Biskut Lidah Kucing Beli Kat Jiran... - Faizzah Amir

Saturday, 11 April 2020

Biskut Lidah Kucing Beli Kat Jiran...







Assalammualaikum semua. Semoga sihat-sihat hendaknya.

Hari ini sabtu. 11.04.2020. Hari ke 25 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan disambung lagi sehingga 28 April. Untuk kebaikan kita semua kan. Jadi kita bagi kerjasama la. Macam mana nak bagi kerjasama? Duduk kat rumah je. Jangan keluar kalau tak ada keperluan penting.

Ok asyik fikir pasal masak je. Hari ni tiba-tiba macam mengidam nak makan biskut raya pulak.. Nak buat macam tak cukup bahan pula. Nak pergi beli ermm baru 5 hari lepas keluar pergi beli barang dapur ni takkan dah keluar lagi kan.

Sambil tu, belek-belek handphone kat tanhan, ushar-ushar status whatsapp. Orang kata kalau dah rezeki tak ke mana kan. Jiran aku open order biskut lidah kucing ni hah. Salah satu biskut favourite aku jugak tu. So terus la order dua balang. Kata jiran yang aku panggil kak umi ni kebetulan biskut ni ready stock so dia hantar hari ini. Alhamdulillah. Rezeki. Boleh la wat kudapan tengok cerita seram malam nanti. Hehehe.

Puas hati sesangat la beli biskut lidah kucing dengan jiran kiterr ni.. Rangup tau. Dulu pernah beli kt luar patah mematah rapuh gitu. Ni makan laju je tak sedar dah luak setengah balang. Kuikuikui....

Apa pun syukur la rezeki apa adanya di rumah ni ye. Biskut ke, keropok ke, dapat duduk rumah dalam keadaan aman damai dengan family pun syukur sangat dah. Semoga di mana pun kita, bersama keluarga atau yang terpaksa berjauhan kerana tugas atau apa je keadaan, aku doakan kita semua diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki, dikuatkan hati dan dilindungiNya. In sya Allah. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn.....


1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.