Resepi Rendang Daging Tanpa Kerisik - Faizzah Amir

Friday, 12 June 2020

Resepi Rendang Daging Tanpa Kerisik







Tetiba mood raya datang balik. Nak makan rendang daging. Cek kat dapur tak ada kelapa pulak, nak keluar semalam baru keluar beli barang keperluan dapur. Kang keluar lagi takut ada je aku terlebih-lebih beli benda lain. Hehehe...

Try buat rendang tanpa kerisik ni boleh tahan juga fefeeling rendangnya.. Tapi kalau korang nak sedap lagi nak letak kerisik jugak, boleh je. Takde hal la.. Saja share sini. Kot ada yang kat kampung tengah balik beraya tu boleh la masakkan untuk mak ayah dan family yang dah berbulan tak jumpa sejak pkp. Hah meh sudi-sudilah usha resepi kat bawah ni 👇👇

Bahan-bahan
Daging
Empat sekawan 
Bawang & halia (dikisar)
Lada kisar
Serai
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan
Rempah rendang
Daun kunyit 
Santan
Gula perang 
Garam 

Cara-cara 
Tumis bawang & halia yang telah dikisar bersama dengan empat sekawan dan juga serai, agak-agak kekuningan sedikit masukkan lada kisar. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan dan rempah rendang tumis lagi sehingga naik baunya. Masukkan daging dan gaul rata-rata bersama rempah. Kemudian masukkan air dan santan secukupnya. Masukkan pula daun kunyit. Akhir sekali, perasakan dengan gula perang dan garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan. 


P/s ~ Tiba-tiba teringin pulak nak makan rendang daging dengan pulut kuning. Barulah padu.. Boleh usha resepi pulut kuning kat SINI


7 comments:

  1. Sis kan kadang masak rendang pun jarang gak letak kerisik Faizzah...kadang lupa pun ya, kadang malas ke kedai gak hahaha tapi sedap gak hehehehe

    ReplyDelete
  2. Rendang Daging kalau makan dengan ketupat..memang sedap giler

    ReplyDelete
  3. bahan wajib bubuh bila buat rendang tu. serup gak daun kunyit. sgt susah la nak dpt masa akhir ramadhan...

    ReplyDelete
  4. sedap ni. kami dua2 jenis versi kami suka. haha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya rendang tu, dah meleleh air liur dah ni tengok... my favourite ni menu rendang... cuma daging tu saya akan tukar kepada ayam sebab allergic daging... hehehehe...

    ReplyDelete
  6. yng macam ni saya suka sebab saya x makan kerisik..
    tu each time raya mak kena prepare gulai ayam.. jenuh =P

    ReplyDelete
  7. wow rare ni rendang without kerisik. maybe boleh cuba next time. huhu

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.