Resepi Pulut Kuning Cara Paling Senang - Faizzah Amir

Monday, 1 June 2020

Resepi Pulut Kuning Cara Paling Senang



First syawal haritu mak suruh masak pulut kuning buat tambah-tambah menu raya katanya.. Walaupun tak ada orang boleh berkunjung kan hehehe... Buatlah sikit macam waswas takut tak jadi cari laa resepi kt facebook. Senang je ikut resepi ni alhamdulillah jadi elok rasa sedap. Ok fiza share kat sini juga ye kot ada yang nak try cara ni ~~




Bahan-bahan :
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dalam sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dalam 2 sudu kecil garam ( agak-agak ..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang untuk alas pengukus

Cara-cara :
1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata-rata beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang-kurangnya tiga jam.

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE2.

5. Campurkan gula dan garam dalam santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi cepat.

6. Gaulkan santan tadi dengan pulut..gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.


Kredit Resepi : Roszana Ismail 

7 comments:

  1. Senang jea nak buat pulut kuning kan.. dengan adanya bahan-bahan yang mencukupi, Insha Allah akan menjadi masakan kita...

    ReplyDelete
  2. kena regukan dengan rendang daging baru ngam ni

    ReplyDelete
  3. makan dengan rendang atau sambal tumis sedap ni

    ReplyDelete
  4. Memang berangan nak buat, nanti nak buat laaa, makan dengan rendang daging ke kannn..dapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. Sedapnya pulut kuning.. padankan dengan rendang atau gulai pun dah sedap sangat ni

    ReplyDelete
  6. Senang je buat ye. Boleh la ena cuba. Jimat kos beli. Hehe

    ReplyDelete
  7. baca ni teringin plak nak buat

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.