Dapat Hadiah Duit Raya dan Kopi Starbucks Menang 'Segmen Hari Raya By Ummi' - Faizzah Amir

Thursday, 18 June 2020

Dapat Hadiah Duit Raya dan Kopi Starbucks Menang 'Segmen Hari Raya By Ummi'





Kali kedua menang segmen. Kali ni menang 'segmen hari raya by ummi' yang dianjurkan blog https://nurasyiqin201.blogspot.com

Syukur alhamdulillah. Niat join segmen nak mengeratkan silaturrahim sesama blogger dan menaikkan trafik blog aku yang macam yoyo ni. Hehehe. Thanks ummi sebab bagi fiza peluang menyertai segmen ni.

Kira menang segmen ni macam satu bonus la. Dapat kopi Starbucks Latte Caramel memang mantoppp.. Rasanya tahun 2020 ni baru sekali je aku pi minum starbucks. Ni dapat yang 3 in 1 bolehlah minum sambil layan Netflix. Tak ada la aku ngantuk lagi layan separuh movie je.

Oh ye, selain dari hadiah kopi Starbucks, aku juga dapat duit raya 5ringgit dari blogger Ummi. Aku buat apa dengan duit raya ni? Aku topup kat Lazada Wallet. Kebetulan dapat pula rebate 5ringgit jugak dari Lazada. So gabungkan hasil kedua-dua hadiah ni aku beli mask adapters. Bijak tak aku? Hehehe. Kasi can ler... Bukan apa, sejenis aku kalau dapat hadiah duit ni tak kira la berapa pun aku suka 'tandakan dengan barang' supaya aku ingat tu orang bagi. Alhamdulillah. Semoga makin melimpah ruah rezeki kita semua. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...

4 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.