Percubaan Buat Biskut Raya ~ Biskut Cornflakes Rangup - Faizzah Amir

Sunday, 26 April 2020

Percubaan Buat Biskut Raya ~ Biskut Cornflakes Rangup







Dah bertahun jugalah aku tak buat biskut raya ke kuih raya ke, kek or kerepek raya. Start aku bekerja, memang dah tak larat nak berjaga malam menunggu biskut depan oven. Kesian pula nak suruh mak buat sorang-sorang tanpa assistant.

Jadi bertahun jugalah makan kuih 'tunjuk'. Hehehe... Kekadang tu rindu juga nak buat biskut dengan mak macam masa budak-budak dengan remaja dulu.

Kebetulan bulan puasa tahun ni time pkp pulak kan, ilham nak buat biskut tu datang laa lagi-lagi tengok oven pun jarang guna. Tapi masalahnya orang kata bila jari jemari ni dah lama tak mengadun biskut, rasa macam tak yakin pulak...

Ermm.. tapi salah satu sebab terutamanya permintaan tekak ni teringin nak makan biskut raya buat kudapan lepas berbuka puasa, so try and error buat jugalah. Percubaan pertama ni buat biskut cornflakes rangup. Kebetulan stok cornflakes sekotak pun tak rasmi lagi.



First buat pun malas nak guna apa-apa tekap acuan. Nama pun nak cuba dulu kan. Buat sikit je risau juga tak jadi karang takut rugi dan membazir jadinya. So bulat-bulatkan pakai tangan dan tekap dengan garfu jela ea.

Tang nak bakar dalam oven ni pun satu hal jugak la, nak agak suhu dan masa apa semua. Dan huhuhu sudah kuduga di awal membakar biskut terlebih garing di bawahnya or lebih mudah straight to the point jela biskut aku hangittttt.... So dah bole up gambar kat group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini tak??? Hehehe

Mula-mula hangit sikit



Bila anak dah start boring dan meragam tak kena layan, biskut pun jadi saiz besar la haha



Tapi part seterusnya tu dah bole agak suhu berapa lama masa apa semua. Alhamdulillah ada juga la yang jadi elok boleh buat makan dengan family. Yang hangit tu pun makan hokeyyy... Sambil layan cerita korea "The World Of The Married". Bulan puasa ni aku nak control sikit rasa nak marah bila tengok cerita tu, so kunyah biskut yang tak jadi yang hangit tu berjaya buat aku control perasaan. Yeke? Tak percaya? Korang cubalah buat biskut hangit jugak... Hahaha...

Jadilah kan untuk kudapan sendiri

Oklah nanti ada rezeki dan kelapangan kita buat biskut lain pulak. Tak kira la time bulan raya ke tak. Boleh je buat. Ok korang selamat berpuasa. Stay Home. Stay Safe..........

1 comment:

  1. haha, boleh boleh...masuk la dalam group masak apa tak jadi hari ni..hahahha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.