Tolonglah, STAY AT HOME. DUDUK RUMAH.






Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pembaca blog Faizzah Amir . Dalam keadaan wabak COVID-19 yang sedang menular dan meningkat di negara kita Malaysia ni, semua golongan kena bekerjasama menanganinya.

Tanggungjawab menangani penularan wabak ini bukan terletak di bahu kerajaan atau petugas kesihatan semata-mata je tau. Tapi kita semua kena memainkan peranan. Apa peranan kita? Mudah sahaja. STAY AT HOME. DUDUK RUMAH.

Yes. Walaupun berjuta kali sana sini yang mengingatkan, aku still nak bagitahu kat korang juga. Biar korang tak terlupa. Aku pun tak terlupa.

Kerajaan dah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan, so kita sebagai rakyat ikut sahajalah. Benda bukan susah pun guys. DUDUK RUMAH. Tu je kerajaan mintak kat kita. Dua minggu sahaja. Ni lah salah satu sumbangan kita nak bagi pada negara. Yang besar-besar mungkin tak mampu. Jadi kita ikut arahan kerajaan supaya DUDUK RUMAH. STAY AT HOME. Dua minggu je.
Bersyukurlah kita masih ada bumbung untuk berteduh.

In sya Allah kalau kita bekerjasama aku yakin kes COVID-19 di negara kita mungkin akan menurun dan bertambah baik dari sebelum ini. Lagi cepat kita bekerjasama, lagi cepat kita boleh hidup seperti biasa. Pergi bekerja mencari rezeki, berniaga, beriadah bersama keluarga macam sebelum ni. Tak lama lagi pun nak masuk bulan ramadhan kan, korang mesti dah terbayang nak pergi bazar ramadhan, beli bermacam jenis kuih, solat tarawih kat masjid, begitu juga aku. So aku harap sangat-sangat kita menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan. Ikut saranan kerajaan. Kalau tak ada keperluan. Just STAY AT HOME. DUDUK RUMAH je.

Sekurang-kurangnya pun korang fikirlah kepada petugas kesihatan. Doktor-doktor, jururawat-jurawat dan juga cleaner hospital. Pihak polis juga banyak menyumbang usaha mereka. Penat lelah, usaha mereka 24 jam sehari dalam menangani wabak COVID-19. Demi memastikan kita yang kat rumah ni senang lenang. Diorang dah menyumbang sehabis daya dan tenaga di hospital, diorang minta kita cuma STAY AT HOME. DUDUK RUMAH. Tu je. Mereka pun ada keluarga. Sanggup korbankan masa bersama keluarga demi berbakti untuk negara. Jadi fikir-fikirkanlah ye. Bersyukur lah Tuhan beri peluang kita untuk bersama keluarga di rumah. Hargailah setiap saat yang ada.

Lagipun lagi banyak sebenarnya aktiviti boleh buat kat rumah berbanding di luar. Selain memasak bersama keluarga, boleh menonton televisyen, layan drama-drama korea, marathon laa sampai puas. Layan movie kat Netflix ke, layan channel Astro, mesti sebelum ni tak menyempat nak layan semua kan. Layan game sampai berlevel-level, hah banyak lagi la. Macam aku, ini lah peluang nak update blog. Banyak masa cari idea untuk entri-entri seterusnya. Banyak masa juga nak bagi ceramah free kat korang hari ini. Hehehe... Tak apa lah, untuk kebaikan untuk aku dan korang juga kan. Kalau yang beragama Islam, ini lah peluang kita nak beribadat dengan lebih tenang dan teratur kan bila berada di rumah sendiri. Baca Al-Quran. Berdoa banyak-banyak.

So aku nak ulang lagi, kalau tak ada keperluan penting di luar rumah, Tolonglah, STAY AT HOME. DUDUK RUMAH. Kecuali yang bekerja di sektor penting la. Macam suami aku si abam tentera. Lain la kan. Itu pun aku risau juga. Hari-hari dok ingatkan dia balik rumah jangan terus terpa anak, pergi mandi dulu. Yang kita kat rumah ni pun, kena juga kerap basuh tangan, pakai sanitizer tau. Kalau kena keluar beli barang dapur pun sama, pakai mask, sanitizer dan jarakkan diri korang 1 meter dari orang lain.

Semoga kita semua terlindung dari wabak COVID-19 ni, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian.. In sya Allah.. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn..

Apa pun terima kasih sudi baca ceramah aku ye. Hehehe. Jumpa lagi next ceramah ehhh next entri... ❤️




5 comments:

  1. Yaaa inilah masa untuk bersama keluarga, itupun susah sangat nak suruh duduk rumah huhuhu

    ReplyDelete
  2. yee, masa ni banyak pulak idea nak update blog niche lifestyle..berjela2 pulak tu...selalunya buntu nak share kisah harian ni...hahahha

    ReplyDelete
  3. Kan stay je lah. Masa tak cuti ramai yang meroyan nak cuti. Dah cuti ini meroyan pula nak keluar. Tak paham sis.

    ReplyDelete
  4. ha ha ha ha...
    aida sudi baca nya :)
    geram jugak bila tgk fb, ramai org masih x sedar diri. berjalan2 je.
    simpang renggam - lockdown.
    latest aida dpt info - daerah ulu langat pun bakal lockdown.
    sebab kes covid situ amat tinggi. dan org situ tak berdisiplin!

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.