Review Novel ~ Dr. Alpha Male - Faizzah Amir

Friday, 10 April 2020

Review Novel ~ Dr. Alpha Male










                  Tajuk : Dr. Alpha Male
                  Penulis : Anjell
                  Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

"Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

"Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

"Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada Si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya...

"I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?


                         🌹🌹🌹🌹🌹


🎭 Novel yang plot nya lain dari biasa. Walaupun di awal korang akan ingat ni macam novel cinta biasa, pada aku korang kena cari dulu dan baca novel ni sampai habis. Ada part thriller dan suspen. Buat aku tiba-tiba teringin nak beli balik novel-novel thriller. Tu aku cakap novel ni bukan biasher biasher... Ada juga la dalam empat kali dah aku ulang baca.. Ni PKP pun dah bersambung lagi dari 15 April - 28 April.... Memang ulang lagi lah baca... Huhuhu.... Dan aku gerenti sure bila part sweet cintan cintun tu korang akan terhibur dengan watak HILMAN UKASYAH dan TRISTIN HAZEL. Sweet sweet tapi giler giler gituuh... Hehehehe

No comments:

Post a comment

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.