Hobi Kumpul Sample Produk - Faizzah Amir

Friday, 27 March 2020

Hobi Kumpul Sample Produk






Ye ye ye. Aku memang suka kumpul sample2 product. Tak kira la dapat sample masa beli barang ke atau orang hulur-hulur kat mall memang aku rembat je. Hehehe...

Orang bagi kita ambil jela. Rasa macam aku ni sombong pulak depa hulur tak ambil. Ingat senang ke nak jadi promoter? Berdiri lama tunggu orang lalu lalang korang pulak lari nampak diaorang. Yes. Aku faham mungkin kadang cara dan pendapat kita lain-lain. Terpulanglah nak ambil, tak nak tolak elok-elok naa...

Macam suami aku memang berleter jugak kalau aku suka capai benda-benda ni. Buat semak je katanya. Hehe aku cakap apa susah masuk beg tangan. Beg tangan aku semua pun dah macam khazanah. Kadang terlupa apa dalam tu. Kalau ada barang hilang memang kat beg tangan la jumpanya..

Ni sample yang aku kumpul tahun 2020 ni. Tak sangka banyak jugak la. Macam-macam brand ada. Ada juga yang aku dapat dengan sephora. Beli barang online kat sephora memang dia bagi pilih 3 sample. Ni lah cara kita nak test produk tu sesuai ke tak kan. Mana tahu ngam boleh terus beli. Banyak produk kecantikan yang aku guna pun sebab tertarik lepas guna sample.

Tapi jangan teruja sangat tau. Benda korang belum pernah cuba especially skincare jangan terus tonyoh kat kulit muka. Better tonyoh kat tangan or belakang telinga. Kadang tak semua produk ngam dengan kulit. Bila test tu kulit jadi kemerahan, gatal ke apa tak payah la guna terus kan. Rasanya semua tahu benda ni. Tapi aku ingatkan lagi. Pentingnya ingat mengingati hehe...

Ok lah. Duduk rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni boleh la aku cuba satu-satu sample ni semua. At least ada juga la aktiviti nak dibuat. Yang penting duduk rumah. Stay at home. Hehehe ni pun aku akan ingatkan banyak kali. Untuk kebaikan bersama gituuu..

Ok kita jumpa lagi entri seterusnya. Jaga diri dan sentiasa amalkan kebersihan, kerap cuci tangan. Semoga kita semua di dalam lindunganNya. Aaminn aaminn ya rabbal alamiinn...



4 comments:

  1. lama tak kumpul sample :D dulu masa kerja selalu juga kumpul

    ReplyDelete
  2. eheh kumpul2 pakai tak ? kalau pakai xpee kalau simpan tu
    lama2 nanti ehehe makin banyak =)

    tapi packaging samples memang comel2. tu geram nak simpan tu..

    ReplyDelete
  3. even flyers pun ambil dan cakap tq. sebab kesian kat org yang hulur tu klu tak ambil.

    ReplyDelete
  4. tang test belakang telinga tu baru tahu...biasanya test kat tangan je...thanks tau bagi tips tu!

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.