Review Novel ~ Encik Gula 'Under Age'? - Faizzah Amir

Tuesday, 31 March 2020

Review Novel ~ Encik Gula 'Under Age'?










                   Tajuk : Encik Gula 'Under Age'?
                   Penulis : Qistina Alya
                   Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.

"Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang..." - QASEH

"Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam Ultraman selamatkan penduduk bumi..." - RIZQY

QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.

"Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?" - RIZQY

Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.

" Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni... macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali..." - RIZQY

Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?


🎭 Sesuai dengan tajuknya, awal perkenalan Qaseh dengan Rizqy ni memang sweet nau nau.. Tak sabar je rasa nak tunggu plot seterusnya bila baca novel ni. Ada juga part sedih bila Qaseh kehilangan orang yang paling rapat dengannya. Confirm meleleh air mata korang baca. Ada part hasad dengki dan penganiayaan. Tapi aku salute dengan Rizqy walaupun apa berlaku dia sentiasa bagi sokongan kat isterinya, Qaseh. Novel ni dah berapa tahun juga tapi tak bosan juga kalau kerap dibaca. Ada unsur-unsur kerohanian juga diterapkan dalam novel ini.

2 comments:

  1. dah lama rasanya mommy tak beli novel. novel yang lama-lama dekat rumah tu tak tahu nak buat apa

    ReplyDelete
  2. semalam baru beli e-book...nak habiskan jugak la so bole buat review buku gak..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.