Resepi Rendang Ayam Paling Simple Dan Cepat










Bahan-bahan
Bawang dan halia (dikisar)
Lada kisar
Serbuk kunyit
Serai
Rempah rendang
Daun kunyit
Santan
Gula perang
Garam

Cara-cara
Tumis bawang dan halia yang telah dikisar bersama lada kisar dan serai hingga naik baunya. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan rempah rendang. Agak-agak rempah dah garing, masukkan pula daun kunyit. Kemudian masukkan air, ayam, santan, gula dan garam secukupnya. Gaul rata dan tunggu sehingga rendang kering-kering sedikit. Sedia untuk dihidangkan.


                   🍇🍇🍇🍇🍇

P/s ~ 15 Syawal. Mood raya masih on. Merendang ler kiterr... Tapi pakai bahan apa adanya je. Nasib baik sedap. Hehehe... 

▪️ Petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dah pun mengumumkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula 10 Jun - 31 Ogos 2020. Di mana juga bermula 10 Jun ni kita dah dibenarkan merentas negeri seperti biasa kecuali kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Hoyeahhh... So kita dalam mood syawal lagi kan, jom lerr balik kampung jumpa mak ayah dan boleh la masak rendang, ketupat, lemang, burasak untuk mereka.. Jadikan mood raya macam awal-awal haritu.. Alhamdulillah... Tapi tetap kena jaga tau, rajin cuci tangan, jarak sosial apa semua. Sama-sama kita belajar hidup dalam norma baharu. In sya Allah.. Moga dipermudahkan yang baik-baik... 





2 comments:

  1. Rendang ayam memang jadi menu utama musim perayaan ni kan. Lagi mudah lagi jadi pilihan untuk masak.

    ReplyDelete
  2. Boleh gina resepi ni buat rendang daging x?

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.