Al Fatihah Buat Bapa Saudaraku

 Tengahari semalam, selepas pulang dari majlis perkahwinan, dapat berita duka bapa saudaraku telah kembali ke rahmatullah. Bapa saudaraku yang yang ku panggil Ayah Nyah memang kesihatannya agak merosot sejak kebelakangan ini dan beberapa hari lepas mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke wad hospital. 


Kami berpeluang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Syukur segala urusan pengebumian berjalan lancar dan dipermudahkan. Teringat pula telatah Ayah Nyah yang dari muda dia adalah adik beradik ayah yang paling ceria dan kelakar. Bila berkumpul bersama keluarga ada sahaja telatah dan ceritanya yang buat kami tergelak.


Apa pun bagi pembaca yang membaca entri ini, aku minta sedekahkah Al Fatihah buat arwah bapa saudaraku, Allahyarham Ahmad Amir Khairuddin bin Md Taharim. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,, aaminn aaminn ya rabbal alaminn..


Buat Aunty Pah dan sepupuku salam takziah, semoga diberi kekuatan menghadapi ujian kehilangan yang tersayang,, aaminn aaminn ya rabbal alaminn..

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.