm tapi aku nak bagitau jugak. Hehehe... 




Muka ada tak puas hati sikit sebab tak jadi pergi birthday party. Haha. Apa pun thanks kat suami sebab kita berjaya selesaikan urusan penting kat luar pagi tadi. Urusan apa? Jengggg... 


Ok cau dulu laa.. Happy Saturday korang!!





Friday, 28 February 2020

Pelbagai Dessert dengan Pakej Berpatutan Dari DeaVanna

Friday, February 28, 2020 1
Pelbagai Dessert dengan Pakej Berpatutan Dari DeaVanna

Salam Jumaat. Tak habis lagi nak cerita di sebalik tabir birthday party Firas walaupun dah sebulan berlalu. Nak cerita lak pasal kek dan dessert.

Macam yang aku pernah cerita kat entri sebelum ni last minute punya plan aku cari yang pakej kek sekali dengan dessert2 yang nampak macam ala-ala simple candy buffet.

Yes. Terus teringat DeaVanna. Aku bukan baru kenal sis Nadia yang owner DeaVanna ni. Selalu sangat dah beli kek, macam-macam dessert dengan dia. Harga berbaloi dan yang penting sedap dan puas hati.

Time birthday Firas aku pilih pakej ekonomi je dari DeaVanna. Kek pun kecik2 comey lotey gituu. Jadilah kan. Tapi puas hati sesangat pakej ekonomi boleh dapat sebiji kek ikut tema, cream puff, congo bars, cheese tart ikut tema, brownies dan pavlova. Sis Nadia siap buatkan tag comel-comel 'Firas Turns 1' untuk cucuk kat dessert tu semua. Nampak la meriah sikit kan. Oh ye lagi satu pinggan plastik untuk birthday party pun aku dapat dari DeaVanna. Senang kan kerja aku. Dalam satu pakej simple je tapi complete apa yang aku nak.





Sebenarnya dessert tu semua dapat dalam satu box setiap satunya ada dalam 25pcs macam tu. Tapi tak dapat nak letak semua satu meja tak muat tu yang aku adjust balik letak sikit-sikit je. Alhamdulillah semua dapat merasa. Sikit sama dirasa orang kata hehehe...

Oklah. Next aku rasa nak buat setiap satu entri pasal setiap dessert dari DeaVanna ni. Baru la puas hati kan pilih yang mana korang berkenan nak cuba nak rasa boleh order dengan DeaVanna. Benda baik kena selalu share kan hehe...

Apa pun kalau korang tak sabar nak survey dari sekarang boleh la usha-usha kat Instagram ๐Ÿ‘‰ DeaVanna

Thursday, 27 February 2020

LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI ~ JANJI

Thursday, February 27, 2020 1
LIRIK LAGU SUFIAN SUHAIMI ~ JANJI


Credit picture to ~ IG Sufian Suhaimi 





Sumber video ~ YouTube 




               LAGU : BLAINE BAKRI & WAN SALEH (Aries Music Production)
               LIRIK : BLAINE BAKRI (Aries Music Production) 
               TAHUN : 2020

Sedang ku menatapi
Mata ayu mu menangis sedih

Jauh ku merasai
Kepedihan mu yang tak lagi sanggup kau tempuhi

Ku janjikan keikhlasan
Tanpa ada keraguan

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku coba pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimu selamanya

Sedang ku menatapi
Mata ayu mu menangis sedih

Jauh ku merasai
Kepedihan mu yang tak lagi sanggup kau tempuhi

Ku janjikan keikhlasan
Tanpa ada keraguan

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku coba pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimu selamanya

Izinkan ku ubati hatimu
Yang sakit tak dihargainya
Janjimu itu akan ku genggam
Tak kan pernah terpadam
Kerna cinta ini untukmu

Aku sedar ku bukan yang kau suka
Tapi jika kau beri ku ruang
Akan ku lafaz
Apa sebenarnya cinta yang terpendam sekian lama

Aku sedar ku bukan yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku coba pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimu selamanya




๐ŸŽถ Baru dua kali dengar lagu Janji dari Sufian Suhaimi ni. Aku suggest korang dengar lagu ni sambil layan MV sekali. Baru lah boleh memahami dan menyelami penceritaan lagu ni haa gitu.. Yang mencintai dan dicintai... Yang mengecewakan dan dikecewakan...itulah hakikat kehidupan... Haha over dah aku.. Kasi can ler.. Apa pun lagu Sufian Suhaimi memang best. Ngam dengan suara dia kan.. Ok jom sambil-sambil korang yang tengah lunch tu layan lagu ni.........

Wednesday, 26 February 2020

Rezeki Dapat Novel Percuma Dari Novelis

Wednesday, February 26, 2020 2
Rezeki Dapat Novel Percuma Dari Novelis




Alhamdulillah dapat rezeki novel percuma My Mrs Seventeen dari novelis Ai Indah. Siap ada tandatangan penulis lagi. Lagi specialnya ni first time aku dapat novel dari novelis sendiri. Terharu wehhh...


Orang kata rezeki tak ke mana kan. Kebetulan novelis salah seorang rakan facebook aku, dia up status nak bagi novel dia kat beberapa orang novelis, tapi aku yang cuma blogger suam kuku ni gedik komen juga.. Tapi dah rezeki kan, aku dapatlah memiliki sebuah novel yang bertajuk My Mrs Seventeen ni.

Novel My Mrs Seventeen ni novel pertama hasil karya Ai Indah. Baca sinopsis macam best. Tak sabar aku nak Khatamkan novel ni. Dah khatam nanti aku bagi review kat blog ye.

Kalau korang rasa berminat nak beli novel My Mrs Seventeen ni, boleh la pegi mesej kat Facebook Ai Indah. Kalau tak silap beliau ada beberapa lagi stok novel ni. Kena cepat la, sebab kalau habis tak ada ulang cetak dah katanya. Beli tau tak ada free2 dah. Tak mahal pun. Rm30 je. Kita support karya penulis baru ni.

Apa pun aku berharap semoga novelis Ai Indah sentiasa dilimpahkan rezeki dan semakin success dalam bidang penulisan novel. Teruskan berkarya tau. Untung ada bakat dalam bidang ni. Dulu aku pun pernah berangan nak jadi novelis, tapi terus menjadi angan-angan jela... huhu... Tak apalah, jadi pembeli dan pengumpul novel pun ok what.. Walaupun dah penuh stor ngan kotak - kotak novel aku.. Haha..

Ok korang kita jumpa lagi di lain entri ye.. ❤️


Tuesday, 25 February 2020

Tercari-cari Sash Untuk Pelbagai Party? Jom Usha Sashbymas

Tuesday, February 25, 2020 3
Tercari-cari Sash Untuk Pelbagai Party? Jom Usha Sashbymas



                  Credit picture to ~ ig sashbymas


Korang ada tak yang nak buat surprise kat kengkawan untuk bridal shower ke, bachelorette party, baby shower, birthday party dan apa jua party yang korang rasa perlukan sash atau bahasa mudahnya aku panggil selempang je..jangan salah spelling lak 'selempang' tu.. Sebab tu orang lagi suka sebut sash kot..

Aku nak recommended kat korang sashbymas ni. Ada banyak pilihan sash untuk pelbagai jenis party. Nak custom sendiri pun boleh. Mudah dan best kan...

Aku tak merasa pakai iphone, pinjam iphone orang pun jadi la ea..hehehe..


Macam gambar aku ni tahun 2017 lagi 2 minggu nak kahwin. Nak cakap party bridal shower macam bukan je walaupun pakai sash bride to be. Ada belon bride to be. Masa ni plan nak buat potluck dengan cousin kebetulan birthday dekat2 tarikhnya. Cousin tu pulak pengapit masa sanding belah perempuan nanti.

Sebelum tu cousin Anis ni tanya, kak tak ada buat macam artis tu ke bride to be tu? Aku cakap tak kot, member rapat masing-masing jauh dan diorang ajak lepak pun aku busy tumpukan persiapan majlis. Anis ni cakap yeke kan best kalau ada gitu. So dalam last minute tu kitorang plan buat birthday je tu pun kat rumah. Beli kek bajet dan dessert sikit.

Tapi last minute(sejenis habit aku) call si Anis cakap wehh kau nak pakai sash tak masa birthday? Aku carikan haha. Sendiri beli sendiri pakai. Apedehal....

Mana pergi lemak aku time ni ea? Hehe saja nak bagitau aku pernah kurus ke? Haah ler kikiki... 
Now kalau aku gambar gini penuh kelihatan lemak tumpang berteduh huhuhu... 

So korang yang nak carikan sash untuk surprise kawan ke, family ke, suami ke, boleh la usha2 instagram sashbymas ni hah. Confirm korang puas hati la sebab banyak pilihan. Lawo2 pulak tu....

Ok korang usha2 laa dulu aku nak sambung buat kerja. Bye ❤️

Monday, 24 February 2020

SABRINA CARPENTER LYRICS ~ HONEYMOON FADES

Monday, February 24, 2020 1
SABRINA CARPENTER LYRICS ~ HONEYMOON FADES


               Credit picture to ~ popsugar


                     Sumber video ~ YouTube 





Songwriter : Akil King, Anthony M.Jones,                           Bianca Atterberry , Daoud                              Anthony , Sabrina arpenter 
Producer : Tone 
                        Year : 2020



I hope we stay the same, hey
Honeymoon

Unexpected, this thing that we fell into
Like, so connected
You came at a time when my heart was selective
Didn't have to choose, my love
Was accepted, yeah

Now I'm learning you like 101
You were sent to me like a one of one
And now we're going hard, just one on one
Nobody else

I hope we never change
I hope we stay the same
I hope that we can love through the pain
After the honeymoon fades
I hope we never change
I hope we stay the same
I hope we can love through the pain
After the honeymoon fades

After the honeymoon fades, yeah

I remember when we met, we was all in each other's bed
And we were spending every second we had
And now that it's official, it's hitting a little different
What the hell we gonna do with these bags? No, yeah

And now I'm learning you like 101
You were sent to me like a one of one
And now we're going hard, just one on one
Nobody else

I hope we never change
I hope we stay the same
I hope that we can love through the pain
After the honeymoon fades
I hope we never change
I hope we stay the same
I hope we can love through the pain
After the honeymoon fades

(Can you feel it with me? Can you feel it with me?)
After the honeymoon fades
(Can you feel it with me? Can you feel it with me?)
(Can you feel it with me? Can you feel it with me?)
(Can you feel it with me? Can you feel it with me?)

And I hope it tastes the same
Even if it's bittersweet

Honeymoon fading with you (Fading with you)
Honeymoon fading with you (Fading with you)
Honeymoon fading with you (Fading with you)
Honeymoon fading, fading


๐ŸŽถBaru sekali je dengar. Lagu best. Suara best. Sabrina Carpenter ni banyak je lagu best sebelum ni yang aku rajin layan dan download kat phone antaranya On Purpose, On My Way, Paris, The Middle Of Starting Over, Thumbs dan banyak lagi. Ok apa lagi jom layan lagu Honeymoon Fades ni berulang-ulang sampai lebam....

Sunday, 23 February 2020

Apa Ada Dalam Handbag Aku? ~ Biskut BelVita

Sunday, February 23, 2020 5
Apa Ada Dalam Handbag Aku? ~ Biskut BelVita




Tak mustahil kan bila kita tengah berjalan ke, kat dalam kereta dalam perjalanan ke, tiba-tiba terasa lapar.

Bila terasa lapar apa korang akan buat? Terus cari kedai makan ke? Kalau di tengah jalan yang jammed bagaimana? Adakah korang akan berhentikan kereta di tengah jalan dan turun melintas di dalam kesesakan demi mengalas perut? Hahaha..jangan buat hal. Dilarang sama sekali bertindak sedemikian.

Kalau jenis aku dalam handbag ni memang macam-macam khazanah ada. Salah satunya ni hah biskut belVita breakfast ler.. Nama je untuk breakfast tapi aku standby dalam handbag tak kira time.


Apa yang aku suka biskut ni dah la sedap, rangup krup krap, dalam masa yang sama mengenyangkan aku sementara tak jumpa makanan yang heavy2... Berkhasiat opkoz...sebab biskut belVita breakfast ni diperbuat daripada bijian penuh (20%), dan juga mengandungi 8 vitamin dan zat galian yang penting.




Ok nanti kita cerita-cerita lagi pasal bendalah2 lain dalam handbag aku ni. Happy weekend ye korang ❤️

Saturday, 22 February 2020

Breakfast Simple Mengimbau Zaman Kanak-Kanak

Saturday, February 22, 2020 2
Breakfast Simple Mengimbau Zaman Kanak-Kanak




Assalamualaikum. Hari sabtu ni aku rasa nak breakfast yang simple2 jela. Apakah yang simple2 itu? Rasa nak makan cereal ngan susu macam bebudak. Hehe..

Tapi hari ni tekak tak mau laa Cornflakes or Fitnesse macam selalunya. Hari ni iollss nak bersarapan bersama Kellogg's Froot Loops Breakfast Cereal dengan berkuahkan susu Marigold HL Plain Low Fat Milk. Ambik kau berkuahkan teruihh.. Kang ada orang confused sis Fiza ni nak cerita pasal sarapan ke atau nak bagi resepi sarapan pagi? Hehehe mestilah bukan resepi. No no no...


Cuma selalunya cereal ni aku suka la mix dengan buah-buahan atau kismis
 Tapi kan kalau macam Froot Loops ni ke, Choco Crunch or Honey Stars ke aku lagi suka makan dengan susu je simple2. Mengimbau memori zaman kanak-kanak gitu... Kalau tak silap time budak-budak dulu ada aku makan ala2 macam Froot Loops ni juga rupa dia. Trix Cereal tak silap keluaran Nestle tak silap ada gambar rabbit kat kotak.

Nanti nak beli banyak lagi cereal favourite zaman kanak-kanak dulu. Penuhkan stok almari. Bukan untuk breakfast je kan, kadang buat kunyah-kunyah depan tv pun syok jugak.

Oklah sambung lagi nanti ye. Aku nak mikir nak masak menu apa pula untuk lunch kejap lagi.....

Friday, 21 February 2020

Mood Throwback On ~ Kenangan Merisik & Dirisik

Friday, February 21, 2020 4
Mood Throwback On ~ Kenangan Merisik & Dirisik




Selfie selpot jangan dilupakan ๐Ÿ˜


Mood sejak dua menjak ni nak scroll gambar gallery je. Cari bahan untuk blog ke? Yesss.. Salah satu sebabnya. Hahaha.

Tengok blogger share gambar-gambar bertunang, wedding teringin juga la nak share kat sini. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni la kan, blog ni nanti boleh jadi muzium kenangan untuk anak cucu cicit. Supaya sampai bila pun diorang ingat moyang diorang yang gojesss ni. Kuikuikui...

Ok berbalik pada tajuk bila ingat balik aku kenal suami pada awal 2016. Kawan gitu-gitu je berapa bulan dia ajak ke hubungan yang lebih serius(ajak jadi bini dia la) aku pulak masa tu yela umur nak masuk 27 tahun memang dah set juga dalam kepala siapa yang betul-betul serius ajak kahwin on je la. Malas dah nak couple lama-lama. Kuciwa memanjang.. Huhuhu

Dipendekkan cerita, dah jumpa kenal-kenal dengan family belah pihak kitorang setuju nak terus buat majlis kahwin pada tahun 2017. Tak merasa la nak ada majlis pertunangan kan jalan terus. Tapi kat facebook kami buh status engaged. Haha. Sampai merajuk bff aku sebab tak dimaklum dan tak dijemput kononnya.

Padahal kitorang buat merisik ni pun dengan family dua belah pihak je. Tu pun rushing tau sebab suami masa tu bertugas di seberang laut berbulan. Tapi dia nak juga family datang merisik secepat mungkin. Tapi syukur alhamdulillah berkat kerjasama keluarga kedua belah pihak, berjalan lancar urusan kami.

Keluarga suami datang dari Cheras, Kuala Lumpur masa tu bulan mac 2017. Datang bincang dan sarung cincin terus kat rumah aku. Siap bawa buah tangan tau. Belah aku sediakan makanan tengah hari je .. Tapi keluarga mertua kata tak apa la mana yang sempat je hehehe.

Apa pun majlis merisik 'bidan terjun' ni ada moment yang tersendiri bagi aku. Bila tengok muka sendiri kat gambar masa sarung cincin macam orang terpaksa terima pinangan pun ada. Hahaha..

 Boleh la kan ber background kan tangga pun.. Hehehe


Muka aku blur hahaha

Buah Tangan Dari Keluarga Suami 

Buah Tangan Dari Keluarga Suami

Anak Buah Suami



Ok lepas ni aku share lagi kenangan untuk majlis-majlis resepsi, nikah dan lain-lain. Dulu tak berkesempatan. Ni mood rajin dah on kan hehehe. Simpan kenangan la. Majlis bertandang je yang aku dah pernah share kat blog sebelum ni. Nak kalau korang sudi dan rajin, klik lah link ni ye ๐Ÿ‘‰https://faizzahamir.blogspot.com/2018/02/our-wedding-story-fauzeefaizah.html


Ok kita berjumpa lagi next entri ye.. Have a nice day uollss ๐ŸŒน


Thursday, 20 February 2020

LIRIK LAGU FLOOR 88 ~ YANG BENAR

Thursday, February 20, 2020 1
LIRIK LAGU FLOOR 88 ~ YANG BENAR



           Credit picture to ~ IG Floor 88




Sumber video ~ YouTube 





             Komposer : Zai Hamzah
             Penulis Lirik : Hanif Mashut,                                                     Achoi & Floor 88
                      Tahun : 2020


Terlalu panjang kisah yang kita karang
Hingga tiada dayaku menoktahkannya
Sungguh aku tak pernah mengenal lelah
Untuk mencintaimu

Dengarkanlah...
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh

Selama ini aku tetap memilih
Untuk kekal setia membahagiakanmu
Tapi kini kau tinggalkan hanyalah
Secebis harapan

Sakitnya jiwaku
Sengsara

Dengarkanlah...
Disini aku menunggu
Kata putus darimu
Walaupun aku tahu
Kau telah pergi jauh

Andai takdir
Ingin memisahkan
Relaku serah seluruh jiwa
Biar sampai masa
Ku menutup mata




๐ŸŽผ Baru first time dengar lagu baru dari band Floor 88 ni suka lak. Sebenarnya sebelum ni semua lagu diorang aku layan, dari 'Zalikha', 'Aqilah', 'Roadblock Hatiku' & 'Hutang'. Yang ni korang akan dengar kelainan sikit. Syahdu sikit lagunya berbanding yang sebelum-sebelum ni. Lirik dia pun best layan mood sedih wooo.. Apa pun 'Yang Benar' dari Floor 88 tetap best dan syok jadi halwa telinga. Keep it up ๐Ÿ‘๐Ÿ‘



Wednesday, 19 February 2020

Wanted: A New Blog List for March-July 2020

Wednesday, February 19, 2020 5
Wanted: A New Blog List for March-July 2020











Nak tahu my favourite food??? Ermm berjuta kalau nak list kat sini haha. Fiza jenis makan je janji halalan toyyiban hehe. Lagipun fiza jenis suka mencuba juga kalau jumpa makanan yang baru dan tak pernah cuba. Ok tu je. Moga ada rezeki terpilih sebagai bloglist ea :)

Tuesday, 18 February 2020

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Tuesday, February 18, 2020 3
Ashraf Sinclair Meninggal Dunia


             Credit Picture To : Astro Gempak

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Assalamualaikum. Pagi tadi aku dikejutkan lagi dengan berita permergian pelakon yang berasal dari Malaysia kini menetap di Indonesia, Ashraf Sinclair. Ashraf Sinclair juga ialah suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Menurut sumber, arwah meninggal dunia pada jam 4.51pagi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung .

Sama-sama lah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn aaminn yaa rabbal alamiinn..

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Aaminn aaminn yaa rabbal alamiinn..


‎.ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah 
‎   . ุจِุณْู…ِ  ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
‎ ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†


Sumber info : Harian Metro

Teringat Kat Mee Rebus Jiran Bagi Semalam

Tuesday, February 18, 2020 1
Teringat Kat Mee Rebus Jiran Bagi Semalam





Story nya semalam dok scroll facebook like dan komen post kawan-kawan. Paling aku suka post pasal makanan la. Food lover kan hehehe.

Komen kat satu post kawan aka jiran ni masak mee rebus. Nampak sedap pekat kuahnya gitu. Serta merta aku ngidam ngalahkan orang pregnant. Tangan ni pun gedik la nak komen kat post member tu 'sedapnya laju makan kalau dapat ni'.

Then petang tu, ida (nama kawan ni) whatsapp la tanya ada kat rumah ke tak. Aku ni dalam hati tau dah mesti dia nak hantar makanan kalau tanya gitu. Sebelum ni pun macam tu la selalunya kihkih. Kalau dah rezeki kan orang kata lalalala..

Alhamdulillah. Semoga murah rezeki jiranku ini. Sedap sangat masuk kat tekak bukan setakat dalam gambar je sedap. Sampai bawak ke hari ni aku teringat-ingat. Thanks ida nanti kalau masak hantar lah lagi ye.. Heeeee ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Monday, 17 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Monday, February 17, 2020 7
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!


Fiza nak tag juga 3 geng blogger ni

1. Umi Nazrah

2. Sis Lin

3. DeCamellia


Sunday, 16 February 2020

Resepi Nasi Ayam ~ Ayam Goreng Madu ~ Sup ~ Kuah Sos

Sunday, February 16, 2020 6
Resepi Nasi Ayam ~ Ayam Goreng Madu ~ Sup ~ Kuah Sos




Weekend ni teringin pulak nak makan nasi ayam. Dah lama pun tak masak nasi ayam kat rumah. Kalau suami aku tak sebut, tak buat kot. Padahal benda senang. Senang ke? Senangla juga tak rumit dan tak banyak bahan.

Resepi ni ada jugak aku kutip kat facebook, kalau ada pun aku ubah sikit-sikit. Ikut selera family aku. Tapi aku nak share jugak kat korang kotlah korang rasa nasi ayam style aku ni nampak menyelerakan hahaha perasannn...

Ok jom usha resepi kat bawah ni



NASI
Bahan- Bahan
1 sudu kecil kunyit  (ni untuk kalau korang suka color original, tak payah letak pun tak apa) 
Air ayam - rebus ayam ambil airnya (ikut berapa pot nasi korang) 
Marjerin daisy 
4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) 
Bawang kisar
Garam secukup rasa
1 kiub ayam maggi 
1 senduk stock ayam maggi (aku pakai yang dalam botol macam sos tu) 

Cara-cara
Tumis 4 sekawan, bawang kisar dengan marjerin daisy dalam periuk nasi, kemudian letak kunyit, tumis lagi hingga naik baunya, masukkan kiub ayam dan stock ayam. Letak garam secukup rasa kemudian masukkan beras dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air ayam dan tunggu sehingga nasi masak. 





AYAM GORENG MADU
Bahan-bahan
1 sudu tepung jagung 
Garam secukup rasa
setengah sudu besar gula 
2 sudu besar bawang dan halia kisar 
1 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 
Kicap (selalu aku main agak-agak je) 
3 sudu besar madu 

Cara-cara
Perap ayam yang telah direbus bersama bahan-bahan di atas selama 1jam dan goreng macam biasa. Sedia untuk dihidangkan. 




SUP
Bahan-bahan
4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) 
Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong
Bawang dan halia kisar
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1 sudu besar rempah sup adabi
Daun sup 
Bawang goreng

Cara-cara
Tumis 4 sekawan dengan minyak bersama bawang dan halia yang telah dipotong, juga bawang dan halia yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah sup. Kacau sekejap pastu letak air. Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan daun sup. Dah siap masukkan dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. 




KUAH SOS (aku main buat je ni ikut cara aku janji nampak macam kuah sos kikiki ๐Ÿ˜) 
Bahan-bahan
Bawang dan halia kisar
1 sudu cili kisar 
Garam secukup rasa
Perencah maggi cukup rasa (secubit je) 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 

Cara-cara
Tumis bawang dan halia kisar, bersama cili kisar, masukkan sos cili dan sos tomato. Akhir sekali masukkan garam dan perencah maggi cukup rasa. Sedia untuk dihidangkan. 

Dah siap semua baru perasan tak ada salad dan tomato. Tak pe la pakai apa yang ada kat dapur je dulu. Sorry tau kalau cara aku tulis resepi macam berterabur sikit haha. Main tulis je ikut apa dalam kepala. Ok korang selamat memasak dan selamat berhujung minggu bersama yang tersayang. ❤️


Saturday, 15 February 2020

BILLIE EILISH LYRICS ~ BAD GUY

Saturday, February 15, 2020 0
BILLIE EILISH LYRICS ~ BAD GUY





Credit picture to ~ Refinery29




Sumber video ~ YouTube 






          Songwriter : Billie Eilish O'Connell,                                          Finneas O'Connell
           Producer : Finneas O'Connell
                           Year : 2019



"Bad Guy"

White shirt now red, my bloody nose
Sleeping, you're on your tippy toes
Creeping around like no one knows
Think you're so criminal

Bruises on both my knees for you
Don't say thank you or please, I do
What I want when I'm wanting to
My soul? So cynical

So you're a tough guy
Like-it-really-rough guy
Just-can't-get-enough guy
Chest-always-so-puffed guy
I'm that bad type
Make-your-mama-sad type
Make-your-girlfriend-mad type
Might-seduce-your-dad type
I'm the bad guy, duh

I'm the bad guy

I like it when you take control
Even if you know that you don't
Own me, I'll let you play the role
I'll be your animal

My mommy likes to sing along
With me but she won't sing this song
If she reads all the lyrics
She'll pity the men I know

So you're a tough guy
Like-it-really-rough guy
Just-can't-get-enough guy
Chest-always-so-puffed guy
I'm that bad type
Make-your-mama-sad type
Make-your-girlfriend-mad type
Might-seduce-your-dad type
I'm the bad guy, duh

I'm the bad guy, duh

I'm only good at being bad
Bad

I like when you get mad
I guess I'm pretty glad
That you're alone
You said she's scared of me?
I mean
I don't see what she sees
But maybe it's 'cause I'm wearing your cologne

I'm a bad guy
I'm, I'm a bad guy
Bad guy, bad guy
I'm a bad guy


๐ŸŽผ Aku pun baru dengar nama dan tahu kewujudan Billie Eilish ni lepas dia menang Grammy Award yang ke 62 baru baru ni. Haha jauh benau aku tertinggal keretapi ye. So dari tu tangan ni gatal cari kat youtube nak juga dengar lagu Billie Eilish ni. Layan lagu 'Bad Guy' yang menang kategori 'Song Of The Year'. Syok juga layan muzik dia ni lain dari yang lain walaupun aku tak faham langsung lirik lagu ni pasal apa. Korang tau? Cer habaq mai kat aku..

Friday, 14 February 2020

Doa Harian #1

Friday, February 14, 2020 3
Doa Harian #1
Assalamualaikum semua. Salam Jumaat buat semua pembaca. 14.02.2020. Kebetulan ada rakan dalam group whatsapp area rumah berkongsi doa ni, jadi fiza share juga kat sini semoga kita semua pun dapat manfaat dan beroleh keberkatan darinya.. In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn..


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ 
ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุดْุฑَูِ ุงْู„ุฃَู†ْุจِูŠَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠْู†َ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠْู†َ.

Yaa Allah.
Ampunilah dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak-anak kami, zuriat dan keturunan kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran tetangga kami, dan saudara-saudara se Islam kami.

Yaa Allah.
Jadikanlah hari ini bagi kami lebih baik daripada semalam.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya. Berikanlah kesembuhan untuknya, kerana hanya Engkau yang Maha Penyembuh.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada di antara kami, yang kesulitan rezekinya mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya, karena hanya Engkau yang Maha Pemberi Rezeki.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada diantara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian Mu, mohon kuatkanlah dia untuk dapat bertahan dan bersabar. Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia Mu. Kerana janji Mu yang tak pernah Engkau mungkiri. Setelah kesusahan ada kesenangan.

Yaa Allah.
Jika hari ini ada di antara kami yang ada benih-benih sakit hati di hati nya, sombong, iri hati, dengki dan dusta.
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia yaa Allah.

Yaa Allah.
Jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami, yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hatinya
agar memaafkan kami.

Yaa Allah.
Ampuni lah dosa dan kesalahan kami.

ุฑَุจَّู†َุง ุธَู„َู…ْู†َุง ุฃَู†ْูُุณَู†َุง ูˆَุฅِู†ْ ู„َّู…ْ ุชَุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَุชَุฑْุญَู…ْู†َุง ู„َู†َูƒُูˆْู†َู†َّ ู…ِู†َ ุงู„ْุฎَุงุณِุฑِูŠْู†َ

ุฑَุจَّู†َุง ุกَุงุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงْู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ

ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ ُุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุกَุงู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ

ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ.

Thursday, 13 February 2020

Review Novel ~ Shh... I Love You

Thursday, February 13, 2020 0
Review Novel ~ Shh... I Love You







                      Tajuk : Shh... I Love You
                       Penulis : Farisya Natasha
                      Terbitan : Penulisan2u



Sinopsis Dari Novel ~~

NUR NADIA OMAR... Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR... Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

"Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?" - NADIA
"Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?" - AIDAN

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

"Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!" - NADIA 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

"Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya." - NADIA 
"Try me." - AIDAN

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?




                           ๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป




๐ŸŽญ Novel ni pun best. Plot tak berat sangat nak hadam. Novel ni juga diadaptasikan ke Slot Akasia Tv3 lakonan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad (kini Datin Elvina Mohamad) . Aku gigih cari novel ni kat PBAKL masa tu pun sebab drama ni la. Cair ngan heronya kikiki.. Sampai encik tunang masa tu (suami sekarang) asyik dok bahan je Gambit ni. Jeles la tu ๐Ÿ˜. Apa pun sampai sekarang kalau baca novel ni still masih cair ngan watak Nadia & Aidan ni. Sweet2 malu-malu gituuu.. 

Wednesday, 12 February 2020

Review Novel ~ Suamiku Pemalu

Wednesday, February 12, 2020 2
Review Novel ~ Suamiku Pemalu








                    Tajuk : Suamiku Pemalu
                      Penulis : Qistina Alya
                    Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

SAHIRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisha Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.

"Kenapa awak terima saya, ya?" 
"Sebab awak pemalu!" 

FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.

Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar untuk menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.

" Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak." 
"Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."
"Hehe, gurau ajelah sayang."

Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.

Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?


                      ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ
๐ŸŽญ Novel ni simple je tapi padat bagi aku. Suka watak Irul, si suami pemalu tapi berusaha nak bahagiakan isterinya Isha. Ada je kejutan nak gembirakan isteri. Bukan takut bini tau, tapi ni tentang effort nak bahagiakan orang tersayang kan hehehe.. Isya yang degil, manja, kuat merajuk. Ada juga part sedih dalam novel, dugaan rumahtangga biasa la kan. Walaupun si Irul ni pemalu, tapi korang boleh nampak bila baca novel sifat penyayang dan melindungi tu. Tak tau la ada jual lagi ke tak novel ni, dah bertahun juga rasanya. Aku pun jumpa dalam kotak tiba-tiba rasa nak baca balik la. Hehehe... 

Tuesday, 11 February 2020

Test,,,Test,,,Baru Ada Channel Youtube Sendiri,,,

Tuesday, February 11, 2020 5
Test,,,Test,,,Baru Ada Channel Youtube Sendiri,,,


Hai. Finally baru ada keyakinan nak buat channel sendiri kat YouTube. Dari dulu lagi teringin nak buat, asyik la nanti, kemudian, dan nanti lagi.

Tapi kan, banyak lagi aku tak faham pasal adjust2 channel YouTube. Kejap on laptop, pastu handphone, laptop balik. Huhu, pelan-pelan la kan belajar. Umur pun dah nak masuk 31 baru nak belajar slow sikit hehehe..



Oklah, kalau tak keberatan sudi sudikanlah subscribe YouTube aku ni hah walaupun baru ada seketul je video. Tu pun tahun bila punya. Yela nama pun baru nak test test kan.

Ni aku buh je link YouTube aku kat blog klik je kat sini kalau korang nak subscribe ๐Ÿ‘‰ https://www.youtube.com/channel/UCwvrXpfzSUpKdMasMWZ_XUA or search je nama "Faizzah Amir"

Sebagai balasan korang pun letak link YouTube korang kat komen, nanti aku subscribe channel korang jugak. ❤️

Monday, 10 February 2020

Abam Bocey Meninggal Dunia

Monday, February 10, 2020 2
Abam Bocey Meninggal Dunia


             Credit Picture To ~ Era






Innalillahiwainnailaihirojiun.
Terkejut mulanya fiza pada pagi tadi bila ramai yang berkongsi berita pelawak terkenal Abam Bocey yang telah kembali ke rahmatullah


Salam takziah buat seluruh ahli keluarga keluarga dan sahabat Allahyarham Abam.


Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn2 ya rabbal alamiinn..

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga keluarga dan sahabat Allahyarham Abam.


‎.ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah 
‎   . ุจِุณْู…ِ  ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
‎ ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†



Sumber info : Harian Metro 





Layan AJL34 depan tv je...

Monday, February 10, 2020 4
Layan AJL34 depan tv je...


Kisahnya tadi or semalam (dah lebih pukul 12 ke atas ni kira semalam la kan) dah selesai pun Anugerah Juara Lagu ke 34 tahun yang berlangsung pada 9 Febuari 2020 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Macam biasa aku menonton kat televisyen je. Melalui saluran tv3. Bermula tadi pada jam 9 malam.

AJL 34 kali ini bertemakan "warna-warna suara" dengan pengacara hebat  Sherry Al Hadad, Awal Ashaari & Haziq Hussni.

Aku tak menyempat nak fokus sangat layan ajl kali ni dengan dok melayan anak lagi, so aku list kan jela senarai nama finalis dan pemenang untuk Anugerah Juara Lagu ke 34 ni ye.



Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34

Tajuk Lagu : Drama
Penyanyi : Drama Band
Komposer & Penulis Lirik : Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik : Naim Daniel

Tajuk Lagu : Kisah Cinta Kita
Penyanyi : Hafiz Suip
Komposer : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Penulis Lirik : Dato' A. Aida

Tajuk Lagu : Ku Bersuara
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik : Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

Tajuk Lagu : Anta Permana
Penyanyi : Bob Yusof (menggantikan penyanyi asal Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Tajuk Lagu : Bangun
Penyanyi : Aman RA
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Aman RA

Tajuk Lagu : Ragaman
Penyanyi : Fairuz Misran (menggantikan penyanyi asal Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
Penulis Lirik : Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam & Mike Chan

Tajuk Lagu : Rampas
Penyanyi : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim & Laq
Penulis Lirik : Bunga Cantik

Tajuk Lagu : Dinda
Penyanyi : Kugiran Masdo
Komposer & Penulis Lirik : Ali Sariah

Tajuk Lagu : Peneman
Penyanyi : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Tam

Tajuk Lagu : Lembah Kesepian
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli
Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer & Penulis Lirik : Aina Abdul

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 34

Juara
Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik : Naim Daniel

Tempat Ke 2
Tajuk Lagu : Bangun
Penyanyi : Aman RA
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Aman RA


Tempat Ke 3
Tajuk Lagu : Anta Permana
Penyanyi : Bob Yusof (menggantikan penyanyi asal Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


Vokal Terbaik
Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita


Persembahan Terbaik
Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita


Anugerah Pilihan Peminat
Haqiem Rusli - Lembah Kesepian
Komposer : Haqiem Rusli
Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

Paling best pada aku semestinya part my idola Dato' Sri Siti Nurhaliza muncul di hampir penghujung lagu Anta Permana


P/s ~ Tiba-tiba terngiang pulak kat kepala aku ni kata-kata sang juara iaitu Naim Daniel semalam, "Tuliskan yang baik-baik kerana jika baik niat kita menulis, maka baiklah karya kita. Jika buruk niat kita, maka buruklah karya kita. Jadi tuliskan baik-baik." 

Tahniah kepada semua pemenang dan finalis anugerah juara lagu ke 34. Teruskan berkarya dan menghasilkan lagu-lagu yang bagus ❤️

Sunday, 9 February 2020

Bila Aku Terkejor Nak Pergi Majlis Rumah Jiran...

Sunday, February 09, 2020 2
Bila Aku Terkejor Nak Pergi Majlis Rumah Jiran...



Ini semalam punya cerita. Bila mood asyik nak menaip je aku ni kan, semua benda aku nak cerita. Yela blog ni boleh jadi kenangan kat anak cucu cicit aku nanti ke.. Sentiasa ingat moyang korang yang gojes ni weeeee

Eh melalut lebih pulak aku. Tak adalah cerita menarik sangat cuma pegi majlis pertunangan anak kak uji (jiran setaman). Tapi majlis confirm la menarik dan meriah opkoz.. Makanan sedap, kuih banyak(sebab i love kuih muih very much tau) dan macam-macam lagi la.

Orang yang diraikan pun comel je duduk di atas pelamin. Kenapa tak ada gambar? Aku semalam tak senang duduk pergi majlis sebab tak bawak si baby Firas. Dia tidur so tinggal kejap kat rumah dengan atuknya. Aku pegi dengan mak aku jela.

Tapi otak ni mikir je anak kat rumah tu hah sebab Firas ni weekend terutamanya memang set dalam kepala nak 'buli' ibu dia. Jadinya kalau dia bangun tengok ibu dia tak ada haru wehh..

Dan yang paling sadis kejadiannya nak juga la conteng sikit-sikit muka ni tak mau la walaupun majlis dekat dengan rumah tapi datang dengan muka sendu huhu. Conteng la sikit kening dengan bibir je pun. Keluar dari rumah macam biasa la selfie dulu sebelum jalan. Sampai kat rumah jiran sejengkal aku tu duduk sembang nak selfie lagi, time tu la baru perasan kening aku pulak tak sekata...adoii laa..


Kejadian sang kening.. Hehe

Ermm benda kecik je tu kan. Lantaklah. Disebabkan semangat kerjiranan aku yang membuak-buak ni so layan ajelah majlis sampai habis dengan penuh gumbira.. Haa gitu..

With jiran Kak Mimie & Kak Umi (Makin melebau lak wajahku huhu) 


Apa pun alhamdulillah kenyang perut senang hati. Tahniah buat pasangan yang baru bertunang moga berkekalan dan dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin. In sya Allah.. Aaminn2 ya rabbal alamiinn..

Dan syukur juga Firas pun kawtim sampai aku balik dia tidur lagi tak meragam. Ok babai dulu laa happy weekend ye korang! ❤️

Saturday, 8 February 2020

Beeha Mencari Bloglist Baru

Saturday, February 08, 2020 4
Beeha Mencari Bloglist Baru





Hai korang yang ada tengah free weekend ni jomlah luangkan masa join segmen ni..

Sambil menyambil aku nak tag sunahsakura & nonasani jomm..

Yang lain nak join klik je banner kat atas tu tau..


Friday, 7 February 2020

Bekalkan Suami Nasi Goreng Tomyam

Friday, February 07, 2020 4
Bekalkan Suami Nasi Goreng Tomyam






Suami minta nak bekal nasi goreng tomyam. Macam aku jenis follow je. Apa yang suami bekal begitu jugalah aku.

Nasi goreng ni pun tak berapa nak tomyam sangat. Tak ada seafood macam udang, sotong. Letak sayur kecil-kecil yang carrot, jagung dengan kacang tu je. Cuma suami suka pedas-pedas so memang cili kisar tu buh lebih. Nak rasa tomyam tu aku just letak kiub tomyam je 2 ketul. Yela pagi-pagi ni masak kita campak jela apa yang ada kat dapur tu huhuhu...

Ada kisah lagi di sebalik bekal pagi ni. Suami aku memang kerap bawa bekal pegi kerja. Macam aku jenis ikut mood jugak. Dia cakap tupperware yang selalu aku bekalkan dia tu macam sikit tak puas makan. Jadinya aku bagi tuppperware besar bulat ni hah hehehe... Yela bukan apa suami kerja memang banyak tenaga dah keluar pagi-pagi dah kena berlari joging keliling kem, kadang berkawad lagi, sebab tu laki aku ni susah nak gemuk. Perut dia jela membiak sikit kuikuikui..

Apa pun moga dipermudahkan urusan kerja encik suami hari ini. Semoga sedap la nasi goreng tu ye. Sebab suami aku boleh tahan juga pengkritik yang hebat tang benda makan hahaha.. Kalau dia cakap 'ok lulus' maknanya sedap lah tu kan. Ngeeee

Salam jumaat buat semua pembaca dan moga dipermudahkan juga urusan kita semua hari ini ye. In sya Allah..

Thursday, 6 February 2020

JANGAN BERKIRA

Thursday, February 06, 2020 3
JANGAN BERKIRA





Assalamualaikum semua..semoga korang sihat dan sentiasa di dalam lindunganNya..

Ermm harini aku nak luah pasal apa ye. Nak cerita pasal BERKIRA.. hehe jangan ambil serius sangat walaupun aku siap letak caps lock kat situ. Santai-santai je.

Rasanya dalam life ni ada je kita akan jumpa sesetengah orang yang 'berkira' dalam apa benda pun kan. Kadang diri kita sendiri pun. Yup aku pun kadang ada juga muncul sifat 'berkira' ni dalam diri aku.

Berkira selalu orang ingat pasal wang ringgit je. Padahal banyak benda lagi kot. Contohnya kita jalan kat mana-mana ternampak sampah then kita biar je dengan alasan tak payah la kutip cleaner kan ada, lagipun orang lain yang buang kenapa kita pulak nak kena kutip kan. Huhu ni salah satu amalan 'berkira' yang tak elok diamalkan. Apa salahnya kita tolong je kutip sampah tu, korang tak suka ke tengok persekitaran bersih? Bila persekitaran bersih baru la rasa seronok je mata ni memandang kan. Efek pada kesihatan pun mesti bertambah baik kan. So, jangan nak 'berkira' sangat kalau nampak sampah tau. Kutip. Buang. Simple.

Berkira pasal kerja. Ye kadang kita tahu tu bukan kerja kita. Tapi tak rugi pun sekali sekala memudahkan kerja rakan sekerja kita. Kerja kita dah siap. Kita bantu la kawan kita yang tak siap lagi tu. Bukan la nak bagi kawan kita tu naik lemak ke apa. Macam aku cakap sekali sekala tolong tak rugi pun. In sya Allah kita mudahkan urusan orang Allah mudahkan juga urusan kita. Bila sama-sama membantu contoh dalam sesuatu bidang pekerjaan, keuntungan bidang pekerjaan tu akan meningkat siapa lagi yang akan untung kalau bukan korang jugak sebagai pekerja. Jadinya, jangan 'berkira' bab kerja.

Berkira like kat media sosial. Hahaha. Macam kelakar pun ada benda ni. Mungkin korang anggap benda biasa. Tapi kalau nampak kawan-kawan kat media sosial tu contohnya yang buat business online ke, kalau dia up apa yang dia jual kat status, kalau korang tak nak beli pun belanja lah like. Bukan kena bayar pun. Anggap la macam sedekah ke. Dulu aku pun paling 'berkira' pasal ni. Rasa macam 'ala aku like nanti kau yang untung' 'entah-entah dah kaya nanti tak ingat kawan menyombong je' huhuhu... Macam-macam bisikan syaiton yang muncul kat kepala otak ni. Tapi bila fikirkan balik kenapa la benda sekecil ini pun aku nak 'berkira'. So selagi mampu aku like jela status business online diorang tak kira la kenal ke tak. Sebab kadang orang 'berkira' jugak kalau bukan geng dia, dia tak mau like. Nak tolong tak payah tunggu jadi kawan. Jangan 'berkira' dengan sesiapa pun. Hehehe...

Berkira ilmu pengetahuan. Ampun ni pun aku pernah dulu. Aku 'berkira' tak nak share apa yang aku tahu kat orang. Ingat nak senang sendiri la. Dalam hati cakap 'aku yang usaha kenapa senang-senang nak share info kat orang'. Last2 tak ke mana pun. Tak rugi pun ilmu yang baik kita kongsi sama-sama kan. In sya Allah ada ganjaran berlipat ganda untuk kita nanti.

Banyak je lagi isu 'berkira' ni di sekeliling kita. Apa pun aku berharap sama-sama lah korang termasuk aku usaha perbaiki diri, buang sifat 'berkira' ni dalam diri kita, dalam kehidupan seharian kita. Dunia akan jadi lebih baik in sya Allah...



Ok sampai sini je luahan rasa aku kali ni. Jumpa lagi next ❤️

Wednesday, 5 February 2020

Photocanvas ~ Hadiah Dari Ibu Untuk Firas

Wednesday, February 05, 2020 6
Photocanvas ~ Hadiah Dari Ibu Untuk Firas





Hai. Korang macam aku ke suka kalau ada gambar kenangan tak kisahla gambar keluarga, kawan-kawan ke, mesti nak simpan  elok-elok buat kenangan sampai tua kan.

Macam aku dari dulu minat ni dari mak aku juga. Bila ada gambar yang cantik (masa tu zaman kodak, fujifilm) bila ada gmbar cantik kitorang cuci kat kedai besarkan buat frame.

Tapi sekarang ni dah ada versi yang lagi moden dan mudah. Apa dia? Meh aku nak kenalkan photocanvas kat korang. Rasanya ramai juga yang dah tau pasal photocanvas ni kan. Aku pun baru berkesempatan terjebak dengan photocanvas ni walaupun dah lama berkenan.

Ermm. Kebetulan hari tu ingat tak entri pasal birthday anak aku? Dok sibuk nak buat party sampai lupa beli hadiah untuk dia. Tiba-tiba datang idea nak belikan photocanvas untuk Firas. Sweet kan? Boleh jadi kenangan untuk dia bila dewasa nanti.

Macam yang aku cakap tadi photocanvas ni mudah dan moden. Selain daripada ringan senang nak managed, korang tak payah fikir dah nak beli frame ikut saiz ke apa. Just tempah ikut template yang korang suka sampai je kat tangan boleh terus gantung kat dinding. Simple kan? Yang penting menarik.



Macam yang aku tempah untuk Firas ni aku pilih yang boleh letak tarikh lahir, berat, dan tinggi masa dia lahir. At least bila tengok kami sekeluarga terus ingat kenangan pertama ni. Tak payah la esok susah-susah bila Firas tanya berapa berat dia masa lahir, pukul berapa, nah tengok je kat dinding tu hah. Tak payah nak pening nak cari info kat  buku checkup color biru tu. Hehehe...

Ok. Photocanvas ni banyak jenis. Bukan ni je. Macam-macam design dan template ada. Bukan tertumpu gambar je, nak buat ayat-ayat zikir apa pun boleh. Kalau ada butik ke nak jadikan hiasan pemandangan ke, logo bisnes ke, apa pun boleh ikut suka korang lah.

Ok kalau korang berminat nak tempah aku boleh recommend kat sis Fazilah ni.. friendly sangat layan masa aku nak buat photocanvas. Yang penting dia sabar ngan permintaan aku yang cerewet ni. Kuikuikui..

Whatsapp sis Fazilah www.wasap.my/0177963747


Tuesday, 4 February 2020

Love Is In The Ears

Tuesday, February 04, 2020 4
Love Is In The Ears


Love Is In The Ears
Grab audio deals for the beloved with discounts up to 70% this Valentine’s Day!


With Valentine’s Day just around the corner, Shopee is playing cupid by showering shoppers with ideas and attractive deals so they can impress their loved ones. Here are some cool ideas to kick-start an avalanche of surprises that will sure to put them in their other half’s good books. 
For her:



The Edifier TWS1 Bluetooth True Wireless Stereo Earbuds is equipped with Qualcomm® aptX™ technology that delivers 24-bit wireless audio over Bluetooth. This means users will be able to hear even the smallest details in their favourite music. With improved signal-to-noise ratio, listeners can now enjoy quality music in reduced background noise. This is definitely the go-to wireless earbuds for her as it comes in limited edition colours this Valentine’s. Apart from the classic black and white variant, it now comes in blue, green and pink which makes it a romantic gift for her. Get it on Edifier Malaysia Shopee Official Store for only RM149 (RRP: RM299).












If she is living an active lifestyle, surprise her with the Soul Transform Wireless Bluetooth V4.0 Performance On-Ear Sports Headphone. This pair of headphones stands up to her rigorous demands of activities and training without sacrificing ultimate comfort. Keep it dry during workouts with moisture wicking and washable mesh ear pads. Lift the weight off with the sporty lightweight design while enjoying a pure balance of powerful bass and clear mids and highs. Comes in classic black and sexy red. Get it on the Soul Electronic Official Store on Shopee at only RM149 (RRP: RM499).



     
The highly sought-after Sudio FEM True Wireless Earphones is a one cute and compact accessory that a girl would love to have! The lightweight and compact design can be fitted into handbags easily. Apart from the classic black and white, it also comes in dreamy colours such as pink and blue. Having the IPX5 water protection, the earbuds are splash proof, rainproof and sweat proof. Stretching the hours further as 10 minutes of charging allows up to an hour of playtime. With 2 extra charges from the case, users will enjoy a total playing time of 20 hours. Get it here at only RM431 (RRP:RM539).



For him:

   
Allow him to put the outside world on hold and enjoy the wonders of the Sony WF-1000XM3, the industry’s leading noise cancellation and stunning sound gadget. Equipped with Digital Noise Cancelling with HD Noise Cancelling Processor QN1e and Dual Noise Sensor Technology, allow the boyfriend or husband to enjoy the finest details, losing himself completely in his music. Be it the smartphone or tablet, the advanced wireless connection syncs what can be seen on screen precisely with what is heard on the headphones for a more enjoyable viewing. The noise cancelling earbuds are ergonomically designed to make contact with three different points of the ear for a secure, comfortable fit. Rest assured, it comes with a one-year warranty from Sony Malaysia. Get it from Shopee at the lowest price in town for RM616 (RRP: RM949).



Unplug the cords and take the show on the road with the lightweight and vintage styled Marshall Kilburn I. With its iconic gold script logo, gold piping, vinyl covering and vintage-inspired fret, the Kilburn is an instant Rock ‘N’ Roll classic. Its supremely good looks draw inspiration from over 50 years of Marshall design. With a built-in battery of up to 20 hours, users will enjoy their jams all day long wirelessly via Bluetooth technology.

Get the best of both worlds when the Kilburn is bundled with the modern go-to classic Major III. Slimmed down ergonomic 3D hinges add a streamlined look, while thicker loop wires with reinforced rubber dampers contribute to a solid build quality unsurpassed by others. This combined with its on-ear cushions and plush straight fit headband provide hours of comfortable listening. Get the special bundle offer from Marshall Official Store on Shopee for only RM949.90 (RRP: RM1,259).

 
Take away his frustration by presenting him with Jabra’s 4th generation true wireless stability, where play time and calls are more stable without interruption. Making calls only gets better, thanks to the enhanced 4-microphone call technology, which filters out disruptive noise around.  On a single charge, the Jabra Elite 75t can last up to 7.5 hours with the charging case carrying up to 28 hours of battery life. Be worry-free with a 2-year warranty from Jabra Malaysia. Get this deal from the Jabra Malaysia Official Store for only RM949 with a free backpack worth RM480.

 
Escape into the world of music with the Sennheiser’s NoiseGard™ Hybrid adaptive noise cancelling technology. Take control easily by using the touch sensitive trackpads on the earcups to make and receive calls. The specially designed earpads and an ergonomic headband is great for long listening sessions, and for people on the move. There’s also a built-in limiter that avoids sudden and extreme sound level peaks, e.g when he is connected to an in-flight entertainment system that is also used for crew announcements. The product comes with a two-year international warranty. Get it from the Sennheiser Official Store for only RM1,285 (RRP: RM1,690).
Save the date! Enjoy these exclusive one-day only deals on Shopee on Wednesday, 5 February 2020. Use promo code LOVE0510 to enjoy 5% Shopee coins cashback with min spend of RM100; LOVE0625 to enjoy 6% Shopee coins cashback with min spend of RM300; and LOVE0860 to enjoy 8% Shopee coins cashback when users spend a min of RM700. 
For more Valentine’s Day gift ideas, visit https://shopee.com.my/m/love-audio to check out these exclusive deals now!



About Shopee

Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. It is a platform tailored for the region, providing customers with an easy, secure and fast online shopping experience through strong payment and logistical support. Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s e-commerce destination of choice.

Shopee has a wide selection of product categories ranging from consumer electronics to home & living, health & beauty, baby & toys, fashion and fitness equipment.

Shopee, a Sea company, was first launched in Singapore in 2015 and has since expanded its reach to Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam and the Philippines. Sea is a leader in digital entertainment, e-commerce and digital financial services across Southeast Asia. Sea's mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology and is listed on the NYSE under the symbol SE.