Anak Request Nak Ayam Bakar

 

Memalam ni si anak request nak ayam bakar. Nak keluar malas, semalam baru makan kat luar. Jadi ibu buat jela sendiri. Dah tu last minit lepas solat isyak baru beritahu nak makan memang ibu terus fikir cara buat ayam bakar yang paling mudah dan cepat la. 


Perap dengan bahan apa yang ada kat dapur je. Lepas tu bakar dalam pemanggang ajaib. Selalu guna oven atau air fryer, tapi kali ini rasa nak guna pemanggang ajaib je. Kot ada lagi yang tak tahu pemanggang ajaib tu apa, google je hehehe. 



Alhamdulillah macam dalam gambar tu la kejadiannya. Walaupun tak gempak mana, tapi syukur la rezeki kami malam ni, suami pun terang terus mata tak jadi nak tidur sebab terbau ayam bakar. Firas memang paling berselera la tak dan ibu nak ambil gambar semua. 


Bab masak memasak ni, tak kira lah simple macam mana pun, dalam keadaan kalut ataupun tidak, bila tengok keluarga kita happy dan kenyang memang buat ibu rasa lega dan puas sangat. 


Okla nak rehat awal walaupun hujung minggu. Sampai sini je entri kali ini. Selamat malam. Mimpi indah ya...



2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.