Kunyah Kunyah Petang ~ Lempeng Jagung - Faizzah Amir

Monday, 30 March 2020

Kunyah Kunyah Petang ~ Lempeng Jagung





Selalu orang buat lempeng untuk sarapan pagi. Ni aku petang-petang yang redup teringin nak makan lempeng pula. Tak kisahla kan, janji cacing dalam perut dapat habuan. Haha nak mamam je keroje nya since berkurung kat rumah ni.

Plan nak buat lempeng old skool je mulanya. Apakah itu lempeng old skool? Lempeng biasa la macam opah-opah kita buat tu. Tepung gandum kacau dengan air letak garam sikit. Tapi tengah dok mengacau tu ternampak pulak tin jagung krimer dalam almari. Ada dua tin mak aku suka buat pudding. Takpela kita mintak satu kat mak buat lempeng jagung untuk kunyah kunyah petang hari ni.

Senang je cara aku ni. Jagung tu aku tak la masuk dalam adunan lempeng tu. Cuma bubuh sesudu je masa kat kuali tu then lipat dua. Sampai ayah aku heran tau tanya ni lempeng ke apam balik. Hehehe mana-mana pun boleh laa..


Ok lempeng siap dah boleh mengunyah. Maaf la kalau rupa persembahan nya tak berapa menarik. Yang penting dah selamat pun masuk dalam perut. Alhamdulillah...syukur apa adanya.. Semoga kita semua terus dilimpahkan rezeki dari Nya..

Ok nak pergi mandikan anak jap. Nanti cerita lagi ye. Assalamualaikum.... Stay Safe & Stay At Home ❤️

3 comments:

  1. Wkmsalam.
    tengah PKP ni jumpa lempeng apa pun sedap.

    ReplyDelete
  2. haah la macam apam balik pulak ek..tinggal tabur serbuk kacang dan gula sikit...kalo rajin, sapu lagi peanut butter...ahhh hipster betul lempeng dalam fikiran ku..hahahahah

    ReplyDelete
  3. ku pun buat lempeng malam. anak2 jadikan dinner. haha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.