Throwback Majlis Aqiqah Anakku - Faizzah Amir

Thursday, 30 April 2020

Throwback Majlis Aqiqah Anakku





Assalamualaikum korang. Hari dah pun masuk hari ketujuh kita berpuasa kan. Alhamdulillah. Semoga kita terus dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan penuh keberkatan.

Hari aku nak throwback sikit la. Kebetulan semalam facebook personal aku keluar kat ruangan memori tu masa majlis aqiqah anak aku setahun yang lalu. Majlisnya 27 April 2019. Tapi upload gambar 28 April so memory nya keluar semalam la kan.



Kebetulan tengah tak ada apa nak buat sambil fikir menu nak masak untuk berbuka kejap lagi, rasa nak buh story pasal majlis aqiqah tu kat sini. Boleh jadi kenangan sampai bila-bila. Yela patutnya buat entri pasal ni last year, tapi masa tu zaman kemuraman blog aku, jadi menyepi kejap masa tu hehehe.. But sekarang ni pun bukanlah zaman kegemilangan, aku anggap ni zaman aku baru nak bermula sebagai blogger. Doakan aku ye...

 Dengan mak ayah. Happy depa dapat cucu pertama. Hehehe... 


Kawan-kawan.. Thanks korang. Rindu nak kumpul ramai-ramai lagi macam ni.. Since pkp ni belum pernah jumpa lagi... 








Ssbenarnya bila tengok gambar-gambar ni, rindu rasanya nak berkumpul lagi macam ni dengan family, sedara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga. Yela since pkp ni dah tak boleh buat kenduri kahwin apa semua kan. Tapi tak apa, itulah yang terbaik untuk kita semua. Kena biasakan diri dengan 'new normal'.

Ok mengimbau balik masa aqiqah ni ada juga yang pernah tanya kenapa anak dah 3 bulan baru buat? Yes..plan asal kami suami isteri nak buat lepas aku habis tempoh berpantang. Tapi suami sibuk dengan kerja masa tu. Lepas tu aku pulak sibuk. Kebetulan tu je ada masa free sikit dua tiga hari terus buat. Lagipun nak dekat bulan puasa juga masa tu.




 Antara juadah, tak sempat nak snap gambar semua, pencuci mulut dengan kuih muih, ini pun dari dalam periuk sebelum hidang snap siap-siap


TQ so much cousin belikan dua biji kek sedap ni... Hehehe


Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Urusan katering, aqiqah kambing semuanya berjalan lancar. Doorgift semua memang aku dah tempah awal dari masa berpantang lagi. Buaian berendoi tu pun ambil servis dari butik bridal aku masa resepsi dulu. Nanti lain entri aku story pasal servis-servis yang aku pilih ni ye. In sya Allah.. Semuanya bagi khidmat yang terbaik untuk majlis aqiqah si Muhammad Firas Faiq ni.

Apa yang paling best kan, Firas boleh pulak bekerjasama 100% sepanjang majlis. Tak meragam pun masa masuk buaian tu. Kemain sedap tidur ye anak ibu. Hehehe...





Pejam celik kejap je masa berlalu. Dah setahun 3 bulan pun usia hero ibu ayah ni. Semoga terus membesar jadi anak yang baik, sihat dan bijak ye sayang. Ayah ibu sayang Firas... Love you baby ucuk acam... Kikiki...


5 comments:

  1. Semoga Firas terus membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  2. masa ni ingat lagi, memang fiza macam chipsmore dalam group jdt...kejap ada kejap takda..hahahah..sekarang keep konsisten berblog, ok!

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.