Salam Aidilfitri 1447H/2026M
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Faizzah Amir yang beragama Islam 🌙✨
Di kesempatan ini juga, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada penulisan yang mengguris hati korang sama ada sedar ataupun tidak. Sepanjang aku menulis, berkongsi cerita, review, dan luahan rasa ke kan, mana yang baik kita ambil bersama, yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri Faizzah sendiri.
Esok dah 1 Syawal. Sedih pula rasa nak tinggalkan Ramadhan. Rasa kejap betul Ramadhan kali ni. Semoga kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan bersama yang tersayang, perbaiki lagi ibadah kita In sya Allah,,, Aaminn aaminn ya rabbal ‘alamin...
Esok raya,,, macam mana persiapan korang? Tengah sibuk masak juadah raya ke tu? Dapur dah full mode on? Aku pun tak terkecuali barang persiapan nak masak semua dah ada, tapi kisahnya pepagi tadi menyempat lah terjah salon buat haircut and a little bit hair coloring, huhuhu... Mujur last minute ada salon muslimah yang buka half day, tapi kena lah book awal. Nasib laa geng kawan sekolah dulu hehehe,,,,,
Lepas zohor dah mula mode rushing sikit sebab nak ke dapur pula. Walaupun suami di perantauan bertugas tahun ni, tapi juadah tetap on, untuk kami di dalam rumah ni dan semestinya untuk sanak saudara yang menyinggah nanti. This year macam ketupat, lemang, dan tidak dilupakan makanan tradisi Bugis family belah mak, Burasak dan Lepat Lui kami order je sikit sikit. Lauk je masak sendiri macam ayam masak merah dan rendang daging.
Apa pun cara kita sambut raya simple atau meriah yang penting hati kita tenang dan penuh kesyukuran. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sejuta pengertian, mengeratkan hubungan sesama kita, dan menghadirkan kenangan manis yang takkan dilupakan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 💚



Post a Comment