Review Novel ~ Kahwin 6 Bulan Aje?! - Faizzah Amir

Sunday, 5 April 2020

Review Novel ~ Kahwin 6 Bulan Aje?!





              Tajuk : Kahwin 6 Bulan Aje?!
              Penulis : Anabella
              Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

RANIA IXUNA... Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya.

EMIR ENRIQUE... Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar 'raksasa' oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

"Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?" - Emir
"Hitam." - Ixuna
"Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?" - Emir
"Warna kelabu tahi anjing." - Ixuna
"Grrr... Lain?!" - Emir
"Lut sinar." - Ixuna
"Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!" - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin...

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan... Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya... Emir minta kiss, siku makanannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan!

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?


🎭 Sepanjang baca novel ni memang tergelak sorang je aku dengan watak Emir dan Ixuna ni. Sweet sweet ganaihh gituu.. Hahaha.. Memang ngam la ulang balik baca novel ni time pkp kat rumah ni kan..... 

1 comment:

  1. Macam best je Faizzah...nanti nak cari online laaa

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.