PUREDERM Cucumber Eye Pads Review | Bagaikan Spa Di Rumah







Dah lama guna eye pad dari Purederm ni, now baru berkesempatan nak mereview. Since aku ni ada masalah eyebag atau mata panda bertahun lamanya, memang macam eye pad, eye mask, eye patch dan seangkatan eye eye aku cuba. Salah satu ni yang ni la. PUREDERM Cucumber Eye Pads. Begitulah namanya.

Purederm ni adalah jenama produk dari Korea. Aku tertarik nak mencuba eye pad ni sebab berkenan tengok bentuk timun(cucumber) tu hah. Selalu kan petua nak hilangkan eyebag ni salah satunya letak timun kat mata, now tak payah susah-susah dah nak potong timun untuk letak kat mata, beli je PUREDERM Cucumber Eye Pads ni. Settle..nak best lagi sejukkan dulu kat peti ais.

Antara kelebihan PUREDERM Cucumber Eye Pads ni ~~

๐Ÿ”ธPad lembut yang berpelembap dan mengandungi bahan yang menenangkan dan mengandungi cucumber (timun) yang sebenar.

๐Ÿ”ธPad ini juga direka khas untuk merehatkan mata ketika kita sedang berbaring atau rileks. Fefeeling spa gituu..

๐Ÿ”ธMenyejukkan dan menenangkan

๐Ÿ”ธAroma semulajadi dari bauan timun sebenar

๐Ÿ”ธBoleh rasa kesegaran pada mata saat pertama kali digunakan

๐Ÿ”ธMelegakan mata yang letih dan stress.. Balik dari kerja tu kan korang rest kejap buh kat mata, best wooo..

๐Ÿ”ธMengurangkan garisan halus di bawah mata dan lebam bawah mata (eye bag@mata panda)



Kalau tanya kat aku, memang best la pakai jadi PUREDERM Cucumber Eye Pads ni. Cuma aku ni tak rajin sangat, kadang tu memang tak konsisten selang berhari-hari baru guna. Maybe korang cuba hari-hari mesti lain hasilnya kan.


Kalau korang nak cuba juga PUREDERM Cucumber Eye Pads ni, boleh la dapatkan kat Watsons. Sama ada pergi terus beli kar Watsons berdekatan atau beli online pun boleh kat Watsons Online

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. waaaa this is amazing.... timum mmg bgos kan utk mata.. nak try la..for my eye bag

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.