Resepi Ayam Popcorn Lemon Madu Yang Menyelerakan - Faizzah Amir

Monday, 8 June 2020

Resepi Ayam Popcorn Lemon Madu Yang Menyelerakan






Bahan-bahan Perapan Ayam
Ayam (Potong kecil-kecil)
Tepung Beras
Tepung Ayam Goreng Bestari (aku suka yang hot & spicy sebab nak ada rasa pedas-pedas sikit, barulah complete ada rasa manis masam pedas.) 
Lada putih
Lada hitam
Garam
(Perap ayam dengan kesemua bahan di atas)

Bahan-bahan Sos Lemon Madu
Bawang putih & halia (dikisar
Tepung jagung
Pati sunquick
Air perahan lemon
Madu

Cara-cara
Ayam yang telah diperap digoreng garing-garing. Kemudian asingkan. Lepastu panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia kisar, kemudian masukkan air (agak-agak ikut kepekatan korang suka). Selepas itu masukkan pati Sunquick, tepung jagung dan kacau-kacau sampai likat. Akhir sekali, masukkan air perahan lemon dan madu. Dah siap tuangkan sos lemon madu ke atas ayam yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan. 


P/s ~ Aku suka buat lauk makan dengan nasi. Kalau suami dia suka meratah gitu macam makan nugget. Hehehe... 

3 comments:

  1. Kalau Sis pun buat, rasanya Sis ratah aje kot hehehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. WAh SS tak pernah buat lagi ayam lemon madu ni... Tq share resepi.

    ReplyDelete
  3. boleh cuba.. selama ni order kat kedai ja
    bolehla buat sendiri pulak =P

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.