Resepi Sup Daging atau Ayam Kuah Pekat Sedap







Sedap juga kan sekali sekala masak sup daging atau ayam. Lagi-lagi bulan ramadhan ni. Boleh la dihidangkan sama ada masa berbuka puasa atau bersahur. Mudah pun ye nak masak, suami, mak ke anak mesti suka punya. Untuk sambutan hari ibu pun ok juga. Mesti mak korang terharu rasa masakan korang. Hehehe....

Resepi ni aku memang pernah test untuk daging dan ayam. Memang kegemaran family aku. Aku suka kuah pekat-pekat. Buat meratah pun sedap ataupun makan dengan roti ke kan. Dalam video tu aku ada record yang sup daging je. Sama je bahannya. Nak tahu resepi sup daging atau ayam cara aku, meh la usha2 resepi sendu aku kat bawah ni. Hehehe....







Resepi Sup Daging atau Ayam Kuah Pekat Sedap 

Bahan - Bahan
Rempah Empat Sekawan
Bawang dan halia (separuh dikisar separuh lagi dipotong) 
3 sudu rempah sup
Daging lembu atau ayam 
Air rebusan daging atau ayam
Kentang (Dipotong dadu, tapi kalau tengok kat video aku tu suami suka makan kentang  pattern potong memanjang) 
Sup bunjut
Air perahan limau kasturi
Garam
Daun sup
Bawang goreng


Cara-cara
Tumiskan empat sekawan bersama bawang dan halia yang telah dipotong dan dikisar. Bila dah kekuningan sedikit, masukkan rempah sup tumis hingga naik baunya, masukkan pula air rebusan ayam atau daging. Masukkan ayam atau daging dan kalau daging biar lambat sikit sampai daging tu empuk/lembut. Masukkan sekali kentang tunggu sampai empuk jugak. Sambil-sambil tu boleh la korang masukkan sup bunjut. Bila daging dengan kentang dah empuk, masukkan air perahan limau kasturi, agak-agak la nak banyak mana, kalau suka masam-masam bubuh lebih sikit. Then letak garam secukup rasa dan daun sup. Taburkan bawang goreng. Ok selesai sudah, sup ayam atau daging dah boleh lah dihidangkan. 



5 comments:

  1. Perghhh nampak sedap sangat tu

    ReplyDelete
  2. senarai bloglist SYM dah update
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/senarai-bloglist-sym-12020.html

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa...bulan puasa ni belum ada buat sup lagi..

    ReplyDelete
  4. Sup daging memang sedap, lagi-lagi kalau kuah dia cukup rasa & daging yang sangat lembut.

    Jemput baca dan komen,
    https://tarotthefool.blogspot.com/2020/05/14th-educational-trip-experience-lodz.html

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.