Happy Father's Day 2020 | Selamat Hari Bapa - Faizzah Amir

Sunday, 21 June 2020

Happy Father's Day 2020 | Selamat Hari Bapa





Happy Father's Day. Selamat Hari Bapa buat ayah-ayah, papa-papa, daddy-daddy, dan bapak-bapak di seluruh dunia. Terima kasih diucapkan atas pengorbanan penat lelah, keringat setiap hari demi memastikan kebahagiaan anak, isteri dan keluarga...



Susah laa nak ambik gambo bapak aku tau. Kalau paksa mau jadi gaduh hahaha... 

Kepada ayah kandung ku, selamat hari bapa. Terima kasih atas didikan dan kasih ayah yang tidak berpenghujung. Walaupun tegas tapi jarang hampakan permintaan anakmu ini. Tapi dengan cucu dia lembut habis, aku nak marah cucu dia pun dia marah aku balik. Hahaha.. Semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam rahmat dan peliharaanNYA..



Kepada allahyarham abah mertua ku, walaupun tak sempat kenal dengan abah, terima kasih atas didikan sempurna dan kasih sayang abah buat anak abah(suamiku) sehingga dia jadi bapa yang terbaik buat Firas, dan semestinya suami yang terbaik untukku. Al Fatihah(dibaca) buat allahyarham abah mertua ku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn..


Dan semestinya selamat hari bapa buat suamiku dunia akhirat, kerana jadi suami yang terbaik dan paling penting tak jemu melayan kerenah anak isteri yang makin nakal. Ehhhh... Semoga suamiku dilimpahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, dan sentiasa di dalam rahmat dan lindunganNya.. Terima kasih jadi suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab dengan 'style' mu yang tersendiri. Cewahhhh...

Uishhh terbebel panjang kita ye... Ok stop dulu. Fikir ayat next year lak. Hahaha.. Happy weekend korang! ❤️

4 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.