Kenangan Susah Senang Dengan Honda Ex5 - Faizzah Amir

Tuesday, 23 June 2020

Kenangan Susah Senang Dengan Honda Ex5



Semoga berbahagia bersama tuan baru ye Honda Ex5 


Scroll2 gambar malam ni terjumpa pulak gambar motor Honda Ex5 kepunyaan suami dari zaman bujang. Kata suami, motor ni kenderaan pertama dalam hidupnya. Kisahnya suami dulu masa baru berkhidmat dalam tentera, bawa motor pun tak pandai. Duduk dalam kem yang agak besar nak gerak ke mana-mana payah.

Jadi suami belajar bawa motor dari rakan sekerja. Lama-lama dah cekap baru terfikir nak beli motor sendiri. Gaji pun baru starting lagi so mampu la ambil Honda Ex5 secondhand masa tu.

Masa mula kenal dengan suami, dia ingat aku malu nak naik motor dia. Yela first time jumpa tak berani la aku nak naik motor dengan lelaki. Kisahnya satu hari tu transport kerja tak dapat hantar aku balik, dia offer nak ambil aku kat tempat kerja. Tunggu punya tunggu nak dekat maghrib baru sampai. Motor rosak tengah jalan katanya.

Kisah motor rosak tengah jalan ni boleh dikatakan hampir setiap kali kitaorang dating akan lalui benda ni. Tapi kan itu tak buat kami putus asa pun nak pergi dating. Hahaha.

Kalau nak cerita kat sini pahit manis dengan Honda Ex5 ni banyak. Dengan korang2 sekali tension kang. Hehehe. Tapi memang banyak nostalgia kenangan dari bercinta sampai berumahtangga dengan motor ni. Jasamu dikenang sampai bila-bila pun duhai Honda Ex5 walaupun Honda Ex5 kami ni dah bertuan baru pun. Huhuhu. Itulah wujudnya entri mengusik jiwa malam-malam ni.

     Yamaha Legenda. Dah 8 bulan berkhidmat. Punca rezeki suami. 

Ni tak boleh nak elak jugak, motor dah lama sangat dah puas suami dok rempit dari bujang kena tukar jugak la. Sebab penting motor ni untuk suami ulang alik pergi kerja yang tak menentu waktunya. Pujuk-pujuk suami dia redah jugak pa beli motor baru Yamaha Lagenda. Motor biasa-biasa je. Tak mampu nak beli yang gempak-gempak macam Ysuku. Hehehe. Jadilah kan untuk keperluan dekat-dekat. Best juga la motor ni naik rasa smooth je. Sebab baru lagi kot November last year. Nak ulas lebih-lebih pasal motor ni aku tak pro lak.. Kuikuikui..

Apa pun Honda Ex5 tetap jadi kenangan istimewa. Semoga motor baru Yamaha Lagenda ni pun akan jadi something yang bawa kenangan manis untuk kami sekeluarga. Kedua-duanya tonggak utama punca rezeki suami aku.

Oklah, stop cerita. Nanti ada masa terluang nak cerita pasal kereta pertama kami pulak. Si comeyy loteyy yang jadi rebutan. Apakah itu? Tunggu ea...

5 comments:

  1. suami leya still pakai ex5 ni lagi sis.

    ReplyDelete
  2. Sedap naik motor ex5 ni. Tp yg x tahannya ia selalu jd sasaran pencuri.

    ReplyDelete
  3. Sis pun kalau ikut banyak motor dan kereta yang dah let go dah...nak simpan kang jd besi buruk kann...selagi ada harga, jual aje lerr...

    ReplyDelete
  4. Kawan kita dia dh let go motor ex5 dia pun still masih teringat2 ingat sbb banyak jasa katanya.

    ReplyDelete
  5. Kami abang sulung pakai EX5 dulu. Moto dia hilang kat Hotel dia keje sampai g jumpa ustaz mintak tilik,.Hahaha. Dpt insurance, bila beli moto EX5 lain. Ada lagi kat kg moto tu. Lani abang sulung dah beli moto LC.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.