Salam Penghujung Syawal

 



Hari terakhir Syawal untuk tahun ini. Tak sangka masa berlalu begitu cepat, rasa macam baru semalam je kita semua sibuk beraya dan bertukar-tukar ucapan. Walaupun suasana Syawal tetap meriah dengan cara masing-masing, aku baru hari ini sempat curi masa untuk buat ucapan khas sempena penutup Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pembaca. 


Beberapa minggu kebelakangan ni memang agak hectic dengan pelbagai komitmen. Ada urusan kerja, hal keluarga, dan macam-macam lagi yang datang serentak. Sampai nak ambil masa sekejap untuk beraya pun kadang-kadang rasa bersalah sebab banyak benda nak kena selesaikan. Tapi alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan Syawal walaupun dalam kesibukan. Raya bersama mak mertua di Kuala Lumpur pada raya pertama dan kedua, kemudian balik ke Johor ambil ibu ku yang beraya bersama family mak usu pada tahun ini. Persiapan raya tahun ni pun walaupun agak rushing tapi lengkap semuanya untuk keluarga kecil kami. Tak dan nak cerita semua kat sini. Alhamdulillah syukur selalu.


Apa pun, terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diterima sepanjang Syawal ini. Insya-Allah, kita jumpa lagi Syawal tahun depan dengan lebih banyak kebaikan, keberkatan, dan kebahagiaan. Semoga segala amalan kita diterima dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan dan Syawal yang akan datang.





6 comments:

  1. Aamin2..
    Moga dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan akan datang...

    ReplyDelete
  2. Itu lah. Sekejap je berlalu. Rasa macam minggu lepas je sambut raya ramai-ramai.

    ReplyDelete
  3. font entri ni terlalu halus. susah nak baca. harap boleh ubah ye. nanti kita semua akan sambut aidil adha pula. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saya akan perbetulkan. Tak lama lagi kan aidiladha In sya Allah aaminn

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.