Bila Faizzah Amir Menyibuk Kat LinkedIn




Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Korang buat apa tu? Aku tengah lepak rumah je ni sambil layan henfon. Malam dah pun. Layan apa kat henfon? Ermm usha2 media sosial laa.. Follow berita semasa dan berita rakan-rakan, saudara mara di dalam dan luar negara.. Cewahhh. Sedara kat overseas aku rasa kat Singapore tu je tak pasti pulak kalau ada yang lagi jauh hahaha... Rindu juga lama dah tak jumpa depa kat Singapore nun since tak boleh merentas sempadan ni kan. Sabarlah ye. Dah boleh merentas negeri ni pun dah syukur juga.

Ni aku nak cerita sikit boleh kan. Hehehe. Beberapa bulan yang lepas aku join sosial media LinkedIn. Walaupun LinkedIn majoriti nya untuk orang business2 yang besar2 gitu, entah kenapa aku teringin nak mencuba menyibuk kat platform LinkedIn ni untuk promosikan lagi blog aku yang sendu ni hahaha. Sebenarnya aku terpengaruh dengan satu post dari seorang rakan fb ni, Syaza Redzuu. Korang tahu sis Syaza ni Ghostwriter yang dah menyinar kat LinkedIn ni walaupun asalnya dia pun nak cuba-cuba jugak. Dia siap jual ebook 'Tulis Sampai Jadi di LinkedIn' tau. Banyak beliau kongsikan ilmu kat situ.

Macam aku ni pun, masih terkial-kial lagi nak faham pasal LinkedIn ni. Tengoklah profile tu hah, masih Intermediate target nak setting sampai All Star. Hehehe. Kalau tengok profile orang-orang kat LinkedIn ni rasa kerdil nau lah kan. Kita background pun biasher2 jurr. Kuikuikui.



Tapi bagi aku dalam hidup ini selagi boleh rebut la apa peluang pun selagi caranya tak salah. Tak apa lah santai-santai je dulu. Lagi satu yang aku suka juga kat LinkedIn ni banyak ilmu kita boleh dapat. Connect seberapa banyak dengan orang-orang yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, sedikit sebanyak ada ilmu yang kita boleh dapat dari post-post mereka. Tak percaya? Cubalah dulu join LinkedIn. Aku pun dok belajar lagi function kat LinkedIn ni. Banyak lagi tak tahu kena rajin-rajin survey... Oklah, rest kejap. Nanti cerita-cerita lagi ye...




5 comments:

  1. Abe kie pun dah join LinkedIn ni. Tgh godek2/fungsinya. Cuma di sini best sbb x de la org yg buat fake account. Siap bg resume gitu!

    ReplyDelete
  2. dlu ada buat lepastu dh padam..huhu..tp bgs linkedin nie utk establish diri

    ReplyDelete
  3. nsk kena buat jugak ni. ikut zaman semua ni

    ReplyDelete
  4. Hahaha Sis ko sampai profile dah lupa guna apa Faizzah...ingat nak buat balik, tapi tak ingat, ni baca posting ko baru ingat nak buat balik...jangan lupa dalam tu letak link blog dan link post blog...nanti ramai klik view...tips**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah dok godam sis. Adoii jenuh jugak nak faham benda alah ni

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.