LIRIK LAGU WAJAH KEKASIH (OST BIDADARI KIRIMAN TUHAN) - DATO' SRI SITI NURHALIZA




Credit picture to ~ theindependent.sg



Sumber video ~ YouTube 



 
       Komposer : Adnan Abu Hassan
       Penulis Lirik : Hani M.J.
                Tahun : 2017



Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur kebumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan, tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin, untukku menghindari
Goresan kasih luka di hati
Jiwaku resah, apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia?

Kuyakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Oh.. mimpi yang terindah jelmalah dalam nyata
Wajah wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh tuhan



             ðŸŒºðŸŒºðŸŒºðŸŒºðŸŒºðŸŒºðŸŒº


🎭Lagu favourite zaman kanak-kanak aku ni sampai minta kat ayah beli tape (zaman tape) dengan mikrofon sebab nak karaoke. Ini semua sebab cerita Bidadari Kiriman Tuhan kat Astro Ria la ni aku cari balik lagu ni. Cerita tu belum habis lagi kat channel Astro Ria 104 setiap isnin hingga khamis pukul 10 malam. Lakonan pelakon hebat seperti Zul Ariffin dan Mira Filzah. Oh ye belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan paling comel tahun 2020 ni Mira Filzah & Wan Emir Astar. Semoga berbahagia hingga ke jannah..aaminn aaminn ya rabbal alaminn

4 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.