Buah Betik Depan Rumah - Faizzah Amir

Thursday, 2 April 2020

Buah Betik Depan Rumah






02.04.2020. Waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni teringin rasa nak makan buah-buahan. Selalunya mak usu (belah mak) ada la bawa buah-buahan dari kebun kat kampung mak kat Pontian tu, tapi since PKP memang tidaklah nak balik ke sana kan.

Ada juga kat area taman perumahan aku ni orang banyak jual buah-buahan, tapi sekarang masing-masing berehat dulu di rumah ye. Untuk mematuhi PKP. Ye itulah yang terbaik. Demi kesejahteraan bersama.

Nak pergi bandar Kota Tinggi memang la banyak market jual buah-buahan, tapi tak nak pulak keluar jauh sangat dari rumah. So kita beli apa yang ada dalam kedai runcit or pasaraya area taman ni je. Itu pun dah syukur sangat dah.

Tapi kan, pucuk dicita ulam mendatang. Mak bagitahu pokok betik depan rumah membuahkan hasil. Dapat la sebiji betik hari ni untuk pencuci mulut kami sekeluarga. Nak ambil gambar buah betik tu pun tak menyempat, mak dah siap potong-potong masuk peti ais. Hehehe.

Alhamdulillah. Ada juga hasilnya waktu-waktu begini bila kita berbudi kepada tanah kan.

Oklah korang. Sampai sini je dulu alkisah hari ni. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan di dalam lindunganNYA... In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...




6 comments:

  1. sedapnya betik. antara banyak2 buah, betik rasanya paling lama ray x jumpe. I mean tak makan.

    ReplyDelete
  2. Buah yang sentiasa ada kat peti ais sebab banyak pokok betik keliling rumah.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya buah betik. Suka makan tapi susah juga nak mencari buah betik ni.

    ReplyDelete
  4. suka buah betik sebab membantu pencernaan dan pembuangan..haha

    ReplyDelete
  5. Wow terasa kemanisnnya.. maker dia Tu alahaii

    ReplyDelete
  6. Allahu terasa di dalam lidah kami di sini. hehe

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.