SALAM RAMADHAN 2020 | 1441H - Faizzah Amir

Friday, 24 April 2020

SALAM RAMADHAN 2020 | 1441H






Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 ramdhan 1441H. Selamat berpuasa dan menyambut bulan ramadhan al mubarak dari faizzah amir blogspot.

Di kesempatan ini juga, fiza ingin memohon ampun dan maaf jika ada kata-kata atau penulisan fiza di dalam blog ini yang kurang menyenangkan atau menyakitkan hati sesiapa tanpa disedari. Mohon maaf atas segala kekurangan ye...

Apa pun, fiza harapkan semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Tahun ni kita berpuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita masih berjuang memutuskan rantaian Covid-19. Jadi teruskan Duduk Rumah. Keluar bila ada keperluan penting je tau.

Akhir sekali, fiza doakan semoga kita semua beroleh kebaikan dan keberkatan dalam bulan yang mulia ini dan amal ibadah kita diterima Allah S.W.T. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn.....



P/s ~ Korang dah plan ke belum nak masak apa untuk berbuka hari ni??

8 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.