August 2019 - Faizzah Amir

Friday, 30 August 2019

Giveaway-02 by Ematunz

Friday, August 30, 2019 6
Giveaway-02 by Ematunz
Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 

Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:


Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:

Lukisan digital oleh Aeisha Lisa

Semoga terpilih. Thankyou sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.

Thursday, 29 August 2019

Join Keahlian The Beauty Hacks Dengan Harga Promosi

Thursday, August 29, 2019 2
Join Keahlian The Beauty Hacks Dengan Harga Promosi

Orang perempuan ni mudah terpengaruh dengan benda-benda kan terutamanya yang berkaitan perempuan la macam kosmetik, pakaian, tudung, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi la. Jenuh kalau aku nak list kan semua kat sini.

Aku pun salah seorang dari golongan itu. Satu lagi kan aku ni mudah terpengaruh kalau ada promosi join keahlian sesuatu produk. Nak dapat diskaun bila membeli la katakan. Hehehe...

Baru-baru ni pula HQ The Beauty Hacks buat promosi untuk sesiapa je yang nak join keahlian dengan dorang. Hanya perlu bayar rm20 (add rm8 postage)

So hanya bajet rm28 guys dan paling best bukan dapat kad ahli. Dapat 2 sample dari produk TBH yang bernilai rm20 setiap satu. Satu rm20 kalau 2 dah rm40. Jimat kan. Korang boleh pilih pulak tu 2 produk tu sama ada nak pelembap, face scrub,
losyen dan cleanser.


Tak sabar nak cuba 2 sample ni. Tunggu ye review dari aku nanti,,,, 



Ni antara kelebihan bila join promosi jadi salah seorang ahli TBH ~~

*1) Bayar yuran member RM20, dan dapatkan Trial Item TBH PERCUMA bernilai RM40 sekarang juga! (Add postage Rm8)*

*2) Next pembelian, akan dapat 10% diskaun setiap item*

*3) Pembelian pada bulan birthday, akan dapat diskaun sehingga 15% setiap item.*


Ok aku ada berita baik untuk korang. 
Sepatutnya promosi ni dah tamat. Tetapi.....
Oleh kerana sambutan baik dari promosi pertama, HQ The Beauty Hacks akan buka semula promosi keahlian. Sign up sekarana kerana HQ TBH akan close bila-bila masa sahaja.

Korang boleh cepat wassap salah seorang agent TBH yang sah ni ~~


Ehh. Blog Faizzah Amir dah berwajah baru laa..

Thursday, August 29, 2019 2
Ehh. Blog Faizzah Amir dah berwajah baru laa..

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah gembira tak terkata tengok layout blog aku dah kemas dan teratur.

Siapa je yang tak nak blog dia cantik kan? Hehehe. Apa pun terima kasih daun keladi kat blogger www.sislin76.com yang sudi buatkan layout dengan banner untuk kita. Dah lama teringin nak tanya orang tapi segan la kononnya 🤭🤭

Jangan ikut perangai aku pemalu tak bertempat ni ye. Nak belajar ada ilmu kena lah banyak bertanya. Aku ni pun masih berusaha nak keluar dari kepompong yang malu bertanya.

Ok. Doakan aku semoga makin rajin mengupdate blog selepas ni. Tak syok la harap blog je dah cantik tapi malas nak mengupdate. Ni lagi satu sifat-sifat buruk manusia yang korang jangan ikuti ye. Hehe.
Ok. Jumpa lagi di lain kisah....

Tuesday, 27 August 2019

Catch Cristiano Ronaldo on Shopee Live

Tuesday, August 27, 2019 4
Catch Cristiano Ronaldo on Shopee Live
Catch Cristiano Ronaldo on Shopee Live 
Cristiano Ronaldo to join exclusive Shopee Live stream on 28 August




KUALA LUMPUR, 27 AUG 2019 – The unveiling of Shopee’s latest brand ambassador, Cristiano Ronaldo, has created headlines across the globe. His dance moves in Shopee’s latest TVC are also trending online all over the region and the world. 

Keeping up the excitement, users in all markets can tune in to Shopee Live on 28 August at 9.30pm (+8 GMT) for an exclusive live stream with Cristiano Ronaldo. Direct from Italy, the stream will include a special interview with Cristiano Ronaldo, who will show off his skills and tackle questions from fans across the region. In addition, users can win signed merchandise by Cristiano Ronaldo during the stream. Stay tuned to Shopee’s app and social media platforms for the latest updates.

Shopee Live is the latest addition to Shopee’s range of popular in-app features. Launched this year to bring users closer to their favourite brands and sellers, the feature has been a huge success so far. Brands and sellers have recorded strong results on Shopee Live through a wide variety of content to engage users throughout the shopping journey, such as product guides, reviews, and demonstrations hosted by popular local influencers. To illustrate, influencer Tyra Kamaruzzaman launched her brand Beautyra’s latest lipstick on Shopee Live to huge success, with the product selling out in minutes and recording over 2,000 orders. 

Shopee Live’s success further reaffirms Shopee’s market leadership in delivering the best shopping experience for the region. According to the latest report by App Annie, Shopee is the number one shopping app in Southeast Asia and Taiwan by average monthly active users (MAU) in the second quarter of 2019. Shopee is also the most downloaded shopping app in the region during this time. This demonstrates Shopee’s consistent success in engaging its users, who regularly tune in to the platform to enjoy the best deals and a wide variety of features.

Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee said, “Online shoppers now demand more interaction and entertainment. Shopee Live is the latest addition to our collection of popular in-app features designed to meet this need. It has been very well-received, recording over 200 million views in the region since its launch. We are excited to bring users closer to Cristiano Ronaldo on 28 August as we continue to enhance the Shopee Live experience for everyone.”

The exclusive Shopee Live stream with Cristiano Ronaldo is in line with Shopee’s signature 9.9 Super Shopping Day, which will run till its grand finale on 9 September. Every day up till 9 September, users can look forward to the biggest collection of unbeatable promotions including free shipping with a minimum spend of RM9, up to 90% off the hottest products, and non-stop entertainment on Shopee Live. Some key highlights for Shopee Live are:

  • Countdown to 9 September with Shopee: Starting from 10pm on 8 September, tune in to Shopee Live for a countdown to 9 September featuring back-to-back live game shows. Users stand to win attractive prizes such as Samsung phones including the brand new Samsung Galaxy Note 10 during the stream.
  • Non-stop live shopping on 9 September: On 9 September, users can enjoy a full day of unbeatable deals on Shopee Live. There will be dedicated streams every 3 hours catered to popular product categories including Fashion, Health & Beauty, and Electronics.

Watch Cristiano Ronaldo on Shopee Live at https://shopee.com.my/m/CR7-ShopeeLive.

Find out more about Shopee 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/99 

Download the Shopee app for free via the App Store or Google Play.

-END-

About Shopee

Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. It is a platform tailored for the region, providing customers with an easy, secure and fast online shopping experience through strong payment and logistical support. Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s e-commerce destination of choice.

Shopee has a wide selection of product categories ranging from consumer electronics to home & living, health & beauty, baby & toys, fashion and fitness equipment.

Shopee, a Sea company, was first launched in Singapore in 2015, and has since expanded its reach to Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam and the Philippines. Sea is a leader in digital entertainment, e-commerce and digital financial services across Southeast Asia. Sea's mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology, and is listed on the NYSE under the symbol SE.

Saturday, 24 August 2019

Lizzie McGuire Back Again

Saturday, August 24, 2019 5
Lizzie McGuire Back Again



Pagi-pagi tadi aku dah dapat kejutan tak terjangka dari instagram idola zaman remaja aku Hilary Duff. Mungkin ramai yang tak kenal Hilary Duff ni sebab beliau ni antara artis hollywood berbakat tapi kurang kontroversi hehehe..

Ok berbalik pada kejutan tadi, Hilary Duff ni bagitau kat ig dia sitcom yang satu ketika dulu popular di Disney Channel yang juga menaikkan nama beliau iaitu `Lizzie McGuire' bakal kembali dengan siri baru di kaca tv...😱😱😱




Credit picture to ~ 

Credit ~ https://instagram.com/hilaryduff

Ermm.. Hanya peminat fanatik 'Lizzie McGuire' je yang faham akan rasa teruja yang tidak berbelah bahagi ini. 😆😆
Ok meh laa aku belanja secara ringkas bagi yang belum tahu pasal sitcom 'Lizzie McGuire' yang menjadi fenomena di kalangan remaja sekitar tahun 2001-2004.
Lizzie McGuire mengisahkan kehidupan Elizabeth 'Lizzie' Brooke McGuire (Hilary Duff), seorang remaja berusia 13 tahun yang mempunyai impian untuk menjadi popular di sekolahnya. Lizzie juga mempunyai rakan baik iaitu Gordo dan Miranda yang selalu membantunya dalam apa jua keadaan coz Lizzie McGuire ni digambarkan seorang yang agak cemerkap, kira apa yang dia buat ada jela yang tak jadi dan kadangkala memalukan dia sendiri. Tapi trust me korang akan fell in love dengan karakter dia yang innocent tu. Dalam sitkom ni juga korang akan perasan ada satu 'animasi' yang akan mengajuk setiap perbuatan Lizzie ni. Aku malas nak cerita lebih korang boleh cari sendiri sitcom ni kat youtube.

Melalui apa yang aku faham juga dari caption Hilary Duff tu, siri baru ni akan memaparkan Lizzie McGuire yang baru, lebih matang dalam usia yang menjangkau 30an. Wuuu dah nama aku yang peminat ni pun nak masuk 3series tahun ni huhuhu. Sure makin menarik nanti sitcom Lizzie McGuire ni tak sabar wehhh...💕💕

Monday, 19 August 2019

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa

Monday, August 19, 2019 2
Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong  Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa
                                                                                                                

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong
Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa
Eina Azman Diperkenalkan Sebagai Duta Jenama Baharu 

KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2019 – MAGGI® CukupRasa akan memulakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah. 

Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini. 

Dilancarkan hari ini di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. 

Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin. Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa. 

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata, “Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.”

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference(Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.” 

Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakilmedia turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi.  

Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, anda tidak perlu menambah garam! 

Acara Roadshow MAGGI® CukupRasa akan diadakan di Pusat Beli-Belah MyTOWN sehingga 18 Ogos. Acara Roadshow ini kemudian akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut tentang kempen terbaharu MAGGI® CukupRasa, sila layari www.maggi.com.my.  


Eina Azman debuts as MAGGI® CukupRasa's new brand ambassador!

The Unveiling of MAGGI® CukupRasa 'Tak Kenal, Tak Cinta'!
[Left] Chief Executive Officer of Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols and Business Executive Officer of MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, officially launched MAGGI® CukupRasa 'Tak Kenal, Tak Cinta' campaign, aimed at empowering Malaysian women from all walks of life!   

The MAGGI® CukupRasa 'Tak Kenal, Tak Cinta' event also featured an empowering chat session which saw [sitting from left] moderator Daphne Iking joining MAGGI® CukupRasa ambassador Eina Azman, singer songwriter Stacey Anam, Malaysian gymnast Farah Ann Abdul Hadi and Head of Talent & Organization Development, Nestlé Malaysia and Singapore, Durdana Kabir share their inspiring journeys. 

Thumbs up! [From left] Eina Azman, Juan Aranols, Corporate Executive Chef of MAGGI®, Chef Abdul Muluk and Geetha Balakrishna showcasing the final product. Eina's MAGGI® CukupRasa Nasi Goreng Cina and Sayur Goreng Campur. 

Thumbs up! [From left] Eina Azman, Juan Aranols, Corporate Executive Chef of MAGGI®, Chef Abdul Muluk and Geetha Balakrishna showcasing the final product. Eina's MAGGI® CukupRasa Nasi Goreng Cina and Sayur Goreng Campur. 







Mengenai MAGGI® CukupRasa
MAGGI® CukupRasa ™ adalah rahsia setiap ibu yang menjamin meningkatkan rasa hidangan buatannya. Setiap butiran diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, yang membolehkan ibu untuk memberkati keluarga, kawan-kawan dan orang-orang di sekelilingnya dengan makanan yang lazat di rumah setiap hari. Dan tak perlu tambah garam. 

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 




Saturday, 17 August 2019

Sweet Memories with SheQyn HennaArt

Saturday, August 17, 2019 0
Sweet Memories with SheQyn HennaArt

Assalamualaikum. Korang ada tak yang masih tercari-cari pelukis henna untuk hari bahagia korang contoh macam hari perkahwinan ke, pertunangan atau untuk suka suki pun boleh.

Pssttt...meh aku nak suggest kat korang servis henna dari SheQyn HennaArt terutamanya yang berada di area Johor Bahru, Pasir Gudang, Ulu Tiram dan Kota Tinggi. Aku dapatkan servis dari sis SheQyn HennaArt masa hari perkahwinan dulu. Memang puas hati sangat hasilnya. Inai celup kat jari aku pun dia buatkan. Tak kuasa nak buat sendiri uolls. Barulah feel raja sehari gitteww..










Sheqyn HennaArt ni pun pernah tersenarai antara 10 henna terbaik area johor bahru tau. Tak percaya boleh klik link ni https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2139269056322183&id=1644360099146417

Dan yang paling penting harga pun sangat2 berbaloi. Ada pakej lagi. Sis ni pun friendly sangat so korang memang tak rasa stress atau bosan masa sesi melukis henna tu. So apa tunggu lagi yang nak dekat tarikh penting tu tapi belum booking mana-mana lagi pelukis henna, cepat-cepat booking slot dengan sis sheqyn. Takut lambat ni melepas lak coz jadual sis sheqyn sentiasa padat hehe..

Contact


Friday, 16 August 2019

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY

Friday, August 16, 2019 1
 SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN  9.9 SUPER SHOPPING DAY

Kempen membeli-belah tahunan utama Shopee tawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9; umumkan Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbaru


Zed Li (left), Head of Business of Shopee Malaysia with Song Hock Koon (right), Director of E-Commerce MDEC at the Shopee 9.9 Super Shopping Day Launch



KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2019 – Dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna. 

Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day

Akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.

Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibtatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.” 

Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
  • Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 
  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 
  • “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 
  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.
  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup) 
  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 
  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
  • Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.  
  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 
  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 
  • BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:

Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99