MITOS COVID-19






Credit picture to ~ IG myhealthkkm 





MITOS
Minum alkohol untuk mematikan virus COVID-19?
FAKTA: TIDAK BENAR. Alkohol yang diminum tidak membunuh virus dalam badan manusia, malahan ianya berbahaya dan meningkatkan risiko penyakit serta masalah kesihatan yang lain. Alkohol sebaiknya digunakan untuk mensanitari tangan dan permukaan dalam memutuskan rantaian COVID-19.

MITOS
Air Rebusan Ketum sebagai ubat alternatif untuk pesakit COVID-19
FAKTA: TIADA BUKTI saintifik ataupun kajian makmal yang membuktikan air ketum mampu melawan COVID-19. Tiada laporan yang mengatakan ianya mampu menghalang virus malahan pokok ketum mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

MITOS
Sekali terjangkit COVID-19, selamanya akan ada virus dalam badan bekas pesakit. 
FAKTA: TIDAK BENAR. Pesakit yang dijangkiti COVID-19 boleh sembuh sepenuhnya dengan mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan. Virus boleh hilang dengan rawatan yang tepat dan betul kepada pesakit.

MITOS 
Cuaca sejuk atau panas boleh membunuh virus COVID-19 
FAKTA: Cuaca sejuk mahupun haba tidak mematikan virus COVID-19 yang berada dalam badan manusia. Suhu normal badan manusia ialah sekitar 36.5 - 37.0 darjah celcius tidak terkesan dengan cuaca atau suhu luaran/persekitaran.

MITOS 
Bungkusan/parcel boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 
FAKTA: CDC menyatakan bahawa terdapat individu yang dijangkiti COVID-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini mungkin berlaku apabila individu tersebut menyentuh permukaan yang berpotensi telah tercemar dan menyentuh muka, mata ataupun hidung.

MITOS 
COVID-19 boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk
FAKTA: COVID-19 disebarkan melalui titisan pernafasan daripada individu yang telah dijangkiti, BUKAN melalui gigitan nyamuk.


1 comment:

  1. Taknak baca laaa..hahahaha bukannya apa, kalau baca mitos ni, kita jadi hidup serba tak kena tau hahahaha...adeiiii

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.