Novel Review ~ Dengan Atau Tanpamu










       Tajuk : Dengan Atau Tanpamu
       Penulis : Cik D
       Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

DIAN FATIHAH kata JEFFRY AZMAN, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir ADRYAN UMAR, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di tanah suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

" Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?" - RYAN

" Kita baru jumpa sekali kut!" - DIAN

" Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian." - RYAN

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya. Walaupun pertemuan singkatnya bersama ADRYAN UMAR hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri jelapang padi itu.

Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

" Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni?" - DIAN

" Macam mana tu?" - RYAN

" Kalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?" - DIAN

Bahagia yang cuba dicipta tak kekal lama. Semuanya ranap hanya kerana satu kejadian hitam yang tidak sempat dijelaskan. Dian disisih. Kasih yang baru disulam buatnya menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryan kepadanya, juga terpendam.

" Dengan atau tanpa dia... Hidup akan tetap diteruskan." - DIAN

Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram, namun hampa bila Ryan memilih untuk terus menyepikan diri.

" Sampai bila awak nak pendam perasaan awak tu, Ryan? Awak biar hati awak luka. Awak biar hati awak sakit setiap kali pandang saya. Cukup Ryan, lepaskan Dian kalau awak rasa dah tak mampu lihat Dian yang kotor ni ada depan mata awak..." - DIAN

Dian dihukum, walau silapnya bukan datang dari dirinya. Bibir meminta, namun hati tak pernah menginginkan untuk ditinggalkan hidup sendirian. Kehadiran semula Jeffry, dalam diam mahu mengubat kedukaan Dian yang kehilangan. Kalau mampu, dia mahu menjadi penuntun hati wanita yang ditinggalkan itu.

" Sebab abang sedang mencari seseorang yang sudi berlayar bersama abang." - JEFFRY

Tergugat atau tidak ego Ryan bila sudah ada yang datang dan cuba mengharap kembali cinta si isteri? Rungkaikan semuanya dalam Dengan Atau Tanpamu...


             🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄


🎭 Banyak novel cinta memang tekankan 'pentingnya sikap saling mempercayai dengan pasangan'. Novel ni ada suka duka, mengajar korang kekuatan dan pentingnya menjaga harga diri dan maruah kita sebagai seorang perempuan. Ada banyak juga part suweett muwitt buatkan rasa nak baca lebih dari sekali. Hehehe. 


2 comments:

  1. Ayat last tu macam best plak nak tau apa kesudahannya tu ek...

    ReplyDelete
  2. macam best weh...nak pinjammm..hahahahha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.