Review Novel ~ Mikayla








                  Tajuk : Mikayla
                  Penulis : Melur Jelita
                 Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap berlari!

HARDI-E. AR RAHMAN
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH).
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

WAN ADRA MIKAYLA
Kononnya berdarah Bugis
Dicap keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau.
Jadilah asam pedas astaghfirullahalazim
bertemu masak lomak cili api alhamdulillah.

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut.
Jawapan Hardie: Saya main-main aje.

Berani kau cuit-cuit gadis
Johor Bahru?!
Cap mohor Mikayla jelas
bertanda di dada Hardie!

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum!


🍫🍫🍫🍫🍫🍫🍫



🎭 Mari kita sedekahkan Al Fatihah (dibaca) buat Allahyarhamah Melur Jelita, iaitu penulis novel di atas yang telah meninggal dunia pada 2018. Aku cuma kalau siapa yang dah baca novel ni, mesti akan rasa kelainan tersendiri dalam cara penulisannya. Unik pada aku. Aku mula-mula tertarik nak beli sebab sinopsis tu hah, Mikayla ni gadis Johor keturunan Bugis. Macam aku ler... Hehehe... Tapi berbeza sangat la life Mikayla yang dipaparkan dalam novel ni dengan life aku. Banyak yang tak terduga dan tak terjangka. Apa yang tak terduga dan tak terjangka, tu? Kalau jumpa lagi novel ni kat mana-mana kedai buku or preloved ke, better korang beli. Jangan tanya kat aku pulak. Aku tak nak jual huhuhu.. Walaupun sikit frust sebab tak ada sambungan Mikayla 2, sebab ending nampak macam tergantung, tapi pada aku plot novel ni ada 'something special' kalau korang betul-betul menjiwainya... Jengg jenggg... 

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.