April 2020 - Faizzah Amir

Thursday, 30 April 2020

Throwback Majlis Aqiqah Anakku

Thursday, April 30, 2020 5
Throwback Majlis Aqiqah Anakku




Assalamualaikum korang. Hari dah pun masuk hari ketujuh kita berpuasa kan. Alhamdulillah. Semoga kita terus dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.

Hari aku nak throwback sikit la. Kebetulan semalam facebook personal aku keluar kat ruangan memori tu masa majlis aqiqah anak aku setahun yang lalu. Majlisnya 27 April 2019. Tapi upload gambar 28 April so memory nya keluar semalam la kan.



Kebetulan tengah tak ada apa nak buat sambil fikir menu nak masak untuk berbuka kejap lagi, rasa nak buh story pasal majlis aqiqah tu kat sini. Boleh jadi kenangan sampai bila-bila. Yela patutnya buat entri pasal ni last year, tapi masa tu zaman kemuraman blog aku, jadi menyepi kejap masa tu hehehe.. But sekarang ni pun bukanlah zaman kegemilangan, aku anggap ni zaman aku baru nak bermula sebagai blogger. Doakan aku ye...

 Dengan mak ayah. Happy depa dapat cucu pertama. Hehehe... 


Kawan-kawan.. Thanks korang. Rindu nak kumpul ramai-ramai lagi macam ni.. Since pkp ni belum pernah jumpa lagi... 








Ssbenarnya bila tengok gambar-gambar ni, rindu rasanya nak berkumpul lagi macam ni dengan family, sedara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Yela since pkp ni dah tak boleh buat kenduri kahwin apa semua kan. Tapi tak apa, itulah yang terbaik untuk kita semua. Kena biasakan diri dengan 'new normal'.

Ok mengimbau balik masa aqiqah ni ada juga yang pernah tanya kenapa anak dah 3 bulan baru buat? Yes..plan asal kami suami isteri nak buat lepas aku habis tempoh berpantang. Tapi suami sibuk dengan kerja masa tu. Lepas tu aku pulak sibuk. Kebetulan tu je ada masa free sikit dua tiga hari terus buat. Lagipun nak dekat bulan puasa juga masa tu.




 Antara juadah, tak sempat nak snap gambar semua, pencuci mulut dengan kuih muih, ini pun dari dalam periuk sebelum hidang snap siap-siap


TQ so much cousin belikan dua biji kek sedap ni... Hehehe


Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Urusan katering, aqiqah kambing semuanya berjalan lancar. Doorgift semua memang aku dah tempah awal dari masa berpantang lagi. Buaian berendoi tu pun ambil servis dari butik bridal aku masa resepsi dulu. Nanti lain entri aku story pasal servis-servis yang aku pilih ni ye. In sya Allah.. Semuanya bagi khidmat yang terbaik untuk majlis aqiqah si Muhammad Firas Faiq ni.

Apa yang paling best kan, Firas boleh pulak bekerjasama 100% sepanjang majlis. Tak meragam pun masa masuk buaian tu. Kemain sedap tidur ye anak ibu. Hehehe...





Pejam celik kejap je masa berlalu. Dah setahun 3 bulan pun usia hero ibu ayah ni. Semoga terus membesar jadi anak yang baik, sihat dan bijak ye sayang. Ayah ibu sayang Firas... Love you baby ucuk acam... Kikiki...


Wednesday, 29 April 2020

Wordless Wednesday ~ Kuih Tiram

Wednesday, April 29, 2020 8
Wordless Wednesday ~ Kuih Tiram



Gambar throwback.. Teringin nak makan kuih tiram. Tapi malas nak membuatnya.... 

Tuesday, 28 April 2020

Jom Amalkan Tips Berbuka Puasa Secara Sihat

Tuesday, April 28, 2020 6
Jom Amalkan Tips Berbuka Puasa Secara Sihat



 



๐ŸŽMulakan dengan mengambil makanan yang ringkas. Contoh: 3 biji kurma dan segelas air kosong. 

๐ŸŽBersederhana dan jangan makan berlebihan mengikut nafsu. 

๐ŸŽIkut sukatan yang betul. #sukusukuseparuh

๐ŸŽKurangkan makanan berlemak, tinggi garam dan gula. 


Tip sihat : Beri perhatian kepada saiz hidangan kerana kita cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak semasa lapar.


Sumber info & gambar : IG myhealthkkm

Monday, 27 April 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

Monday, April 27, 2020 4
Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.


Jom usha ~~ Resepi Daging Bistik

Sunday, 26 April 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Sunday, April 26, 2020 2
Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!






Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Shah Alam, April 26, 2020 : 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.

Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8




Bahan-bahan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kisar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air







1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda
Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

-Tamat-

Mengenai Ayam Brand
Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.









Percubaan Buat Biskut Raya ~ Biskut Cornflakes Rangup

Sunday, April 26, 2020 1
Percubaan Buat Biskut Raya ~ Biskut Cornflakes Rangup






Dah bertahun jugalah aku tak buat biskut raya ke kuih raya ke, kek or kerepek raya. Start aku bekerja, memang dah tak larat nak berjaga malam menunggu biskut depan oven. Kesian pula nak suruh mak buat sorang-sorang tanpa assistant.

Jadi bertahun jugalah makan kuih 'tunjuk'. Hehehe... Kekadang tu rindu juga nak buat biskut dengan mak macam masa budak-budak dengan remaja dulu.

Kebetulan bulan puasa tahun ni time pkp pulak kan, ilham nak buat biskut tu datang laa lagi-lagi tengok oven pun jarang guna. Tapi masalahnya orang kata bila jari jemari ni dah lama tak mengadun biskut, rasa macam tak yakin pulak...

Ermm.. tapi salah satu sebab terutamanya permintaan tekak ni teringin nak makan biskut raya buat kudapan lepas berbuka puasa, so try and error buat jugalah. Percubaan pertama ni buat biskut cornflakes rangup. Kebetulan stok cornflakes sekotak pun tak rasmi lagi.



First buat pun malas nak guna apa-apa tekap acuan. Nama pun nak cuba dulu kan. Buat sikit je risau juga tak jadi karang takut rugi dan membazir jadinya. So bulat-bulatkan pakai tangan dan tekap dengan garfu jela ea.

Tang nak bakar dalam oven ni pun satu hal jugak la, nak agak suhu dan masa apa semua. Dan huhuhu sudah kuduga di awal membakar biskut terlebih garing di bawahnya or lebih mudah straight to the point jela biskut aku hangittttt.... So dah bole up gambar kat group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini tak??? Hehehe

Mula-mula hangit sikit



Bila anak dah start boring dan meragam tak kena layan, biskut pun jadi saiz besar la haha



Tapi part seterusnya tu dah bole agak suhu berapa lama masa apa semua. Alhamdulillah ada juga la yang jadi elok boleh buat makan dengan family. Yang hangit tu pun makan hokeyyy... Sambil layan cerita korea "The World Of The Married". Bulan puasa ni aku nak control sikit rasa nak marah bila tengok cerita tu, so kunyah biskut yang tak jadi yang hangit tu berjaya buat aku control perasaan. Yeke? Tak percaya? Korang cubalah buat biskut hangit jugak... Hahaha...

Jadilah kan untuk kudapan sendiri

Oklah nanti ada rezeki dan kelapangan kita buat biskut lain pulak. Tak kira la time bulan raya ke tak. Boleh je buat. Ok korang selamat berpuasa. Stay Home. Stay Safe..........

Saturday, 25 April 2020

Jom Amalkan Tips Pemakanan Yang Sihat Waktu Sahur

Saturday, April 25, 2020 3
Jom Amalkan Tips Pemakanan Yang Sihat Waktu Sahur




     Credit picture to ~ IG myhealthkkm




๐Ÿ Utamakan makanan tinggi serat (nasi beras perang, roti whole meal atau oat, buah dan sayur)

๐Ÿ Jangan lupa sumber protein

๐Ÿ Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi

๐Ÿ Minum air secukupnya

๐Ÿ Lewatkan waktu bersahur


Tip sihat ~ Makanan tinggi serat mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicerna   #SukuSukuSeparuh


Friday, 24 April 2020

SALAM RAMADHAN 2020 | 1441H

Friday, April 24, 2020 8
SALAM RAMADHAN 2020 | 1441H





Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 ramdhan 1441H. Selamat berpuasa dan menyambut bulan ramadhan al mubarak dari faizzah amir blogspot.

Di kesempatan ini juga, fiza ingin memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata atau penulisan fiza di dalam blog ini yang kurang menyenangkan atau menyakitkan hati sesiapa tanpa disedari. Mohon maaf atas segala kekurangan ye...

Apa pun, fiza harapkan semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Tahun ni kita berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita masih berjuang memutuskan rantaian Covid-19. Jadi teruskan Duduk Rumah. Keluar bila ada keperluan penting je tau.

Akhir sekali, fiza doakan semoga kita semua beroleh kebaikan dan keberkatan dalam bulan yang mulia ini dan amal ibadah kita diterima Allah S.W.T. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn.....



P/s ~ Korang dah plan ke belum nak masak apa untuk berbuka hari ni??

Thursday, 23 April 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

Thursday, April 23, 2020 2
  Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie




Assalamualaikum... Jom luangkan masa join segmen pertukaran bloglist Abam Kie.

Korang klik je banner kat atas tu dan follow syarat-syaratnya... 

Wednesday, 22 April 2020

Wordless Wednesday ~ Cik B Salted Egg Salmon Skin

Wednesday, April 22, 2020 3
Wordless Wednesday ~ Cik B Salted Egg Salmon Skin




Baru dapat merasa keropok Cik B ni.. Macam caption kat balang ni "Makan Sekali Takleh Berenti" yeahh memang non stop dah ni kudap-kudap sambil layan movie... 

Tuesday, 21 April 2020

Resepi Spaghetti Carbonara Simple Bahan Campak Campak

Tuesday, April 21, 2020 5
Resepi Spaghetti Carbonara Simple Bahan Campak Campak










Ni kes musim PKP tekak ni ada je mintak nak makan itu ini kalah orang mengidam. Terpandang sos prego carbonara teringin pulak nak makan spaghetti. Tapi time ni bahan serba serbi tak cukup. So demi tekak yang teringin kita buat juga la guna bahan campak-campak apa yang ada kat dapur aku tu.

 Tapi hasilnya not bad sedap jugak tau hehehe... Tak boleh la lawan rasa spaghetti carbonara yang cukup sifatnya tapi kalau korang dah teringin sangat nak makan boleh la try ikut resepi aku yang serba simple ni....



BAHAN - BAHAN :
Spaghetti (Celur hingga lembut dengan sedikit garam dan minyak)

Sos Carbonara
2 sudu marjerin 
Bawang besar, bawang putih & halia (dikisar)
Isi ayam (dipotong kecil)
Black Pepper/Lada Hitam 
Lada Putih
Prego Carbonara Mushroom Pasta Sauce
Daun sup (dipotong halus)

CARA - CARA
Spaghetti 
Spaghetti yang sudah siap dicelur diangkat dan ditoskan.

Sos Carbonara 
Cairkan marjerin di dalam kuali. Letak bawang dan halia kisar tumis hingga kekuningan. Masukkan Prego Carbonara Mushroom Pasta Sauce. Masukkan isi ayam yang telah dipotong dan gaul rata hingga ayam masak. Letakkan pula black pepper dan lada putih. Akhir sekali, taburkan daun sup yang dipotong halus dan sedia untuk dihidang bersama spaghetti. 




P/s  ~ Musim pkp ni masak jela apa yang ada kat dapur. Kadang bahan try and error ni sedap juga kan. 

Monday, 20 April 2020

Akhirnya... Dapat Juga Buat Kek Batik Musim PKP

Monday, April 20, 2020 13
Akhirnya... Dapat Juga Buat Kek Batik Musim PKP







Akhirnyaaaa. Alhamdulillah. Dapat juga buat kek batik ni weh. Tak banyak sikit sorang cukup laa untuk family kecil ku ini.

Kenapa aku cakap gitu? Macam kempunan sangat bunyinya. Bukan apa musim pkp ni dari awal lagi payah nau aku nak jumpa bahan-bahan buat kek batik. Apa yang susah sangat nak jumpa tu? Apalagi biskut marie ler... Walaupun ada juga cuba resepi kek batik pakai resepi biskut lain, namun aku tetap setia ikut resepi ibunda hehehe... Tekak ni dah terbiasa kek batik yang biskut marie je dari baby lagi tau hahaha...

So dari awal pkp tak jumpa biskut marie semalam baru bertemu jua. Excited jugak tau jumpa stok biskut marie macam jumpa barang rare roti gardenia gitu... Tak tunggu dah malam tadi jugak lepas sleep kan anak terus gigih mengacau adunan kat kuali buat kek batik.




Benda sikit berebut juga satu family. Tak apa la janji dapat rasa. Ada rezeki buat lagi. Syukur apa adanya kan. Semoga kita semua terus dilimpahkan rezeki yang banyak... Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn....

Ok korang macam biasa sebelum habis berceloteh musim pkp nak pesan lagi Stay Safe. Stay Home. Biarlah pesan banyak kali jangan fed up dah nak baca entri aku dah la... Hoho tolonglah jangan sampai macam tu. Kita berpesan-pesan untuk kebaikan bersama juga kan...

Okla jumpa lagi nanti next celoteh...

Sunday, 19 April 2020

DUA LIPA LYRICS ~ BREAK MY HEART

Sunday, April 19, 2020 1
DUA LIPA LYRICS ~ BREAK MY HEART




                Credit Picture To ~ Rock&Pop




Sumber video ~ YouTube 






       Songwriter : Dua Lipa, Andrew                                                 Wotman, 
                               Alexandra Tamposi, 
                               Stefan Johnson, 
                               Jordan K. Johnson,
                              Andrew Farriss, Michael                                    Hutchenche
       Producer : Andrew Watt, 
                             The Monsters & Strangerz
                        Year : 2020


I've always been the one to say the first goodbye
Had to love and lose a hundred million times
Had to get it wrong to know just what I like
Now I'm falling

You say my name like I have never heard before
I'm indecisive, but this time I know for sure
I hope I'm not the only one that feels it all
Are you falling?

Centre of attention
You know you can get whatever you want from me
Whenever you want it, baby
It's you in my reflection
I'm afraid of all the things it could do to me
If I woulda known it, baby

I would've stayed at home
'Cause I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?

Oh no, I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?

I wonder, when you go, if I stay on your mind
Two can play that game, but you win me every time
Everyone before you was a waste of time
Yeah, you got me

Centre of attention
You know you can get whatever you want from me
Whenever you want it, baby
It's you in my reflection
I'm afraid of all the things it could do to me
If I woulda known it, baby

I would've stayed at home
'Cause I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?

Oh no, I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?

Ooh, break my heart
Ooh, break my heart
Ooh
Am I falling in love with the one that could break my heart?

I would've stayed at home
'Cause I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home (I would've stayed at home 'cause I)
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?

Oh no (Oh no), I was doing better alone
But when you said, "Hello"
I knew that was the end of it all
I should've stayed at home
'Cause now there ain't no letting you go
Am I falling in love with the one that could break my heart?



๐ŸŽถ Sesuai dok layan lagu ni musim pkp. Dua lipa pun cakap "i should've stay at home".... Hehe apa pun lagu ni best... 

Saturday, 18 April 2020

Review Novel ~ Cinta Infiniti

Saturday, April 18, 2020 2
Review Novel ~ Cinta Infiniti









                 Tajuk : Cinta Infiniti
                 Penulis : Ain Kamalia
                 Terbitan : Penulisan2u



Sinopsis Dari Novel ~~

Dalam fikiran FARHANI IDAYU ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.

"Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr... Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. - UMAR AZHARIE

" Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!" - DANIEL ISKANDAR

Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak. Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya.

"Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?" - UMAR AZHARIE

"Yalah, Hani tak suka orang kaya..." - FARHANI IDAYU

Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi 'pelakon' dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!

"Tak naklah, bos! Carilah orang lain... Ataupun carilah bakal isteri betul-betul. Tak baiklah menipu orang ramai. Berdosa tau!" - FARHANI IDAYU

"Betul juga apa you cakap tu. Daripada berlakon dan dapat dosa sebab menipu orang, apa kata you jadi isteri I betul-betul?" - DANIEL ISKANDAR

Walaupun 'lakonan' Farhani Idayu dengan Daniel Iskandar mengundang cemburu Umar Azharie, namun hubungan mereka tetap berjalan lancar hinggalah...

" Perkenalkan, Umar Azharie... Bakal tunang Kak Iman." - FARHANA IMAN

Hancur luluh hati Farhani Idayu saat mengetahui bahawa Umar Azharie bakal bertunang dengan sepupunya sendiri! Langsung dia tidak sudi mendengar sebarang penjelasan lelaki itu.

"Hani... Bagi abang peluang terangkan kisah sebenar. Hanya Hani yang abang mahu sebagai isteri dan bukannya Iman. Percayalah abang, Hani." - UMAR AZHARIE

Saat itu, Daniel Iskandar ada menemani dan memberi cintanya. Tambahan pula, rupa-rupanya keluarga Farhani dan Daniel Iskandar saling mengenali lalu membuatkan hubungan mereka semakin rapat.

Kini, siapakah yang akan dipilih Farhani Idayu sebagai penghuni hatinya? Umar Azharie, cinta pertama yang sangat mencintainya atau Daniel Iskandar yang setia menanti?


                        ๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

๐ŸŽญ Biasalah novel macam realiti kehidupan juga. Ada pasang surutnya. Kadang happy kadang gaduh. Part sedih bila Hani tahu yang Umar tu bakal tunang sepupu dia, aku rasa part paling happy sebab dari awal aku suka Hani dengan bossnya Daniel yang sempoi tu. Aku percaya if korang baca novel ni pun mesti setuju dengan aku. Apa pun keseluruhan novel ni dari awal sampai akhir best. Bahasa yang ringan, mudah difahami dan santai-santai gitu...

Friday, 17 April 2020

Resepi Mee Goreng Bodoh Senang dan Cepat

Friday, April 17, 2020 6
  Resepi Mee Goreng Bodoh Senang dan Cepat








Bahan - Bahan

Minyak untuk menumis
Mee kuning 
Bawang dan halia yang telah dikisar
Lada kisar (kuantiti ikut pedas yang korang suka)
Ayam (potong kecil-kecil)
2 biji telur ayam
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam 
Kiub ayam
Kicap



Cara - cara

Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang dan halia hingga kekuningan. Masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan tunggu sekejap hingga ayam masak kemudian masukkan 2 biji telur ayam dan gaul rata. Setelah itu, letak sedikit sos tiram, sos cili dan juga sos tomato dan gaul rata. Bubuh kicap secukupnya dan perasakan dengan kiub ayam dan garam. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan. 



Thursday, 16 April 2020

COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KETIKA DI TEMPAT KERJA

Thursday, April 16, 2020 2
COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KETIKA DI TEMPAT KERJA









Langkah-langkah Penjagaan Ketika Di Tempat Kerja

๐Ÿ“Œ Polisi tidak bersalaman

๐Ÿ“Œ Promosi etika batuk dan bersin yang betul

๐Ÿ“Œ Sediakan hand sanitizer di pintu masuk

๐Ÿ“Œ Sentiasa beri peringatan penggunaan hand sanitizer

๐Ÿ“Œ Tangguh mesyuarat dan acara berskala besar

๐Ÿ“Œ Pekerja yang sakit mesti berada di rumah

๐Ÿ“Œ Sentiasa disinfeksi permukaan yang kerap disentuh

๐Ÿ“Œ Tingkatkan aliran udara dengan membuka tingkap

๐Ÿ“Œ Bekerja dari rumah atau lakukan giliran bekerja secara berjadual

๐Ÿ“Œ Pastikan jarak sekurang-kurangnya 1 meter semasa makan

๐Ÿ“Œ Elakkan berkongsi makanan di tempat kerja

๐Ÿ“Œ Nilai risiko perjalanan pekerja yang berurusan di luar pejabat

๐Ÿ“Œ Tingkatkan saringan kesihatan dan kebersihan pengendali makanan dan kontak mereka



Sumber info & gambar : IG myhealthkkm

Wednesday, 15 April 2020

Wordless Wednesday ~ Perahu Kertas

Wednesday, April 15, 2020 5
Wordless Wednesday ~ Perahu Kertas





Nampaknya Firas macam tak berminat dengan perahu kertas... Old skool sangattt..

Tuesday, 14 April 2020

Kunyah Kunyah Petang ~ Roti Jala

Tuesday, April 14, 2020 3
Kunyah Kunyah Petang ~ Roti Jala






Assalamualaikum. Ermm kuih viral dah cuba, yang tak viral pun dah cuba untuk petang-petang punya menu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.

Ada juga baru usha dua tiga resepi yang belum dicuba, tapi bahan pula tak cukup. Musim PKP ni aku kalau dah barang dapur asas yang penting habis, barulah pergi keluar ke kedai. Setakat sikit-sikit ni macam tak berbaloi lak. Nak kurangkan pergerakan keluar dari rumah pun ye juga kan.

Jadi petang ni kesimpulannya aku tak ada mood nak buat apa-apa kudapan petang. Kebetulan nampak jiran share kat status open order roti jala, laju jela jemari ni order. Lagipun roti jala jiran aku ni nampak biasa-biasa tapi boleh buat korang mengidam berulang kali tau. Makan gitu tak cicah kari pun sedap. Hah sampai macam tu sekali.

Mestilah aku tahu sedap ke tak selalu juga beli roti jala dengan Kak Umi ni. Selain dari suka membuat, aku juga suka membeli. Hehehe.... Yela kalau tak kita menyokong jiran kita sendiri punya produk, siapa lagi kan?

Ok korang teruskan Stay Safe. Stay Home. Semoga kita semua di dalam lindungan dan peliharaanNYA...

Monday, 13 April 2020

Kelebihan 'Bismillah 5'

Monday, April 13, 2020 1
Kelebihan 'Bismillah 5'








            Sumber foto ~ Google






Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.





Fadhilat Bismillah 5


Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:



1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.





Kaedah Merawat


Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.




Amalan Bismillah 5 


Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.

Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.

Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’




ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Kredit : Shafiqolbu

Sunday, 12 April 2020

LINDUNGI WARGA EMAS DARIPADA COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN DAN PENCEGAHAN

Sunday, April 12, 2020 4
LINDUNGI WARGA EMAS DARIPADA COVID-19 : LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN DAN PENCEGAHAN







✔️ Barang keperluan harian mencukupi.

✔️ Bekalan ubatan mencukupi dan patuhi temujanji rawatan.

✔️ Mendapat rawatan segera jika sakit.

✔️ Memberi sokongan psikologi.

✔️ Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

✔️ Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala.

✔️ Guna tisu apabila batuk dan bersin.

✔️ Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.


Sumber info & gambar : IG myhealthkkm



P/s ~ Macam aku memang parents duduk sekali serumah ni memang risau juga. Mak ayah pula ada darah tinggi yang tak menentu bacaannya, jadi kena sentiasa pastikan bekalan ubat-ubatan mereka mencukupi.

Saturday, 11 April 2020

Biskut Lidah Kucing Beli Kat Jiran...

Saturday, April 11, 2020 1
Biskut Lidah Kucing Beli Kat Jiran...






Assalammualaikum semua. Semoga sihat-sihat hendaknya.

Hari ini sabtu. 11.04.2020. Hari ke 25 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung lagi sehingga 28 April. Untuk kebaikan kita semua kan. Jadi kita bagi kerjasama la. Macam mana nak bagi kerjasama? Duduk kat rumah je. Jangan keluar kalau tak ada keperluan penting.

Ok asyik fikir pasal masak je. Hari ni tiba-tiba macam mengidam nak makan biskut raya pulak.. Nak buat macam tak cukup bahan pula. Nak pergi beli ermm baru 5 hari lepas keluar pergi beli barang dapur ni takkan dah keluar lagi kan.

Sambil tu, belek-belek handphone kat tanhan, ushar-ushar status whatsapp. Orang kata kalau dah rezeki tak ke mana kan. Jiran aku open order biskut lidah kucing ni hah. Salah satu biskut favourite aku jugak tu. So terus la order dua balang. Kata jiran yang aku panggil kak umi ni kebetulan biskut ni ready stock so dia hantar hari ini. Alhamdulillah. Rezeki. Boleh la wat kudapan tengok cerita seram malam nanti. Hehehe.

Puas hati sesangat la beli biskut lidah kucing dengan jiran kiterr ni.. Rangup tau. Dulu pernah beli kt luar patah mematah rapuh gitu. Ni makan laju je tak sedar dah luak setengah balang. Kuikuikui....

Apa pun syukur la rezeki apa adanya di rumah ni ye. Biskut ke, keropok ke, dapat duduk rumah dalam keadaan aman damai dengan family pun syukur sangat dah. Semoga di mana pun kita, bersama keluarga atau yang terpaksa berjauhan kerana tugas atau apa je keadaan, aku doakan kita semua diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki, dikuatkan hati dan dilindungiNya. In sya Allah. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn.....


Friday, 10 April 2020

Review Novel ~ Dr. Alpha Male

Friday, April 10, 2020 0
Review Novel ~ Dr. Alpha Male









                  Tajuk : Dr. Alpha Male
                  Penulis : Anjell
                  Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada Si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


                         ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน


๐ŸŽญ Novel yang plot nya lain dari biasa. Walaupun di awal korang akan ingat ni macam novel cinta biasa, pada aku korang kena cari dulu dan baca novel ni sampai habis. Ada part thriller dan suspen. Buat aku tiba-tiba teringin nak beli balik novel-novel thriller. Tu aku cakap novel ni bukan biasher biasher... Ada juga la dalam empat kali dah aku ulang baca.. Ni PKP pun dah bersambung lagi dari 15 April - 28 April.... Memang ulang lagi lah baca... Huhuhu.... Dan aku gerenti sure bila part sweet cintan cintun tu korang akan terhibur dengan watak HILMAN UKASYAH dan TRISTIN HAZEL. Sweet sweet tapi giler giler gituuh... Hehehehe

Thursday, 9 April 2020

COVID-19 : JAUHI STIGMA - PANDANGAN NEGATIF TERHADAP PESAKIT DAN KELUARGA

Thursday, April 09, 2020 3
COVID-19 : JAUHI STIGMA - PANDANGAN NEGATIF TERHADAP PESAKIT DAN KELUARGA






1. Pesakit yang sembuh TIDAK akan menjangkiti orang lain.

2. COVID-19 TIDAK mengenal bangsa, agama dan status.

3. Jangan LABELKAN bekas pesakit sebagai kes atau mangsa COVID-19.

4. Beri SOKONGAN kepada individu yang telah sembuh dan keluarga.


Sumber info & gambar : IG myhealthkkm



P/s ~ Sebaiknya dalam keadaan macam ni, kita semua bersatu hati, banyakkan berdoa dan bekerjasama memutuskan rantaian virus covid-19. Semoga kita semua diberi kesembuhan, kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T... In sya Allah... Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn... 
STAY HOME. STAY SAFE EVERYONE. ❤️❤️❤️

Wednesday, 8 April 2020

Wordless Wednesday ~ Karipap Pelbagai Saiz

Wednesday, April 08, 2020 3
Wordless Wednesday ~ Karipap Pelbagai Saiz



Bila aku cuba membuat dan mengelim karipap, maka terjadilah karipap pelbagai saiz,,,,,,


Tuesday, 7 April 2020

Resepi Buttermilk Chicken Cara Yang Mudah dan Cepat

Tuesday, April 07, 2020 3
   Resepi Buttermilk Chicken Cara Yang Mudah dan Cepat





Waktu PKP ni dah tak ada idea kadang nak masak apa huhu. Hari ni suami request nak yang manis-manis katanya. Tak larat dah makan yang pedas je. So aku buat buttermilk chicken. Tapi cara aku ni lain sikit. Cara orang malas nak cepat siap gitu. Tapi kalau korang nak cara yang cepat buat buttermilk chicken ni, boleh la follow video dan resepi kat bawah ni.





Bahan - Bahan
Isi Ayam (Potong Dadu)
Telur Ayam
Tepung Gandum
Marjerin
Bawang Merah, Bawang Putih & Halia dikisar
Susu Pekat Manis (Krimer)
Daun Kari
Cili Padi (hari ni aku tak letak, sebab suami tak nak menu pedas satu hari ni)

Cara - cara
Perap isi ayam dengan telur ayam dan tepung gandum. Ketepikan.
Cairkan marjerin di dalam kuali. Tumiskan bawang dan halia kisar hingga kekuningan. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali dan biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan susu pekat ikut citarasa korang. Akhir sekali taburkan daun kari dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, 6 April 2020

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Monday, April 06, 2020 5
Segmen Bloglist Blogbabyshambles





Hi korang. Semoga dalam keadaan baik-baik sahaja kita semua hendaknya.

Sambil menyambil tu jom la kita memeriahkan segmen bloglist ni. Klik je banner atas tu dan follow syarat-syarat nya tau,,,,,

Sunday, 5 April 2020

Review Novel ~ Kahwin 6 Bulan Aje?!

Sunday, April 05, 2020 1
Review Novel ~ Kahwin 6 Bulan Aje?!




              Tajuk : Kahwin 6 Bulan Aje?!
              Penulis : Anabella
              Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

RANIA IXUNA... Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.

EMIR ENRIQUE... Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar 'raksasa' oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

"Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?" - Emir
"Hitam." - Ixuna
"Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?" - Emir
"Warna kelabu tahi anjing." - Ixuna
"Grrr... Lain?!" - Emir
"Lut sinar." - Ixuna
"Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!" - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin...

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan... Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya... Emir minta kiss, siku makanannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?


๐ŸŽญ Sepanjang baca novel ni memang tergelak sorang je aku dengan watak Emir dan Ixuna ni. Sweet sweet ganaihh gituu.. Hahaha.. Memang ngam la ulang balik baca novel ni time pkp kat rumah ni kan..... 

Saturday, 4 April 2020

Jom Ikuti Tips Ini Untuk Mengurangkan Tekanan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Saturday, April 04, 2020 6
Jom Ikuti Tips Ini Untuk Mengurangkan Tekanan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)




Hari ini hari ke 18 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Ada yang dah rasa bosan atau stress ke duduk kat rumah? Haishh janganlah macam tu. Pengorbanan kita ni sikit je tau kalau nak dibandingkan dengan frontliner. Jadi kalau korang rasa boring or hampir nak stress tu, jom sama-sama kita ikuti tips dan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ni ~~

๐ŸŒป Sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang dan rakan rapat

๐ŸŒป Amalkan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur

๐ŸŒป Kurangkan masa melayari media sosial

๐ŸŒป Membaca dan mendengar muzik

๐ŸŒป Lakukan aktiviti senaman ringan seperti regangan otot dan yoga

๐ŸŒป Teknik eksperesi seni seperti melukis

๐ŸŒป Cari hobi baru

๐ŸŒป Membantu ahli keluarga dalam tugasan



Sumber info & gambar : IG myhealthkkm

Friday, 3 April 2020

Pencarian Bloglist 2020 by MK

Friday, April 03, 2020 8
Pencarian Bloglist 2020 by MK


Hi korang. Kalau bosan tak ada buat apa kat rumah tu, meh la kita memeriahkan segmen bloglist ni. Mudah je. Klik je banner kat bawah ni.





Thursday, 2 April 2020

Buah Betik Depan Rumah

Thursday, April 02, 2020 6
Buah Betik Depan Rumah





02.04.2020. Waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni teringin rasa nak makan buah-buahan. Selalunya mak usu (belah mak) ada la bawa buah-buahan dari kebun kat kampung mak kat Pontian tu, tapi since PKP memang tidaklah nak balik ke sana kan.

Ada juga kat area taman perumahan aku ni orang banyak jual buah-buahan, tapi sekarang masing-masing berehat dulu di rumah ye. Untuk mematuhi PKP. Ye itulah yang terbaik. Demi kesejahteraan bersama.

Nak pergi bandar Kota Tinggi memang la banyak market jual buah-buahan, tapi tak nak pulak keluar jauh sangat dari rumah. So kita beli apa yang ada dalam kedai runcit or pasaraya area taman ni je. Itu pun dah syukur sangat dah.

Tapi kan, pucuk dicita ulam mendatang. Mak bagitahu pokok betik depan rumah membuahkan hasil. Dapat la sebiji betik hari ni untuk pencuci mulut kami sekeluarga. Nak ambil gambar buah betik tu pun tak menyempat, mak dah siap potong-potong masuk peti ais. Hehehe.

Alhamdulillah. Ada juga hasilnya waktu-waktu begini bila kita berbudi kepada tanah kan.

Oklah korang. Sampai sini je dulu alkisah hari ni. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan di dalam lindunganNYA... In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...