TEMPE CHIPS CURRY WOW! Kudapan Non Stop! - Faizzah Amir

Monday, 29 June 2020

TEMPE CHIPS CURRY WOW! Kudapan Non Stop!



Macam-macam sekarang ni kan. Selalu tengok tempe buat lauk je, sambal atau masak apa jela. Tapi aku memang paling suka sambal tempe. Buat ratah gitu pun syok oooo...


Dan entry ni aku nak cerita pasal tempe ni yang dikomersialkan jadi keropok ke kerepek nak panggil ea.. Terpulanglah apa pun yang penting Tempe Chips Curry Wow nama diberi memang ngam sangat untuk penggemar kudap kudapan macam aku.


First time nampak post fb blogger kisahsidairy pasal dia agen Tempe Chips Curry Wow ni. Tengok macam best je aku pun try la order sebalang. Dannnn.. menyesal tau order sebalang je.. Sedap sangat koranggg. Sejenis kudapan yang aku tak boleh stop ler.. Sambil menaip ni pun sambil krup krap... Hahaha...


Tengoklah gambar pun dah separuh makan baru ingat nak snap. Saborr je laa.. Aku rajin share ni pun pasal nak ajak korang yang belum cuba Tempe Chips Curry Wow ni untuk order jugak. Serius sedap. Tak adanya kalau tak best aku nak cerita kat blog aku ni. Hahaha macam tu sekali..



Ok korang kalau teringin nak cuba boleh la order dengan blogger kisahsidairy dan kalau ramai family dok serumah tu better order bebanyak sikit. Tak baik tau makan tak pelawa. Ok aku nak sambung habiskan Tempe Chips Curry Wow. Ada rezeki nak order lagi la nanti. Wokehhh.. Happy Monday Blues korang! Ehh berapa jam je lagi nak Tuesday dah.. Hehehe...


5 comments:

  1. Dah beli gak dan cuba, memang rangup...ada tu setengah lagi, sebab Sis aje makan sorang hahahaha

    ReplyDelete
  2. wah sedap ni.. nampak sedap. tempe garing ada rempah2 nya

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tq tau.nanti boleh repeat lagi.Hehe

    ReplyDelete
  4. Terliur hai ena tengok. Ni kalau makan confirm tak sedar habis

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.