Resepi Buttermilk Chicken Cara Yang Mudah dan Cepat - Faizzah Amir

Tuesday, 7 April 2020

Resepi Buttermilk Chicken Cara Yang Mudah dan Cepat






Waktu PKP ni dah tak ada idea kadang nak masak apa huhu. Hari ni suami request nak yang manis-manis katanya. Tak larat dah makan yang pedas je. So aku buat buttermilk chicken. Tapi cara aku ni lain sikit. Cara orang malas nak cepat siap gitu. Tapi kalau korang nak cara yang cepat buat buttermilk chicken ni, boleh la follow video dan resepi kat bawah ni.





Bahan - Bahan
Isi Ayam (Potong Dadu)
Telur Ayam
Tepung Gandum
Marjerin
Bawang Merah, Bawang Putih & Halia dikisar
Susu Pekat Manis (Krimer)
Daun Kari
Cili Padi (hari ni aku tak letak, sebab suami tak nak menu pedas satu hari ni)

Cara - cara
Perap isi ayam dengan telur ayam dan tepung gandum. Ketepikan.
Cairkan marjerin di dalam kuali. Tumiskan bawang dan halia kisar hingga kekuningan. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali dan biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan susu pekat ikut citarasa korang. Akhir sekali taburkan daun kari dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. lama tk mkn butter chicken,,kt rumah memang tk pernah masak butter chicken..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dalam list ni nak cuba..
    sbelom ni tau makan ja x penah masak sendiri. hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    hmm, ok juga. musim pkp mcm ni boleh cuba2.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.