Tart Nenas Cik Aien Dah Habis! - Faizzah Amir

Thursday, 21 May 2020

Tart Nenas Cik Aien Dah Habis!



Dari sebelum bulan ramadhan haritu teringin sangat nak makan kuih raya. Salah satu yang aku teringin ialah kuih tart nenas. Nak buat tapi tangan ni dah lama membuat, kang jadi tart merapu hukhuk...

Belek status kat whatsapp dah rezeki bak kata orang, melintas pulak kuih tart nenas Cik Aien. Terliur iollss nampak tart gebu gebas haaaa... Cik Aien kenal dari suami kitorang satu kem. Jadi memang selalu la follow skodeng2 apa yang masing-masing buat kan..



Sebenarnya last year pun dah pernah beli kuih tart nenas Cik Aien. Tapi beli sebalang kecik je time tu. Tak puas makan dah setel. Tak tunggu lama tahun ni bila Cik Aien dah start mengopen order, aku pun laju jelaa... Beli dua balang sekali kononnya nak simpan untuk raya sebab mulut aku ni bukan boleh percaya sangat bila benda kudapan dah di depan mata lagi-lagi musim pkp ni kan.... Hehehe

Suami bawa naik motor macam ni la kejadiannya... 

Sampai kat aku awal ramadhan haritu kuih tart nenas ni. Kesian Cik Aien susun elok-elok, suami aku bawa balik naik motor ala-ala merempit pulak. Tak apa laa yang penting rasanya masih piawww...



Mula-mula try rasa 3biji je tau... Pelawa mak ayah dengan suami juga. Lembut sedap dengan jem nya ish ish rapuh kat dalam mulut.

Esok-esok berbuka jamah lagi dan lagi dannnn.... Tak sedar habis sebalang. Hadoii laa non stop makan. Dan beberapa hari je lagi nak raya ni cek balang tengok omg tinggal habuk je!?! So nak salahkan siapa ni? Diri sendiri? Cik Aien? Siapa suruh Cik Aien buat tart gebu gebas sangat. Kan dah jadi kuih berbuka bukan kuih raya. Hehehe...

Bila kuih raya dah jadi kuih puasa

Apa pun tak apalah ada rezeki raya tahun depan kita order lagi kuih tart nenas dengan Cik Aien... Semoga murah rezeki Cik Aien ye...

5 comments:

  1. tentunya sedap sampai sebelum raya dah habis

    ReplyDelete
  2. Tat nenas kalau dapat yang sedap, memang tak sedar mengunyah sedar2 dah habis

    ReplyDelete
  3. laku keras ye sis.. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  4. lain kali order byk terus. skrg sukar nak cari biskut raya yg lembut n sedap krna pembuatan x mencapai tahap ISO9001.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. wah.. licin tu mmg tahap super sedap....

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.