Young Living Essential Oils ~ EO Believe Bantu Tingkat Keyakinan Dalam Diri

 


Kadang-kadang hidup ni memang tricky kan. Lagi-lagi bila kau tengah cuba bangkit, tapi ada je suara-suara sumbang yang cuba tarik kau jatuh. Aku pun pernah rasa—serabut, lost, rasa macam tak cukup bagus untuk apa-apa. Tapi sejak aku kenal satu essential oil blend dari Young Living Essential Oils, iaitu Believe, honestly macam salah satu terapi juga untuk aku.


EO Believe blend dari EO Idaho Blue Spruce, Idaho Balsam Fir, Frankincense, Coriander, Bergamot, Ylang Ylang, dan Geranium. Setiap satu ada kelebihan tersendiri, tapi bila digabungkan fuhh, magic dia susah nak explain, tapi korang akan rasa sendiri.


Setiap kali aku rasa fikiran berselirat, contoh ada masanya kita rasa down, sama ada ada yang down kan kita atau kita sendiri, rasa tak ada function kepada sesuatu, tak ada potensi atau kelebihan, aku akan diffuse EO Believe ni. Sambil tu, aku istighfar perlahan-lahan. Tenangkan diri, reset balik niat. And slowly, keyakinan tu datang balik. Aku mula rasa macam, “Hey, aku pun ada nilai. Kenapa nak biar orang lain tentukan potensi aku?”


EO ni bagi aku kekuatan dalaman—bukan jenis fake hype, tapi lebih kepada rasa percaya pada diri sendiri. Bila kita mula percaya, kita akan berani. Berani untuk keluar dari comfort zone, untuk cuba benda baru, untuk ke depan walaupun kita takut. And the best part? Bila orang kritik, aku dah tak cepat koyak. Aku tapis, tengok sudut positif, dan terus cuba lagi.


Aku perasan satu benda, semakin orang merendahkan aku, semakin aku buat benda yang aku suka. Sebab hidup aku bukan nak puaskan hati semua orang. Aku hidup sebab aku ada impian, ada passion, ada tujuan. Dan EO Believe ni macam reminder kecil untuk aku—kau boleh, kau layak, dan kau tak perlukan approval orang lain untuk bersinar.



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.